June 23, 2013

Salah ke nak share?

Post kali ni pasal pandangan peribadi, takda kena mengena dengan yang hidup, yang mengumpat ataupun yang nak mengata kat belakang. So, sila abaikan emosi 'terasa' jika korang tak tergolong dalam golongan yang disebut tadi. Baca. Diam dan fikir.

Sometimes, bila nak tulis post baru. Terfikir. Apa tanggapan orang yang baca blog & post2 aku. Adakah dorang akan anggap aku ni saja nak tunjuk ke hape. Well, untuk bagi penjelasan yang lebih disini, tujuan aku berblog ni cuma nak share info, tips, life experience (if necessary) ataupun pendapat sendiri. Bukan semua yang aku post berkaitan dengan diri aku sendiri dan tu sudah pasti korang sedia maklum. Ye tak?

Back to the main topic, I just want to know what people may think when they read my post? Especially bila post pasal tips interview? Kite dah banyak kali pegi, belum sangkut mana2 lagi. Tapi kalau ada rezeki, tak ke mana kan. Segan jugak nak post pasal benda yang kita tak dapat, tapi niat besar cuma nak membantu mereka yang perlu bantuan. Well, benda ni aku dah pernah rasa. Nak cari maklumat, ada yang siap bagi popup ads lagi "Klik sini untuk beli e-book percuma, Rahsia Temuduga".  Aduhh... Bila masa dah suntuk, ada masa lagi ke nak buat urusan jual beli online nih? 

So, cara mudah nak dapat, cari blog orang yang share pasal benda camni. Haa~ kadang2, pengalaman orang tu lebih mudah ko nak faham berbanding nak baca buku itu, buku ini. Yang datang baca pasal tips interview kat sini, rasanya takda dikenakan sebarang bayaran pun kan? Its free dan I'm sure majoriti orang nak cari benda free. Kalau tak, takde nya kedai nak penuh bila ada makan free. 

Walaupun nak share pengalaman tak berbayar, sometimes aku rasa gembira jugak bila dapat tolong orang lain tanpa sedar. Sebab aku pun pernah rasa situasi camtu. Jadi, bila ada orang lain yang datang jenguk blog ni dan jadikan part of their resource for interview, rasa gembira jugak laa. Walhal, tak semua yang jenguk bagi feedback pun. Apa-apa pun, thanks for visit... Dah macam Hari Raya pulak...

Dah. Tak nak bagi panjang2 post ni sebab ia salah satu dari benda yang takda info. Better share pasal benda yang ada info kan. Rasanya, cukup sampai sini je kot. Tengah dalam proses nak improve writing skill. Hope blog ni akan terus jadi manfaat untuk readers and silent readers sume2 tu okeh! Macam kawan kita kat bawah ni. Dorang rasa blog ni bermanfaat. Hope for uolls jugak laa. Sikit je laa buat screenshoot.. 


Thanks for visit :)

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.