January 18, 2015

BIGFOOD where the food is big!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Biasanya offday aku jarang nak duduk umah sebab, kalau duduk umah, aku jadi pemalas giler. Tido, tengok tv, tido, tengok tv dan finally makan lagi! But at least keja rumah like basuh baju and lain2 tu buat jugak laa. Giler tak nak buat. Mak kite dah duduk jauh, kalau duk dekat memang kena leter laa aku. Rindu pulak dengar suara mamy aku. Kan mamy?? Hehe.

So, offday is my holiday, instead of duduk rumah, makan and tido, aku pegi tengok movie dengan kawan2 atau berjalan ke Bazar Karat, ke Pandan Uptown, hang out somewhere and yang paling best makan everywhere. Yahh, yang tu penting. 

Orang cakap, JB ni tempatnya like syurga makanan. Ya, yang tu betul sebab JB ni ada banyak makanan. Tapi tabiat aku, dah makan baru teringat, "Alaa.. tadi aku nak ambil gambar makanan tu. Tengok dah habis!" So, dah banyak tempat aku pegi aku buat camtu, padahal niat di hati nak ambik gambar dan upload cerita dalam blog. Orang yang rimas akan cakap like, eleh dia ni, makanan pun mau ambil gambar. Ini ayat abang aku. Bhahaha. So, what??

Nampaknya skill menulis blog aku ada sedikit merundum sebab dah lama tak menaip dan update blog. Main whatsapp tu selalu laa. Tapi tak sama. So, kite nak citer pasal BigFood ni. Ada apa kat BigFood? Dalam fikiran aku, mesti makanan dia besar2 and yes, tepat sekali! 

Jap, nak share location BigFood ni kat ne ea. BigFood ni letak kat Taman Nong Cik, Johor Bahru, Jalan Kolam Air. Gambar kite tak ambik sebab kite pegi tu dah malam. 


Interior design Big Food ni like vintage style, macam rumah omputih dulu2. Deco dia unik sikit, like side table dengan stool tu, kat luar pulak lampu design payung, yang tu aku takdak ambik. Small plants kat atas meja..


Dan yang pasti, serve dorg pun besar2. Aku mintak Carrot Juice, biasa ķat kedai dapat yang regular size punye gelas, sini aku dapat gelas besar yang buatkan aku terfikir, gelas ke jug yang dia bagi aku ni?


Yang satu ni pulak, Soda Herbs ea kalau aku tak silap laa namanya tu. Dalam minuman tu acah2 macam ada banyak herba camtu laa. Ada lemon slice, amoi, daun pudina dan entah ape lagi dalam air tu. Kalau dalam YouTube, its like Detox Drinks camtu laa. Tapi minuman yang ni waiter tu yang suggest sebab sesuai minum lepas makan makanan like daging2 camtu. Kebetulan pulak, memang nak melantak steak ni!


And for the dessert, Panna Cotta. Nyummy.. Taste more to milk dipped with choco sauce. Dan sudu jugak dah tercelup sekali dalam Choco Sauce tu..


Steak sets, macam2 ada in one set. Ada lamb chop, sausage, mashed potatoes, dan yang lain aku xtau apa nama, aku tau nak makan je laa. Senang. 


For food hunters, have a visit to BigFood and you will amazed with the unique design. Payung pun jadi lampu.. Macam mau buat something like that letak dalam bilik tido. 😍

Thanks for visiting.. 😙😘😙😘

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment