January 5, 2015

Temuduga SPA8 :: Ujian Fizikal & Interview Pembantu Pegawai Penguatkuasa N27

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haii, aku ada entry baru mau share ni. Sory dah guna bahasa Sabah sikit. Faham jugak kan. Anyway, guess what? Aku mau share pasal interview lagi. The latest one yang aku pegi, baru pagi tadi. Ini interview first aku attend di tempat lain, JB. Biasa aku interview kat Sabah je pun. Kalau bukan KK, Labuan. Dua tempat tu. So, yang ni aku terpaksa laa attend sini sebab keja. Tak mau laa kejar2 masa nak balik, apply cuti bagai. Untuk tukar tempat temuduga, update je kat Portal Rasmi SPA8.


Semalam aku pegi ujian fizikal untuk jawatan Pembantu Pegawai Penguatkuasa N27. Meskipun diploma aku memang lari sangat dari bidang, tapi aku just try2 apply je hari tu. Aku tak expect pun sangkut jawatan mana2. Kalau ada rezeki laa, takda tak pa. Tapi kalau ada diploma tak try apply sayang jugak. Giler haa, nak bayar PTPTN bagai. Betul tak?

Untuk jawatan ni, ujian fizikal sama je dengan ujian fizikal nak masuk Pembantu Penguatkuasa N17. Boleh baca kat sini ea adik2. Kite nak share pasal cerita interview je sini.

Biasanya interview start kul 8.00am so, memang kena datang awal laa. Punctual laa sikit kan. Berdebar seh, first time interview jawatan gred Dip. Klau gred SPM standard laa. Yang datang pun majoriti belum keja dengan jabatan. Kalau gred Diploma keatas, sana laa ada calon KPSL dan yang dah keja tapi status kontrak. Kire nak serap ke jawatan tetap laa. Ramai gak. Oh ya, lupa lak ea gtau. Jawatan Penguatkuasa dalam SPA8 ni untuk pelbagai kementerian. So yang ni untuk bawah kementerian KPDNKK. Tau KPDNKK apa?

Memang tak sempat akh nak baca semua kot. Baca pun start malam ni yang esok hari dah interview. Tak expect pun lulus ujian fizikal. Tengok2 pass, baru laa nak membaca kononnye. Tak sempat!

Attend interview the next day. Dan dia banyak tanya pasal keja aku sekarang. Ada jugak laa dia tanya sedikit pasal kementerian macam..

  • Nama penuh KPDNKK dalam bahasa inggeris?
  • Apa itu 5P dalam KPDNKK?
  • Apa yang anda faham pasal GST?
  • Antara barang2 tambahan yang dikecualikan dari GST seperti yang dibentangkan dalam bajet 2015?
  • Beza GST dengan cukai berganda?
  • Perbezaan Penguatkuasa KPDNKK dengan Penguatkuasa Kastam?
  • Ada berapa banyak akta di bawah KPDNKK?
  • Apa akta-akta di bawah seliaan KPDNKK?
  • Terangkan apa itu Akta Perlindungan Pengguna?
  • Hak-hak kita sebagai pengguna?
  • Apa itu operasi bersepadu?
Dan tadi, aku dapat soalan situasi. Yang ni memang akan berbeza laa sebab mostly pasal pendapat kita kan. Penemuduga tanya..

"Kalau anda seorang pegawai, apa peranan dan tanggungjawab anda bila anda menjalankan operasi dengan pegawai bawahan anda..?"

Yang lain2 dia mostly tanya pasal keja laa kalau kite keja dengan jabatan lain. Tak jugak senang sangat kan? Tapi kalau study giler2 memang sure dapat jawab kot. Kalau aku memang tak semua laa, membaca pun last minute, memang ingat sikit2 je laa apa yanb dibaca. Interview ni sampai 8hb Januari kan? So, goodluck yang akan attend lagi. Baca tau, jangan tak baca! 😄😄

Thanks for visit..😍😍

♥kieyuka-hanie♥

2 comments:

  1. Nk tanya sy dpt interview to bwh mjls daerah kerian..nk bc mcm mn2?

    ReplyDelete
  2. Nk tanya sy dpt interview to bwh mjls daerah kerian..nk bc mcm mn2?

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.