June 13, 2013

Feri pulak salah side dah..

Bila nak citer benda camni, senanya aku lebih suka bercakap, sebab boleh sambil buat expresi muka bagai... Tapi takkan laa nak story guna video post pulak kan? Kang dah laa citer mengarut.. Malu gak kite... Kali ni nak citer pasal ferry salah side time nak landing....

Ok, yesterday aku ni kira macam bermimpi jugak, macam ngigau jugak sebab dah 3 minggu cuti sem dan aku habiskan kat rumah dengan family, buat birthday party, pegi orang kawin sume2 laa, dah tu tetiba pulak laa nak balik hostel. Dah macam bermimpi laa aku kan? Esok dah start class for final project. OHH, senanya aku memang tak nak balik. Tapi, nak buat canne kan. Dah laa sem ni kira macam sebulan lebih je laa pelik tak kolej weolls? Pastu keja bukan alang2. Dah nak course final project. Aduh!! Sebulan tu! Canne canne??

So, dengan hati yang berat, sempat gi aku nengok Mahligai Cinta kat Astro sebelum nak jalan. **Hostel weolls takde Astro ok.... bukan terpaksa, tapi.. kena jugak laa aku balik kan... Dah tu, sampai pulak kat ferry terminal, sesak giler! Ini disebabkan 'orang kapal' dah nak balik ke kapal semula... *'Orang kapal' ni kalau kat tempat weolls, gelaran untuk orang yang keja kat pelantar minyak & shipyard2 camtu..* Nasib baik sehari sebelum tu Dad dah beli tiket, kalau tak, nampaknya ada alasan lagi tak nak balik kan? Heee~ 

Pastu time nak tunggu boarding, sebelah tu ada sorang pempuan, dia tanya nak cari seat kat feri nanti canne? Kat tiket takde nombor seat. Dalam kepala dah automatik fikir, "Mesti orang baru..." Dia cakap yang dia baru dari KL, tapi serius, dia memang peramah. So, dengan ringan mulut jugak laa aku nak explain. Kita kan 1 Malaysia... :)

Tapi kesian jugak, masa nak boarding dah, dia kata nak sama2, tapi tak dapat sebab aku ambik seat kat BC. So, kena pisah jugak laa. And memang aku tak pernah lagi naik feri time cuaca tak berapa nak ok. Mula tu ok, tapi bila dah tengah perjalanan/ tengah laut, cuaca tu pulak alamak..... Serius, aku cuma saja2 buat muka cool sebab orang sebelah macam dah panik je aku nampak. Ni sebab feri tu dah macam terumbang-ambing. Dah nak redah ombak, terumbang-ambing laa namanya kan? Dah tu dengan angin, hujan. Macam nak tercabut jantung weolls bila kapal tu dah meliuk lentok ke kiri kanan. Sampai orang kat tingkat bawah ada yang macam menjerit pulak.Apa lagi yang kat atas nih! 

Kat tengah laut tu dah memang kabur habis. Pulau2 pun ko dah tak nampak. Dapat imagine tak? Tourist kat seat depan aku sempat on GPS nak search location feri laa agaknya kan. Manatau lost ke hape. Atau dia saja nak tengok berapa jauh lagi nak sampai kot.. And suddenly feri tu stop kat tengah laut, wahh, dah cuaca gelap, berangin camtu, dah macam dalam movie aku rasa. Walhal~ kalau dalam movie pun, guna green screen je pun.... Time tu dah agak dah yang feri tu got wrong direction. Berhenti pun sebab nak tunggu kapal bantaun datang jadi guide kot.. Itu memang dah agak pun sebab tak lama tu ada dua bot kecil datang

Bila feri tu dah mula nak gerak balik, dah nak sambung jalan balik laa tu. Rupanya.... Dah memang wrong direction! Jauh sikit jugak laa feri tu tersasar dari landasan yang sebenar. Patut laa... Sepatutnya sampai dalam jam 4 camtu, biasanya dah boleh nampak cone2 bagai, tapi yang ni takda nampak langsung. Dah kabur habis kan, canne nak nampak...

Dah sampai dekat jeti tu, baru rasa lega sikit sebab dah nampak jeti, ohohohohoh.... Sempat lagi capture gambar bila dah dekat dengan jeti... Nak gambarkan keadaan sebenar kononnya. :)



Tapi aku baru perasaan yang window sebelah aku tu Emergency Exit. Its really a coincident..! Nampak hujan lebat sangat kan :) Masa tu tengah pakai baju sweater yang ada topi tu, kononnya takkan basah laa kalau sekadar hujan renyai2. Tapi, dah sampai kat jeti, hujan lebat pulak, dah laa tak bawa payung, memang pusing2 kat kedai yang ada area Jesselton tu nak beli payung. So, pendek kata, sediakan payung sebelum hujan lebat laa kan.. :)

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment