June 26, 2013

Cara nak pilih kasut yang sesuai...

Hi semua...
Mesti ramai yang sekarang datang singgah ke blog ni pasal nak tengok tips interview kan? Apa2 pun, goodluck sume. Semoga berjaya. Meskipun, sebenarnya apa yang aku share kat blog ni tak laa seberapa pun kan. Banyak lagi blogger2 lain yang share benda yang sama. Ok laa, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang2 baca, biar sampai habis.. Haaa~ saja nak psycho otak korang sikit dengan menggunakan peribahasa hangkang..

Ok laa, hari ni aku nak share pasal tips beli kasut. Terutamanya bagi kita si kaum pempuan. Cik abang sekalian, yang pegi keluar dengan awek korang, bila dia nak masuk kedai beli barang, tolong laa bersabar sebab orang pempuan sememangnya cerewet~ Hahah.. Tak terkecuali sesetengah kaum lelaki pun camni jugak. Biasanya canne kalau korang nak beli kasut? Tengok pattern? Tengok design? Colour? Ikut trend atau main hentam je? Kalau korang bagi sume jawapan macam yang aku soal. Korang memang trendy laa! Tabik~~ 

Trendy tu trendy jugak, tapi korang tau tak, pilih kasut yang salah boleh bawak masalah nanti? Tak caye? Nak caye ke tak, korang kena percaya jugak! Wah paksaan~ Aku pun kalau bab kasut memang cerewet sikit. Bila design tak cantik, orang seni laa katakan kaler tak cantik, macam2 laa. Yang buat lagi sakit hati, bila tengok dari display area nampak cantik, bila dah try, rasa pelik semacam. Korang pun tahu kan yang sekarang ni kasut pun dah ada macam2 design. Macam Lady Gaga pun ada jugak.

Tips Nak Pilih Kasut...
Nak beli kasut memang senang, tapi nak pilih yang sesuai tu memang susah. Kadang2 tak semua kedai akan display/ jual benda yang sama. So, pendek kata, ko kena round2 dulu. Kan banyak pilihan.. Ye tak?

1. Puaskan dulu mata memandang..
Bab ni, senang je.. Bila korang nak puaskan hati korang, kena puaskan mata dulu. Round2 sekitar mall dulu, bila dah jumpa yang memang dah berkenan baru beli. Kalau aku nak beli kasut, kalau boleh, satu mall tu aku nak round dulu. Bila rasa2 dah puas cari, baru aku balik ke kedai yang aku dah target kasut tu untuk beli. Kaedah ni hanya untuk mereka yang tahan nak berjalan..

2. Cari kasut yang sesuai..
Bagi aku, kasut yang sesuai ialah kasut yang tak sakitkan kaki aku, kalau dah sakit, canne aku nak jalan kan? Pastu, aku boleh pakai bila2 masa yang aku suka, tak yah terhad untuk satu occasion/ hanya untuk masa yang sesuai. Kasut kat mall semua memang nampak cantik dan bergaya, tapi apa guna bergaya kalau menyakitkan kaki sendiri kan?

3. Beli kasut ikut keadaan..
Yang ni pulak bukan berkaitan dengan keadaan cuaca ke hape k, yang ni maksudnya keadaan kaki korang. Ada tak yang alami masalah kaki berbau busuk? Haa~ ni bukan hanya terjadi pada kaum lelaki. Kaum pempuan jugak. Kalau tak nak kaki berbau, kena laa jaga kebersihan kaki. Kat rumah pun boleh buat macam iolls.. (Home Pedi&Manicure) 
Bagi korang yang ada problem ni, better jangan beli jenis kasut yang bertutup. Maksud aku yang macam sneakers, ballet plat, apa lagi boots! Hahah... Kalau nak beli, cari kasut yang boleh bagi pengudaraan yang baik untuk kaki korang k..

4. Jangan sempit/ longgar sangat..
Ada jugak ke yang nak beli kasut sempit? Ada! Ni yang rasa kasut tu cantik sangat, pastu dalam fikiran 'eleh, saiz aku 38, 37 je yang ada. Beli je, nanti pandai longgar sikit jugak' Beli laa kalau nak beli sangat. Bila kaki dah melecet, jangan komplen pulak, blame it to the shoes pulak..

5. Jalan2 sikit dalam kedai guna kasut tu..
Tauke yang sporting takkan marah selagi ko tak bawak lari kasut tu keluar. Tapi dia akan marah bila ko test2 kasut tapi tak nak beli. Haa~ ni yang masalah jugak kan bila masuk kedai. Takpe, rasanya tauke kedai tu takkan marah kot bila ko minta saiz yang sesuai, pastu try, jalan2 sikit dalam kedai tu, then beli jika berkenan. Alah, try je, bukan nak bawa lari pun kan. Test dulu dalam kedai, selesa nak pakai ke tak..

6. Pilih kaler yang sesuai..
Kalau nak pilih kasut, macam aku cakap kat atas tadi, aku suka beli kasut yang boleh dipakai untuk pelbagai occasion. Paling penting boleh matching mana2 kaler baju yang aku nak pakai. Before this aku lebih prefer kaler hitam, grey, putih & coklat. BUt for this year, dengan tak semena-mena, aku boleh fall in love dengan kaler nude pulak... Bahagian ni je laa yang aku letak gambar... 

The one from 8th Avenue

Ni antara kasut yang aku beli tahun ni.. Amacam kaler? Ok tak? Nude ni jadi faveret aku sebab dia boleh matching mana2 kaler. Lagipun nampak natural kan... Tapi bahagian kaler ni aku rasa terpulang kot nak pilih.. Tak yah laa ikut sangat idea nih! Bukan apa, yelaa~ sekarang kan K-Pop dah menguasai diri anak muda. Yang sekarang ni pakai seluar kuning menyala + baju biru tua + kasut pink = K-Pop dah ke? Dah, semua dah terang kan? Lepas ni boleh laa korang pilih kasut yang sesuai... Tak yah fening2 lagi... :D

Thanks for visit...

kieyuka-hanie

June 24, 2013

Jadi senior dah..

Dari sekolah rendah, sampai laa ke menengah, sampai laa ke IPT! Cita2 dalam sekolah, sume nak jadi senior. Kenapa hah? Kalau ko tanya aku, confirm2 aku jawab, jadi senior best, bila jumpa junior dorang respect sikit. Pastu bila dah senior, bermakna, tak lama lagi nak habis study dah laa. Kan kan kan? 

Eleh, memang benda ni pun yang ditunggu2 kan... Aku dah final year! Yeah.. Bukan sahaja final year, tapi sem ini jugak ialah final sem aku. Jadi, tu bermakna, sem depan aku dah tak payah nak pegi tunjuk muka depan Kaunter A&R kat kolej untuk register. Hahah. Cekak pinggang dan senyum bangga. Laa~ macam hebat sangat. Baru habis sem. Keja tak confirm lagi.

Selama jadi student ni for 2 years and a half ni, memang agak struggle. Tapi, kolej weolls tak laa buat struggle sangat. Selagi ko buat assignment dan hantar on time. Nothings matter laa. Lebih banyak masa ko akan jadi freetime. Ko nak lepak2 atas katil baca magazine, tengok kartun, baca novel atau kira bintang ke malam2, suka hati. Asalkan tugasan pun kena buat jugak laa. Senang tak jadi student?

Masa jadi student ni jugak laa banyak halangan, kekangan, masalah... Apa lagi yang aku boleh kaitakan disini? Hah! Dugaan tu yang penting sangat. Mana tak nya, dah laa masa nak pegi belajar sini dah ambik masa nak decide. Dapat interview itu ini pulak, bila dah sambung, dah setengah tahun study, dapat lagi. Nasib laa belum menyangkut lagi time tu.. Kalau tak, sayang iolls nak bayar PT tahu... Dah hujung2 nak abis study ni pulak.. Ada lagi.. Why laa korang tak tunggu sebulan dua lagi nak buat pengambilan... Bingung nak cakap canne. Kang cakap belum habis belajar, langsung tak kena ambik.. Takkan nak tipu... Dosa tahu.. Tapi orang cakap, tipu sunat takpa. Ni confused ni. Dari mana dorang dapat istilah 'tipu sunat' ni?

Ok laa.. Tak nak fikir panjang2 pasal benda tu, sebab tak sure lagi nak dapat kalau benda2 interview ni kan. So, we focus on our final project. Haa~ part final project ni aku rasa macam aku dalam U pulak. Haa~ yalaa kan, before this, kalau weolls buat kerja, tak yah buat research banyak2. Sebab weolls punya course buat design je pun. Tapi final ni pulak dah~~~ Bingung..
Nak buat proposal mende, nak buat tu, nak buat ni. Research banyak2. Sabar~ Hahah... Bab proposal ni laa yang buat fening sikit. Nak buat ayat tu, aduh.. Aku perlukan tempat yang tenang sikit please. Tapi bila dah tempat senyap, mata ni pulak gatal nak tido.. Tak boleh ke bagi aku support sikit wahai si mata? Aku rasa aku kena pergi waterfall kot. Ke, dekat2 sungai camtu... Haa~ baru feel2 fresh sikit nak buat ayat. Laa~ area sini mana ada waterfall! How about shower? Hahahah~ nak feeling waterfall laa sangat!

Btw, final projek ni aku nak buat pasal sukan luncur air. Ada sesiapa yang ada info tak? Boleh bagi info sikit? Malaysia tak femes lagi bab sukan ni... Ada sesetengah area je kot yang femes sukan ni. Eh, sukan ni ada masuk SUKMA tak? Wahhh~ dah mengarut apa benda ni kan? Iolls tak tahu ok.. Jadi, siapa ada info tu boleh laa share2 kan.. 

Thanks for visit :)

♥kieyuka-hanie♥

June 23, 2013

Salah ke nak share?

Post kali ni pasal pandangan peribadi, takda kena mengena dengan yang hidup, yang mengumpat ataupun yang nak mengata kat belakang. So, sila abaikan emosi 'terasa' jika korang tak tergolong dalam golongan yang disebut tadi. Baca. Diam dan fikir.

Sometimes, bila nak tulis post baru. Terfikir. Apa tanggapan orang yang baca blog & post2 aku. Adakah dorang akan anggap aku ni saja nak tunjuk ke hape. Well, untuk bagi penjelasan yang lebih disini, tujuan aku berblog ni cuma nak share info, tips, life experience (if necessary) ataupun pendapat sendiri. Bukan semua yang aku post berkaitan dengan diri aku sendiri dan tu sudah pasti korang sedia maklum. Ye tak?

Back to the main topic, I just want to know what people may think when they read my post? Especially bila post pasal tips interview? Kite dah banyak kali pegi, belum sangkut mana2 lagi. Tapi kalau ada rezeki, tak ke mana kan. Segan jugak nak post pasal benda yang kita tak dapat, tapi niat besar cuma nak membantu mereka yang perlu bantuan. Well, benda ni aku dah pernah rasa. Nak cari maklumat, ada yang siap bagi popup ads lagi "Klik sini untuk beli e-book percuma, Rahsia Temuduga".  Aduhh... Bila masa dah suntuk, ada masa lagi ke nak buat urusan jual beli online nih? 

So, cara mudah nak dapat, cari blog orang yang share pasal benda camni. Haa~ kadang2, pengalaman orang tu lebih mudah ko nak faham berbanding nak baca buku itu, buku ini. Yang datang baca pasal tips interview kat sini, rasanya takda dikenakan sebarang bayaran pun kan? Its free dan I'm sure majoriti orang nak cari benda free. Kalau tak, takde nya kedai nak penuh bila ada makan free. 

Walaupun nak share pengalaman tak berbayar, sometimes aku rasa gembira jugak bila dapat tolong orang lain tanpa sedar. Sebab aku pun pernah rasa situasi camtu. Jadi, bila ada orang lain yang datang jenguk blog ni dan jadikan part of their resource for interview, rasa gembira jugak laa. Walhal, tak semua yang jenguk bagi feedback pun. Apa-apa pun, thanks for visit... Dah macam Hari Raya pulak...

Dah. Tak nak bagi panjang2 post ni sebab ia salah satu dari benda yang takda info. Better share pasal benda yang ada info kan. Rasanya, cukup sampai sini je kot. Tengah dalam proses nak improve writing skill. Hope blog ni akan terus jadi manfaat untuk readers and silent readers sume2 tu okeh! Macam kawan kita kat bawah ni. Dorang rasa blog ni bermanfaat. Hope for uolls jugak laa. Sikit je laa buat screenshoot.. 


Thanks for visit :)

♥kieyuka-hanie♥

June 22, 2013

Kali ke-2..

Hi, korang... Tadi baru balik dari interview kat Jabatan Kastam. Ni dah interview kali kedua dan tak ramai yang datang. Sempat jugak tanya urusetia temuduga tadi, kebetulan orangnya pun peramah jugak. So, berbual2 lagi laa. Motif utama, taknak fikir sangat, nanti tetiba nervous pulak...

Sambil2 tu sempat jugak dengar pengalaman dorang sendiri pasal interview camni. So, kira macam ilmu tambahan jugak kan bila nak dikongsi bersama. Yang akak sorang ni memang ramah sangat. Dia pun baru jugak rupanya. Dia ada citer sikit pasal dia interview dulu. Pastu yang pakcik sorang tu pulak, memang ramah jugak. Dia laa yang temankan calon2 tunggu kat ruang menunggu. Siap citer2 lagi. 

Wahh, best jugak bila pegi interview camni kan. Muka2 orang kat jabatan tak laa tegang2 sangat, jadi senang hati sikit bila kita nampak. Nervous pun tak sangat. So, time aku masuk interview tadi, buat macam biasa je laa kan. Letak beg pastu bagi fail dan resume kat dorang. Pastu sesi soal jawab pun mula dah.

Oh, rupanya dorang pun dah tahu yang aku datang interview ni kali yang kedua dah. Dah ada dalam sistem laa tu.. Jadi kalau korang dah pegi interview 3/5 kali pun cakap je, jangan tipu2 tahu. 
Pastu dia mula tanya pasal diri sendiri, part ni dia suruh explain briefly in English. Oh tidak.... Aku pun tak fluent sangat nak cakap, pelik kan? Walhal kalau cakap gurau2 dengan kawan tu, hamboi~~

Dah lepas introduce-self. Dia mula tanya pasal family, siblings, tempat tinggal and pasal study, part ni memang lancar nak jawab. Sebab its all about yourself jugak kan. Pastu dia tanya pasal kat bawah ni:
  • Fungsi Jabatan Kastam
  • Jenis-jenis cukai
  • Apa itu duti eksais?
  • Ni soalan memang umum punya: Kalau kita makan KFC, ada tax tak? Berapa tax untuk KFC?
  • Pastu, dia bagi soalan situasi sikit. Dia bagi situasi laa pastu, korang terangkan apa tindakan korang.
Senang kan? Senang tak? Haa~ Dah tu, dia suruh jalan sikit. Sebab dia cakap dalam kastam pun ada kawad jugak. Haa~ Memang senang kan? Hope uolls success laa yea. Oh, ada tips lagi, kalau dapat interview, pegi je, kalau tak dorang takkan panggil balik. Dorang anggap tak berminat. Ok, tu je.. :)

UPDATE: Ni ada tips sikit yang dishare oleh salah seorang pembaca blog ni jugak....
Lagi soalan interview...

1. Apa yang buat kamu tertarik dengan kerja kastam ni?
2. Apa kaitan course yang korang belajar kat U dengan kerja kastam?
3. Sebutkan 5 jenis cukai kastam yang anda tahu.
4. Kenapa bagasi2 penumpang yang keluar/ masuk negara perlu diperiksa?
5. Apa kesan penyeludupan kepada negara? Jelaskan dari segi ekonomi & lain2.
6. Misi Kastam?
7. Adakah dengan cara gov menaikkan cukai rokok boleh menjejaskan pasaran rokok?
8. Apa beza cukai dari pihak kastam dengan LHDN?
9. Apa beza cukai langsung & cukai tak langsung?
10. Isu semasa hari ni yang korang tau.

Nampaknya macam lebih banyak pasal pengetahuan am & pasal jabatan kan? So, goodluck semua. 

Thanks for visit :)

♥kieyuka-hanie♥

June 19, 2013

How to..."Don't Be Panic..!!"

Semut tu ada di sini... :)

Mesti korang sume pernah alami situasi yang buat korang panik. Betul tak? Cuba ingat balik. Masa tu korang buat apa. Adakah macam semut tu.. Baru daun sehelai gug0r! Dia dah panik giler sebab dah lost. Dah putus connection dengan kawan kat depan. Belum lagi satu pokok tu tumbang sekali. Nasib baik ada Tok Ketua tolong alihkan daun tu.

Cuba fikir balik? Mesti ada banyak situasi yang buat korang panik kan? Salah satunya apa? Bila hilang dompet. Canne tu? Mesti ada yang gelabah sangat kan. Tambah2 lagi orang pempuan macam iolls nih. Dompet dah laa besar tapak tangan. Dalam tu pulak segala macam ada. IC, lesen, kad bank, duit dan kekadang ada jugak yang boleh selit2 handphone. Dah handphone zaman sekarang pun makin canggih kan.. Semakin slim mengikut peredaran zaman.

Senanya, bila dah dalam keadaan panik, totally ianya tak membantu korang langsung! Tambahan pula, bila korang ni ada 'panic attack'. Apa benda tuh? Panic attack ni, satu perasaan takut akan sesuatu yang datang secara tiba-tiba pada masa atau berhadapan dengan situasi tertentu. Panik tak ada ubat. Memang ada biasa kita dengar guna ubat penenang. Tapi ubat2 ni bersifat sementara. Apa yang korang boleh buat, ATASINYA. Senang tak? Tak semudah disangka...

Cara nak atasi gejala panik ialah berhadapan dengan perasaan tu. Contoh macam, korang jenis panik bila jadi sesuatu. Samada barang korang hilang, terlibat dalam kemalangan, pintu kereta tak boleh buka, kunci tertinggal dalam rumah. Banyak lagi laa. Wah, bila dah macam ni, dah start panik. Tak tau nak buat apa. Sampaikan ada yang terus nangis. Come on! Nangis tu takkan membantu pun. Mata pun dah bengkak2. Buat pe kan. So, bila dalam situasi camni, korang tak boleh jugak ambil langkah drastik sangat yang boleh membahayakan diri sendiri. 
  • First sekali kena tenang. Jangan mudah gelabah. Fikirkan sesuatu yang boleh bantu korang. Contoh macam ko nak call polis ke, bomba atau ambulans. Ko cakap dah gelabah satu macam. Dorang lagi laa bingung. 
  • Jangan bertindak melulu. Sebaiknya, fikir dulu tindakan yang korang nak buat lebih2 lagi yang melibatkan diri sendiri. 
  • Tarik nafas dan selesakan diri. Fikirkan something yang boleh buat korang tenang. Tak semestinya dah panik, tak boleh nak tenang kan.
  • Kalau panik masa tidur pula, yang akan terbangun secara tiba2 dan terus rasa panik. Sebaiknya sebelum tidur, fikirkan sesuatu yang menenangkan, kalau ada rasa marah, cepat2 lupakan. Minum susu sebelum tidur juga boleh bantu bagi ketenangan sikit, Yang penting, jangan lupa baca doa! 
Thanks for visit ^_^

♥kieyuka-hanie♥

June 15, 2013

How to get vitamin easily?

Yeah, people nowadays memang kurang prihatin dengan kesihatan diri. Bila sakit baru sibuk nak cari klinik, get supplement bagai. Tapi bila sihat... Kesihatan tu macam ditahap yang tak payah care sangat laa camtu. Bad habit for example, eat too much junk food, taking too much sugar and also, the biggest problem is MALAS BERSENAM. Woh.. siap highlight kan~ terasa diri iolls...

Ada pula yang sibuk nak cari supplement itu, ini, vitamin untuk kulit, mata, macam2. Sampaikan sanggup berbelanja besar untuk beli produk kesihatan lain, walhal tak tau lagi ada kesan sampingan atau tak. So, kat sini nak bagi satu gambar besar, siap dengan jenis vitamin dan jenis makanan untuk dapatkan vitamin tu. juga kelebihannya untuk organ apa. Lepas ni tak yah sibuk2 nak cari supplement/ vitamin lagi kan...


♥kieyuka-hanie♥

June 13, 2013

Feri pulak salah side dah..

Bila nak citer benda camni, senanya aku lebih suka bercakap, sebab boleh sambil buat expresi muka bagai... Tapi takkan laa nak story guna video post pulak kan? Kang dah laa citer mengarut.. Malu gak kite... Kali ni nak citer pasal ferry salah side time nak landing....

Ok, yesterday aku ni kira macam bermimpi jugak, macam ngigau jugak sebab dah 3 minggu cuti sem dan aku habiskan kat rumah dengan family, buat birthday party, pegi orang kawin sume2 laa, dah tu tetiba pulak laa nak balik hostel. Dah macam bermimpi laa aku kan? Esok dah start class for final project. OHH, senanya aku memang tak nak balik. Tapi, nak buat canne kan. Dah laa sem ni kira macam sebulan lebih je laa pelik tak kolej weolls? Pastu keja bukan alang2. Dah nak course final project. Aduh!! Sebulan tu! Canne canne??

So, dengan hati yang berat, sempat gi aku nengok Mahligai Cinta kat Astro sebelum nak jalan. **Hostel weolls takde Astro ok.... bukan terpaksa, tapi.. kena jugak laa aku balik kan... Dah tu, sampai pulak kat ferry terminal, sesak giler! Ini disebabkan 'orang kapal' dah nak balik ke kapal semula... *'Orang kapal' ni kalau kat tempat weolls, gelaran untuk orang yang keja kat pelantar minyak & shipyard2 camtu..* Nasib baik sehari sebelum tu Dad dah beli tiket, kalau tak, nampaknya ada alasan lagi tak nak balik kan? Heee~ 

Pastu time nak tunggu boarding, sebelah tu ada sorang pempuan, dia tanya nak cari seat kat feri nanti canne? Kat tiket takde nombor seat. Dalam kepala dah automatik fikir, "Mesti orang baru..." Dia cakap yang dia baru dari KL, tapi serius, dia memang peramah. So, dengan ringan mulut jugak laa aku nak explain. Kita kan 1 Malaysia... :)

Tapi kesian jugak, masa nak boarding dah, dia kata nak sama2, tapi tak dapat sebab aku ambik seat kat BC. So, kena pisah jugak laa. And memang aku tak pernah lagi naik feri time cuaca tak berapa nak ok. Mula tu ok, tapi bila dah tengah perjalanan/ tengah laut, cuaca tu pulak alamak..... Serius, aku cuma saja2 buat muka cool sebab orang sebelah macam dah panik je aku nampak. Ni sebab feri tu dah macam terumbang-ambing. Dah nak redah ombak, terumbang-ambing laa namanya kan? Dah tu dengan angin, hujan. Macam nak tercabut jantung weolls bila kapal tu dah meliuk lentok ke kiri kanan. Sampai orang kat tingkat bawah ada yang macam menjerit pulak.Apa lagi yang kat atas nih! 

Kat tengah laut tu dah memang kabur habis. Pulau2 pun ko dah tak nampak. Dapat imagine tak? Tourist kat seat depan aku sempat on GPS nak search location feri laa agaknya kan. Manatau lost ke hape. Atau dia saja nak tengok berapa jauh lagi nak sampai kot.. And suddenly feri tu stop kat tengah laut, wahh, dah cuaca gelap, berangin camtu, dah macam dalam movie aku rasa. Walhal~ kalau dalam movie pun, guna green screen je pun.... Time tu dah agak dah yang feri tu got wrong direction. Berhenti pun sebab nak tunggu kapal bantaun datang jadi guide kot.. Itu memang dah agak pun sebab tak lama tu ada dua bot kecil datang

Bila feri tu dah mula nak gerak balik, dah nak sambung jalan balik laa tu. Rupanya.... Dah memang wrong direction! Jauh sikit jugak laa feri tu tersasar dari landasan yang sebenar. Patut laa... Sepatutnya sampai dalam jam 4 camtu, biasanya dah boleh nampak cone2 bagai, tapi yang ni takda nampak langsung. Dah kabur habis kan, canne nak nampak...

Dah sampai dekat jeti tu, baru rasa lega sikit sebab dah nampak jeti, ohohohohoh.... Sempat lagi capture gambar bila dah dekat dengan jeti... Nak gambarkan keadaan sebenar kononnya. :)



Tapi aku baru perasaan yang window sebelah aku tu Emergency Exit. Its really a coincident..! Nampak hujan lebat sangat kan :) Masa tu tengah pakai baju sweater yang ada topi tu, kononnya takkan basah laa kalau sekadar hujan renyai2. Tapi, dah sampai kat jeti, hujan lebat pulak, dah laa tak bawa payung, memang pusing2 kat kedai yang ada area Jesselton tu nak beli payung. So, pendek kata, sediakan payung sebelum hujan lebat laa kan.. :)

♥kieyuka-hanie♥

June 11, 2013

Special entry...

Ada yang bertanya pasal border Malaysia dengan negara2 sempadannya, especially yang nak pegi interview Imigresen dengan Kastam dalam bulan ni so rasanya kena buat special entry kot kali ni. Memang susah jugak nak cari nama sempadan-sempadan ni kalau sekadar nak taip2 then search sebab rasanya tak banyak orang yang citer pasal border ni. Yelaa, agaknnya benda remeh sangat kan. Remeh ke?

Pasal negara kita bersempadan dengan negara apa memang general question rasanya. Majoriti semua leh jawab. Walaupun tergagap-gagap lagi nak mengingat. Malaysia bersempadan dengan 5 buah negara dan terbahagi kepada sempadan darat dan laut iaitu Filipina, Indonesia, Brunei, Singapura & Thailand.

Dah general question senang nak jawab, canne pulak dengan nama-nama sempadan tu? Fening iolls cari2 tahu. Ada jugak laa jumpa kat blog2 traveller, dan other websites. Thanks uolls yang ada berkongsi pasal benda ni. Info yang iolls dapat ni tak seberapa laa kot, mungkin ada kekurangan lagi :) 



  • Malaysia & Filipina bersempadan melalui sempadan perairan Sabah-Selatan Filipina dan jalan yang menghubungkan kedua buah negara ini hanyalah melalui jalan air & udara.
  • Malaysia & Indonesia bersempadan darat iaitu melalui Sabah dan Sarawak. Pegalungan ialah sempadan diantara Sabah-Indonesia juga merupakan sempadan Imigresen bagi negara Malaysia-Indonesia. Sarawak-Indonesia juga dihubungkan melalui sempadan darat antara dua negara iaitu Tebedu (Sarawak)-Entikong (Indonesia).  Juga terdapat beberapa bahagian yang menempatkan pos-pos Imigresen seperti Kampung Stass (Bau, dalam Bahagian Kuching), Kerangas Gayau (Lachau dalam Bahagian Sri Aman) dan Long Banga (di Ulu Baram dalam Bahagian Miri)Sarawak semestinya mempunyai banyak pos Imigresen selain yang aku mention tadi sebab negeri ini bersempadan sepenuhnya (bahagian selatan) dengan Indonesia. Dari peta juga kita boleh nampak kan. Ye tak?
  • Malaysia & Brunei juga bersempadan darat melalui Sabah & Sarawak juga boleh berhubung melalui jalan air & udara dengan Wilayah Persekutuan Labuan. Malaysia juga bersempadan perairan Malaysia-Sumatera Indonesia melalui Selat Melaka. Untuk ke Sarawak je dari Sabah (jalan darat melalui Brunei) ada 5 pos Imigresen juga merupakan sempadan antara Sabah-Brunei-Sarawak. Dari Sabah, pos pertama ialah:


  1. Pos Kawalan Imigresen Sindumin, Sabah - Pos Kawalan Imigresen Merapok (Lawas) Sarawak. 
  2. Pos Kawalan Imigresen Mengkalap (Lawas) - Pos Kawalan Imigresen Labu (Temburong), Brunei
  3. Pos Kawalan Imigresen Puni (Temburong) Brunei - Pos Kawalan Imigresen Pandaruan (Limbang), Sarawak
  4. Pos Kawalan Imigresen Tedungan (Limbang), Sarawak - Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Brunei
  5. Dan yang terakhir sekali, Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh (Kuala Belait), Brunei - Pos Kawalan Sungai Tujoh (Miri), Sarawak.

  • Malaysia & Singapura pula bersempadan perairan dengan negeri Johor. Boleh dihubungkan melalui jalan air, darat & udara. Laluan masuk/ sempadan antara dua negara ini ialah di Tambak Johor & Gelang Patah.
  • Malaysia & Thailand. Thailand pula mempunyai sempadan dengan Malaysia melalui empat buah negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Perak & Kelantan.

  1. Perlis : Wang Kelian, Perlis - Wang Prachan, Thailand
  2. Kedah : Bukit Kayu Hitam
  3. Perak : Pengkalan Hulu (Betong)
  4. Kelantan : Rantau Panjang (Golok)

So, korang dah tahu pasal sempadan Malaysia ni kan? Senang tak? Atau confused? Kalau confused boleh laa baca balik2 ea. ^__^

Thanks for visit...:)

♥kieyuka-hanie♥

June 7, 2013

Facial care ala Korean..

Mesti ada kalangan kita yang sanggup berbelanja besar untuk beli produk2 skincare dipasaran kan? Terutamanya kaum yang macam kita ni laa~ Haa~ kaum WANITA. Penggunaan huruf besar adalah disengajakan untuk highlight mata-mata kita. Haa~ Pantang nampak ada produk baru kat pasaran, gatal je hati tu nak cuba. Ye tak? Walhal tak tau lagi pun samada produk tu betul2 berkesan ke tak, ataupun ada kesan sampingan. Ah! Ni yang sedaya upaya cuba nak elakkan sangat2.

Disebabkan oleh tamparan K-Pop yang sangat hebat buat masa ni, influence dorang tu bukan saja pada muda remaja, yang budak2 pun tak kurang jugak gaya diorang kan. Ada yang kecik2 dah macam JD aku nengok. Nama rambang je, aku pun tak berapa nak kenal siapa mamat Korea ni, tapi tu yang selalu adik aku sebut2. Memang top sangat agaknya... Ada jugak yang sanggup nak habiskan duit gara2 nak dapatkan kulit ala-ala Korea. Is it good or bad influence? Ni yang kite musykil ni. *and I was thinking....*

Ok, tak payah susah2 nak buang duit banyak sangat pun, korang boleh dapat kulit yang cantik macam tu tahu. Asalkan tahu cara2 penjagaannya. Kena laa rajin~ Kalau yang seminggu sekali baru nak apply itu ini bagai, rasanya susah sikit kot.

Korean selalu dikaitkan dengan plastic surgery dan sebagainya. Rasanya dorang ada natural skin treatment tak? Ada jugak ok, biarpun dorang ni kebanyakannya dah jadi macam patung buatan manusia, tapi masih ada beberapa tips skincare dorang yang perlu kita tahu. Nak tahu tak? Tak susah pun.. 

1. Penghidratan

Orang Korea ni, dorang memang sangat2 percaya, minum air putih dengan banyak dapat membantu memberikan kulit yang sihat dan berseri. Dorang akan mula meminum air putih & membasahkan muka dengan air sejuk untuk beberapa minit. Dah, dah. Lepas ni takyah nak eksyen buat gaya2 spalshing water kat muka guna ais. Cukup guna air sejuk je. Dorang juga lebih suka makan sayur dan buahan juga mengurangkan pengambilan makanan yang ada banyak sodium. Kalau kat Malaysia, lebih dikenali dengan nama MSG. Tak faham? Monosodium Glutamate. Tak faham jugak. Baik laa. Biasa yang ada tulis kat paket, "Aji-Na-Moto" yang dah macam bahas Jepun, haa~ benda tu laa.

2. Cleaning, Toning & Mosturizing yang kerap


Langkah terbaik untuk penjagaan kulit yang lengkap ialah membersih, menyegar & melembap dan orang Korea memang suka buat steps ni kerap kali. Tapi takda laa sampai 10-20 kali sehari kot. 

Cleaning : Pernah dengar kaedah "424" tak? Suzy Bae guna kaedah ni tahu. First, cuci muka dengan almond oil/ cleansing oil selama 4 minit, diikuti dengan foaming cleanser 2 minit dan bilas muka selama 4 minit. Yang paling last, cuci muka dengan air suam diikuti air sejuk untuk menutup pori-pori kat kulit muka yang dah terbuka.

Toning : Untuk meletakkan toner, Korean lebih suka menggunakan jari berbanding facial cotton. Ini just untuk bagi penyerapan yang lebih sempurna. Jimat duit, tak yah nak beli facial cotton banyak2.

Mosturizing : Dengan menggeselkan kedua belah tapak tangan, produk yang digunakan akan menjadi lebih suam di jari-jemari dan bolehlah disapu pada muka korang.

3. Facial Mask


Guna facial mask bukan je dapat bagi kulit yang sihat, tapi ia juga membantu melancarkan peredaran darah kat muka korang. Tak yah beli yang mahal2. Selain guna facial mask kat pasaran, apa kata buat mask sendiri kat rumah. Cuma guna putih telur & campurkan sedikit madu. Lebih natural and non-toxic gitu kan...

4. Beauty Sleep


Tidur yang mencukupi, 6-8 jam alaa tomei2... bukan je membantu untuk tampil sihat dan bertenaga. Dah macam tengok rancangan Nona kan. Malah tidur juga membantu untuk memberi kulit yang sihat.

5. Senaman Muka

face exercises for women
Bukan badan je perlu senaman. Muka jugak perlu. Yalaa.. Otot muka perlu jaga jugak kalau nak nampak awet muda je gitu kan. Haa~ tak payah sebok2 nak cari alat senaman muka ke apa. Cuma gunakan mulut korang. Cuba sebut perkataan ni satu persatu "Ma Me Mi Mo Mu" diulang sepuluh kali. Nak sebut mesti sambil buat ekspresi muka tu, baru laa terasa otot 2 kat muka tu ikut stretching sekali. Buat kat bilik sendiri senang. Tak yah laa nak tunjuk buat ekspresi muka yang teruk2 tu depan orang lain.

6. Mekap


Yang ni khas buat orang perempuan. Biasanya mesti ada yang suka sangat mekap heavy2 macam nak pegi buat konsert je kan. Nak tampil cantik, tak yah nak pakai makeup heavy2 sangat. Korean people love to make their makeup simple. Some mascara and blusher maybe, dah cukup. And some lipgloss.

Rahsia sebenar kecantikan semulajadi orang Korea ialah, "Less Make Up, More Skincare". Cukup mudah kan.

Thanks for visit. ^_^

♥kieyuka-hanie♥

June 2, 2013

Charity with Rexona Move..

Ada yang suka jalan2 pegi shopping tak? Korang jalan2, go shopping, dancing atau berjalan seharian penat tak? Kalau tabiat korang memang suka jalan2, shopping2, ke ada jugak yang suka berjalan masa tidur? Apa kata korang join buat charity sikit dengan turut serta dalam program Rexona MOVE ada iklan pasal benda ni kat TV, jangan cakap tak tahu pulak....

Canne nak join program ni?
Korang boleh buka website Rexona MOVE ni...

Juga install Rexona App ni kat Android phone korang...

Lepas tu nak buat apa??
Lepas dah install benda ni kat phone, korang boleh start and login with your FB, dan mula laa bergerak! Bukan terhad untuk berjoging je, malah korang nak pergi shopping ke, berjalan, naik tangga, main badminton, rollerskate and what-so-ever we called it movement yang termasuk dalam kategori yang dorang listkan.

Apa yang best pasal app ni, selain bersenam dan bergerak, dah penat2 tu kan, movement yang korang buat tu pula akan ditukarkan menjadi jarak, combined with other users distance that you contribute will be converted into donations. Cool tak app ni?


Haa~ bukan itu je, selain dah bantu orang lain with your movement, menderma dan bersenam, korang jugak berpeluang laa nak menang hadiah by joining an online game! Canne? Cool kan? Dah pegi shopping2 tu boleh laa contribute sikit, senang... On GPS je kat phone korang dan app ni akan detect move korang automatically. 

So, tunggu apa lagi? Install je benda ni kat phone korang dan mula bersenam... :)

Thanks for visit...

♥kieyuka-hanie♥

June 1, 2013

Percubaan kali kedua...

Aku pernah cakap yang aku dah banyak kali pergi interview tapi tak dapat2 kan?  Tau tak pasal apa? I think laa kan, sebab mostly aku cakap yang aku masih belajar. Dah tu belajar kat IPT Swasta, tak ke sayang nak tinggal gitu je kan. Mesti dorang pun fikir benda yang sama. Pinjam PTPTN beribu takkan nak biar camtu kan. Annoying tak benda camni? Rilek laa bro, muda lagi kan.. Lagi banyak benda ko boleh cuba, ye tak? Pasal interview2 ni, korang kena banyak bersabar, tak sabar, rezeki pun malas nak masuk kot.. So, banyak2 kan hayati ciptaan Tuhan, apa kaitan kan? Haa~ sebab dengan cara ni laa korang akan lebih bersabar dan menghayati, setiap kejadian ada hikmahnya. Woo~ power ayat.... Meleleh air lior dengar....

Amboi2.. Ni dah musim panggilan temuduga untuk jawatan bawah Kelayakan SPM kan? Banyak jugak yang view pasal inteview2 ni kan. Hey.. Jenguk laa blog kita.. Mihihihihi... Goodluck korang semua yea. Semoga berjaya laa! Dan tak kurang jugak, tahun ni aku dapat lagi beberapa inteview, harap2 tahun ni ada menyangkut laa salah satu kan. Weolls dah habis study tahun ni.. Harap kena terima... Latest interview lagi dua ni. Info pasal dua jawatan ni, korang boleh review kat sini :
Bagi yang masih confused samada interview ni ada Ujian Fizikal atau tak, tu kurang pasti, sebab kali ni macam takda pulak kan, sebab yang last year, dorang ada mention pasal Ujian Fizikal & Pancaindera tu kat surat panggilan, siap mention suruh bawa T-shirt, seluar trek dan kasut sukan lagi. Tahun ni tak tau pulak, tapi rasanya takda kot....

So, selamat berjaya adik2... Prepare laa sebelum pergi interview tu yea. Jangan datang tangan kosong je, at least ada serba sikit yang korang tau kan.. Boleh laa review blog ni sikit, iolls post pasal benda ni pun sebab nak berkongsi.. Harap boleh diterima dengan baik... :)
Thanks for visit...:)
♥kieyuka-hanie♥