June 19, 2013

How to..."Don't Be Panic..!!"

Semut tu ada di sini... :)

Mesti korang sume pernah alami situasi yang buat korang panik. Betul tak? Cuba ingat balik. Masa tu korang buat apa. Adakah macam semut tu.. Baru daun sehelai gug0r! Dia dah panik giler sebab dah lost. Dah putus connection dengan kawan kat depan. Belum lagi satu pokok tu tumbang sekali. Nasib baik ada Tok Ketua tolong alihkan daun tu.

Cuba fikir balik? Mesti ada banyak situasi yang buat korang panik kan? Salah satunya apa? Bila hilang dompet. Canne tu? Mesti ada yang gelabah sangat kan. Tambah2 lagi orang pempuan macam iolls nih. Dompet dah laa besar tapak tangan. Dalam tu pulak segala macam ada. IC, lesen, kad bank, duit dan kekadang ada jugak yang boleh selit2 handphone. Dah handphone zaman sekarang pun makin canggih kan.. Semakin slim mengikut peredaran zaman.

Senanya, bila dah dalam keadaan panik, totally ianya tak membantu korang langsung! Tambahan pula, bila korang ni ada 'panic attack'. Apa benda tuh? Panic attack ni, satu perasaan takut akan sesuatu yang datang secara tiba-tiba pada masa atau berhadapan dengan situasi tertentu. Panik tak ada ubat. Memang ada biasa kita dengar guna ubat penenang. Tapi ubat2 ni bersifat sementara. Apa yang korang boleh buat, ATASINYA. Senang tak? Tak semudah disangka...

Cara nak atasi gejala panik ialah berhadapan dengan perasaan tu. Contoh macam, korang jenis panik bila jadi sesuatu. Samada barang korang hilang, terlibat dalam kemalangan, pintu kereta tak boleh buka, kunci tertinggal dalam rumah. Banyak lagi laa. Wah, bila dah macam ni, dah start panik. Tak tau nak buat apa. Sampaikan ada yang terus nangis. Come on! Nangis tu takkan membantu pun. Mata pun dah bengkak2. Buat pe kan. So, bila dalam situasi camni, korang tak boleh jugak ambil langkah drastik sangat yang boleh membahayakan diri sendiri. 
  • First sekali kena tenang. Jangan mudah gelabah. Fikirkan sesuatu yang boleh bantu korang. Contoh macam ko nak call polis ke, bomba atau ambulans. Ko cakap dah gelabah satu macam. Dorang lagi laa bingung. 
  • Jangan bertindak melulu. Sebaiknya, fikir dulu tindakan yang korang nak buat lebih2 lagi yang melibatkan diri sendiri. 
  • Tarik nafas dan selesakan diri. Fikirkan something yang boleh buat korang tenang. Tak semestinya dah panik, tak boleh nak tenang kan.
  • Kalau panik masa tidur pula, yang akan terbangun secara tiba2 dan terus rasa panik. Sebaiknya sebelum tidur, fikirkan sesuatu yang menenangkan, kalau ada rasa marah, cepat2 lupakan. Minum susu sebelum tidur juga boleh bantu bagi ketenangan sikit, Yang penting, jangan lupa baca doa! 
Thanks for visit ^_^

♥kieyuka-hanie♥

2 comments:

  1. Boleh juga cuba ambil Vitamin B Complex dari Shaklee untuk membantu masalah serupa ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. Thanks Rosmiza for the info... Hahah, kurang sikit pgetahuan kalau pasal ubat2 nih... ;)

    ReplyDelete