September 13, 2012

Temuduga SPA8 :: Pegawai Imigresen KP17

Assalammualaikum.. :)




Dah beberapa bulan aku sambung study. Banyak jugak dapat assignment asal masuk kelas. Tak kira dengan assignment melukis lagi. Tapi assignment takat ni takdak laa susah sangat. Biasa2 je. Macam kerja sekolah masa Form 5. Semuanya back to basic. English class, citer pasal vocabulary, class drama every semester. Best jugak laa.

Kira2 6 bulan lepas, masa dah study laa, aku dapat temuduga SPA8 lagi. Kali ni bagi jawatan Pegawai Imigresen KP17. Masa dapat panggilan tu excited giler kot, sebab yelaa, keja pakai uniform. Aku pegi temuduga ni kat Kota Kinabalu di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu, tempat aku pegi interview Latihan Separa Perubatan tahun lepas. Tapi serius, aku memang takde nak membaca bagai. Tak sempat. Aku sibuk buat assignment lagi. Tapi, biarpun tak readdy, aku pegi jugak laa.

Jabatan Imigresen Malaysia


::Hari Temuduga::
Semalam aku dah inform lecturer yang aku nak amik cuti. So, lecturer pun ok je laa. Awal lagi aku jalan dari rumah. Sebab naik pengangkutan awam kan. Jadi, kena laa gerak awal. Aku sampai ke tempat temuduga setengah jam lebih awal, tapi dah ada calon lain yang sampai lebih awal dari aku. Its okeh. Aku datang lengkap berpakaian sukan sebab ada ujian fizikal sebelum nak temuduga. So, baju kurung memang dah prepare dalam beg. Tapi, memang aku standby cari baju kurung yang tak berapa nak nampak kedut laa. Siap dengan kasut formal. Kan senang, lepas je ujian fizikal terus tukar baju.

::Ujian Fizikal::
Masa ujian fizikal ni, aku calon yang ke-10. So, maknanya ada ramai laa calon yang datang. Ujian fizikal macam biasa laa, ada cek BMI, Visual Aqcuity, pendengaran dan pemeriksaan tubuh badan. Asal pegi interview yang ada ujian fizikal je, berat aku naik 1kg. Kesian. Lepas ni aku kena diet nampaknya. Berat masa ujian fizikal ni, 55kg tinggi 161cm. Masih kategori ideal laa. Yeahh, lepas. Pastu dia suruh kawad sikit dengan cek tubuh badan. Pastu, kejap je dia cakap ok, semua dah lulus. Boleh pegi bilik temuduga. Tukar baju formal tau. Nasib baik laa aku ada prepare baju dah dalam beg.

::Temuduga::
Aku turun je dari tingkat 2, terus pegi waiting hall nak masuk bilik temuduga. Aku terjumpa laa calon2 tadi. Nampaknya aku calon ke-5 nak interview. So, maknanya ujian fizikal tadi sampai turn aku, baru 5 orang je laa yang lepas. Ada yang lebih BMI kot. Entah laa. Tapi aku nervous bab interview ni. Tak menghafal lagi. Tapi, abang aku cakap, nak interview jangan hafal, kang lebih nervous. So, kertas nota aku bagi budak sebelah aku pinjam. Hahaha.

Sebelum masuk bilik temuduga, dalam fikiran aku dah macam2. Kalau tak dapat nak menjawab soalan dorang nanti. Aku nak jawab je tak tau ke canne. Lepas calon ke-4, sampai laa turn aku. Masuk dengan penuh sopannya aku. Lebih sopan berbanding datang beraya ke rumah sepupu. Huhuhu.

Interview dari panel temuduga
  • Perkenalkan diri anda.
  • Apa itu 'Integriti'? (Yang ni serius aku takde baca, aku main hentam je jawab. Panel tu angguk jugak. Mungkin ada menyangkut jugak kot jawapan aku..)
  • Malaysia ada berapa buah negeri? (14 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan..)
  • Bunga Raya ada berapa kelopak dan ia melambangkan apa? (5 kelopak dan ia melambangkan Rukunegara..)
  • Apa bezanya Visa dengan Pasport? (Visa ialah satu dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuha negara untuk membenarkan kita masuk ke negara tersebut bagi satu tempoh tertentu. Pasport pula ialah satu dokumen perjalanan yang sah untuk melakukan perjalanan ke luar negara..)
  • Kalau saya nak ke London, saya perlu apply Visa ke Pasport?
  • Antara Sabah dengan Indonesia ada border Imigresen tak? 
  • Apa nama border antara Sabah dengan Indonesia? (Pegalungan..)
  • Kalau cik diberi peluang untuk berkhidmat dalam jabatan ni, cik sanggup tak kerja jauh dari family? Dapat posting jauh?

Aku kalau bab posting takda hal. Parents aku je laa risau sebab aku anak pempuan kan. Tapi dah biasa. Ni tengah study pun duk jauh gak dari family even setiap dua minggu aku balik umah. Hahahaha. So, yang ada pertanyaan kena bawa baju sukan ke tak, of course korang datang interview dengan baju sukan dulu sebab ujian fizikal dia start sebelum interview. Dah lepas ujian fizikal baru laa proceed pegi interview.

Sekian entry untuk kali ni. Good luck interview nanti..


**Updated : Temuduga Pegawai Imigresen KP17 kali ke-2


♥kieyuka-hanie♥

259 comments:

  1. Saya nak tahu kalau pakai cermin mata, kena reject terus?

    ReplyDelete
  2. Bagi jawatan ni, sebelum interview ada ujian kecergasan, juga ujian mata.. Kalau rabun, x lepas ujian warna & visual acquity tu, rasanya tak leh lepas ke ujian seterusnya... Lepas ujian BMI, visual acquity dan ujian fizikal tu, kalau lulus baru kena interview...

    ReplyDelete
  3. Hai, nak tanya ciktlah..sy dapat panggilan interview utk jawatan ini..sy nak taw lah utk jawatan ini memang ada ujian fizikal ke?dlm surat panggilan interview cuma dinyatakan ujian pacaindera sahaja..

    ReplyDelete
  4. Klau yg terkini sy kurang pasti... Masa yg saya pegi dulu mmg ada ujian fizikal tu.. Cek badan, kaki, dan kena suruh jalan kawad sikit je..:)

    ReplyDelete
  5. klau kawad tu, yg asas je ke? mcm na sya nk thu nma border tu smua ?

    ReplyDelete
  6. bila dy suruh tkar pakaian sukan, tshrt tu bebas ka?

    ReplyDelete
  7. blh tanya???
    brape berat n ketinggian yg diaorg nak???

    ReplyDelete
  8. Kalau rabun mmg terus kena suruh balik ke? huhu~ Boleh pakai contact lens x masa ujian tu?

    ReplyDelete
  9. Pasal border tu, boleh cek cuba tanya kawan2 ke... Nanti ada masa, saya update sikit pasal border2 ni kalau ada info yea...

    Pasal pakaian, ya, t-shirt bebas... Tapi saya kurang pasti prosedur pengambilan yang terkini samada masih ada ujian fizikal atau tak...

    Tinggi & Berat tu, bagi calon lelaki, sekurang2nya 157cm berat 48kg, bagi pempuan 153cm, berat 46kg... Kena balance arr.. Sebab dorg tengok BMI tu...

    Masa ujian tak boleh guna contact lens, sebab masa saya pegi hari tu, dia suluh mata tu sebelum mula ujian, nak cek guna contact lens ke tak...

    ReplyDelete
  10. saya baru dpat panggilan temuduga pegawai imigresen pada 27/6/2013. tapi tak dinyatakan tentang ujian fizikal atau pancaindera. mcm mne kita nak tahu sama ada ujian fizikal tu ade ke x? sbb surat panggilan interview ni xde plak dinyatakan..

    ReplyDelete
  11. saya rasa kali ni takda ujian kecergsan kot... sbb saya pun dapat benda yg sama kali ni... wish me luck :) and wish u luck too :)

    ReplyDelete
  12. hai... bole tanya tak...kalau org tu rabun...kena reject trus ker...???...

    ReplyDelete
  13. syahrah :kalau yg last interview sy pegi, yg rabun mmg kena reject... tapi tak tahu pulak untuk interview kali ni, takpe, datang dulu.. manatau kali ni kena terima...:) goodluck ^__^

    ReplyDelete
  14. hai nak tnya..ok ke kalau pakai formal mcm slack dgn kemeja..lps ujian fizikal, terus g intvw (kalau lpas ujian)..tak perlu salin2 lg..bole ke? then kita kna tau ke Akta2 Imigresen ape smua..atau dia tnya soalan simple2 je?..nervous..19/6/2013 dpt pgilan tmuduga..huhu

    ReplyDelete
  15. Pakaian utk interview tu asalkan kemas, pengambilan kali ni tak tahu ada ujian fizikal lagi ke tak... Kan lebih elok awak stanby je bawak baju sukan dengan seluar sukan... Kalau kena suruh tukar baru tukar... sebaiknya kena tau laa apa2 pasal Imigresen ni, apa2 je laa... Sebab dorang suka tanya soalan random... Kdg2 dorg bagi situasi laa bagai... Perlu banyak preparation laa ye..:) Goodluck anyway..:)

    ReplyDelete
  16. informasi yg sgt2 berguna. im nervousssss

    ReplyDelete
  17. SALAM..KLAU PKAI FORMAL BOLEH KER?

    ReplyDelete
  18. Welcome, rilek laa... Steady2 okay, hehehe....
    Wasalam.. Nak datang interview of course kena pakai formal... Masa ujian fizikal mesti pakai baju sukan, tapi klau lelaki, rasanya xda hal kot klau nak guna baju formal, ppuan je laa yg ada problem sikit... :) Goodluck :)

    ReplyDelete
  19. SALAM .alhamdullilah saya pun dapat temuduga untuk jawatan ni pada 28.6.2013. seperti yg sy bce pada surat panggilan temuduga tu, dibhagian blkg ade dinyatakan mengenai ujian2 fizikal yg perlu kite lalui nnt tetapi tidak pula dinyatakan pakaian apa yg diharuskan kite pakai mase pagi2 tu.. so saya nak tahu samada kite kena datang pki bju t-shirt nan sua track terus atau pki bju kurung dulu ? dulu masa awk pergi interview ni , majoriti yg hadir berpakaian mcm mne ?

    ReplyDelete
  20. Wasalam....
    Tahniah ea..:)
    Masa saya pegi dulu majoriti dah standby pakai baju kurung, baju formal semua laa.. Mcm org nak datang interview, rasa macam kenapa aku sorang je yang guna baju sukan kan, org lain nengok pun bingung kot..
    Tapi bila ada sorang pegawai datang, tanya apasal dorang x guna baju sukan? Takda baca dalam surat panggilan ke?
    Saya pun senanya tak tau kan, sbb terima surat dari emel, takda dinyatakan pun, tapi nasib baik laa betul jugak.
    Kalau awak nak pakai sedia pun takpa, asalkan ada standby bawa laa...:)
    Goodluck btw...:)

    ReplyDelete
  21. Salam,
    Fa dapat interview pada 28/06/2013 ni kat seremban..Thanks dear untuk tips..gementar walaupun dah second interview. wish best of luck!

    ReplyDelete
  22. Hi Fa... Thanks for visit here too... Wah, dah second time ea.. Sama laa.. Wish you luck! :)

    ReplyDelete
  23. Saya pom dpat..19/6/13 ney kt trg...nervous gilerr..fuhh!

    ReplyDelete
  24. kalo mengandung macam mana ek?...

    ReplyDelete
  25. huhu..thanx bg info..
    sy dapat gak inview ni kat putrajaya
    27.6.2013...
    cuak le plak..
    huhu..p rase berat cam x pass je..overweight..haha

    ReplyDelete
  26. salam..sy pn dpt interview kt JB 19hb ni tp x pasti blh lps ke x ujian fizikal sbb tinggi 1.5m,berat 38kg je.de sorg mmbe ckp klu ujian fizikal x lps mmg kne blk dan dyeorg langsung x interview.ble dgr mcm 2 dh rse down tp kwn2 yg len suruh try je,mne tw de rezeki.so sy pn just prepare dan doa byk2 mne tau de rezeki kn :)

    ReplyDelete
  27. Kalau pregnant, tak tau laa pulak canne...

    Welcome back. Anariffin. Anyway, goodluck ye. Takpe, dorg tgk BMI, klau tinggi ngan berat dah cun2 balance, ada harapan laa...:)

    Hi, Dila.Ye. Mmg camtu, tak lepas ujian fizikal, dorg x interview. Ppuan klau tak silap minimum 1.5m lebih kot dalam 1.53 camtu, takpe, cuba kan. Lgpun dorg tgk BMI tu. Smgt mesti kuat, bila awal2 dah down, mmg affected laa time nak p nanti.. Rasa kurang yakin nanti. Anyway,wish u luck..:)

    ReplyDelete
  28. untuk test mata.
    ada jenis board/ huruf yang diorg pakai?
    ada klu? sebab nk hafal la turutan.
    takut x lepas ujian mata.

    ReplyDelete
  29. ada. dorg guna board yg macam doktor slalu guna tu,. Tp huruf kat board tu xtau sama dgn yg slalu ada kat klinik ke tak, takpe, masa penemuduga nak test mata, awak ambil sikit masa hafal huruf yg baris ke-tiga dari bawah, agak2 nak kecik dah tu.. yg besar2 takyah hafal pun takpe, leh nampak jugak kan..

    ReplyDelete
  30. hi.. awak dpt ka jawatan tu??

    ReplyDelete
  31. Hi... Apa beza visa dan passport?

    ReplyDelete
  32. Saya nak tahu di mana awak cari nama nama border? Utk border sabah ialah pegalungan.. Kalau border sarawak indonesia?

    ReplyDelete
  33. Pasal beza pasport & visa tu boleh baca kat Laman Web Imigresen:
    http://www.imi.gov.my/index.php/en/
    Sana ada penerangan ttg visa & pasport..

    Border Sarawak-Indonesia tu di 3 bahagian ni..
    Kampung Stass (Bau, dalam Bahagian Kuching), Kerangas Gayau (Lachau dalam Bahagian Sri Aman) dan Long Banga (di Ulu Baram dalam Bahagian Miri).

    ReplyDelete
  34. Salam sejahtera....ujian mata tu,mereka bagi huruf ke atau alphabet "E" saja tetapi berlainan jenis??

    ReplyDelete
  35. Heee.... Awak pernah jalani cek mata masa kat sekolah rendah/menengah tak? Haa~ dorg mmg slalu guna board yg ada 9 peringkat penglihatan tu... Kena pass 6/9 biasanya, board tu ada byk huruf.. Paling atas hurufnya besar arr... Makin turun level, makin kecik...

    ReplyDelete
  36. Hi... Di mana awak cari semua nama2 border sarawak tu?

    ReplyDelete
  37. search kat google and others boleh cari kat blog2 traveller. Kdg2 ada yang mention pasal immigration border ni.

    ReplyDelete
  38. Salam. Awak datang terus pakai baju sukan kan. Cam mana ngan baju formal, bawak ngan hanger ke??? Just nak tau. Terimas..

    ReplyDelete
  39. Saya dapat 3 panggilan interview dalam masa dua minggu tau..
    Rasa2 awakla kan, patut ke saya pegi semuanya..
    KALAUla tiga2 temuduga tu lulus, tapi amek salah satu je, tak kena blacklist ke..
    Apa pendapat awak?

    ReplyDelete
  40. Hehe... Baju formal tu yg siap kena iron lg sy lipat elok2 simpan dlm beg dgn kasut formal skli... Tp sy pilih kaler baju tu yg gelap sikit dan kain licin... Baju2 raya yg lepas tu tibai je mna yg nmpk ssuai... Jd klau kusut ke, x laa nmpk sgt...

    Senanya sy pun confused psl yg ni... Sbb baru2 tu sy pegi utk antidadah. Dah dpt jwpn, calon simpanan. Tp dpt pggilan lg imigresen dgn kastam mggu dpn ni, dah dua kali cmni, buat kita pun confused. Tapi xpa, bila awak lulus, dan pilih salah satu je, xda mslh pun.. Sbb ada dlm sistem SPA kan. Mlainkan time interview awak x dtg, tu mmg kena 'beku' laa nma awak utk pngmbilan...

    ReplyDelete
  41. awk ada fb x ? snang sy nak tny..sy ada tmdga 18hb ni :(

    ReplyDelete
  42. Terima kasih banyak atas perkongsian.. :))

    ReplyDelete
  43. yang nak minta fb tu...leh bg emel tak? send kat shoutbox pun boleh... ke awak cari je guna owner's name saya kat top sidebox tu...

    ReplyDelete
  44. Welcome & thanks for visit here :)

    ReplyDelete
  45. risaunya..agak2x isu mcm mna erk dy Tanya??..lau ada parut bekas cacar air kena reject jgk ke??

    ReplyDelete
  46. Alyn : Bekas cacar air tu tak laa, mksud dorg yg parut besar macam bekas operate ke hape... Haa~ Bekas jatuh, kena jahit luka ke hape kan.. Yang camtu kena tanya laa... Isu2 semasa tu mcm apa berita terbaru pasal Imigresen, cth: Menahan imigran2 yg menyalahgunakan pas lawatan sosial & membanteras aktiviti pemerdagangan orang & penyeludupan migran. Kdg2, isu berkaitan dengan negara... Kena banyak tengok berita laa nampaknya...:) Rilek, jgn risau2... Its ok je pun...:)

    ReplyDelete
  47. Bedebar nk g sebb jln lutut berlaga..cm xde harapn jee...

    ReplyDelete
  48. Alaa~ Fariza jangan laa awal2 dah macam giveup pulak... Tak baik tu....:)

    ReplyDelete
  49. special entry for sempadan2 M'sia ada kat sini
    http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2013/06/special-entry.html

    ReplyDelete
  50. ohsome blog..saya dapat juga tapi untuk pertahanan awam, tapi kena reject sebab tangan belok. memang tak adil tapi tak ada rezeki nak buat macam mana Q_Q

    ReplyDelete
  51. Helo.sy dtrma temu duga 18 ne,nk tnya Kalau kawad tu kawad asas je ke?n kaki berlaga tu yg cm na ek'

    ReplyDelete
  52. Hi, thanks...:)
    Takpa, rezeki tak semestinya kat satu tempat je kan...:) Chill ^_^

    Ya, cuma kawad asas, dorang cuma nak tengok boleh kawad ke tak. Tak laa kawad macam robot pulak.. Hehehe, pasal kaki belaga tu, takda masalah kalau awak pandai2 laa cover sikit :)

    ReplyDelete
  53. Hi... any1 from png... interview kt png

    ReplyDelete
  54. Hi, dorg chk lutut belaga tu camne? Dia suruh agkt seluar ke?

    ReplyDelete
  55. Pemeriksaan badan tu camne? Dia suruh angkat baju ke nak chk kalau ada parut ke ape ke?

    ReplyDelete
  56. yg pakai contact lens, awal2 kene reject ke??

    ReplyDelete
  57. sy dpt interview 24hb ney kt kL . nervous gilaaaaaaa ! gud luck utk diri sendiri dan semua ;)

    ReplyDelete
  58. Ya, mmg kena suruh angkat seluar, sampai paras lutut, then dorg cek laa. Tp jgn risau, kalau ppuan, yg cek pun ppuan jugak. Tp for sure mmg cek tubuh badan la.

    Tak boleh pakai contact lens la masa ujian tu, sbb ada cek mata. Awak pakai pun, sama jugak dorg cek mata awak dulu sblum dorg buat ujian.

    Goodluck jugak untuk awak Cik Najiey :)

    ReplyDelete
  59. interview dlm bhse melayu ke inggeris?

    ReplyDelete
  60. Dalam bahasa melayu. Depends to penemuduga, kadang2 dorg suruh explain briefly about yourself dalam bahas inggeris.

    ReplyDelete
  61. owh,thnx a lot for sharing ok..sgt2 membantu =)

    ReplyDelete
  62. Saya nak tanya utk kastam ada tak ujian fizikal? Sebab saya ada interview utk kastam tapi tak terima msg utk ke ujian fizikal..

    ReplyDelete
  63. Utk kastam xda rasanya, sbb masa sy pegi tahun 2011, interview terus. Cuma imigresen, yang masih ada takat ni :)

    ReplyDelete
  64. dear,nk tnya,dorg ada check tangan x.bengkok r tak?kalu ada dorg cek mcm mna ye.huhu

    ReplyDelete
  65. Saya pun ada temuduga 21hb ni....saya x mahu pergi tapi kwn2 support...bukan apa...mmg sda fail psl fizikal ni...tinggi x cukup..berat pun x cukup...tapi kwn2 suruh pergi jgk..mcm mna ni?...Aduh...

    ReplyDelete
  66. Cek tangan tu ada, u imagine k..
    Dorg suruh luruskan dua2 tangan kedepan, pastu, dorg tgk dari depan,sisi sume. Then, jari2 pun dorg tengok, tapi sy tak tau sa pe pulak dorg tgk jari2 tu. Awak penah pegi interview polis tak? Kalau penah, lebih kurg mcm polis laa :)

    Hi, awak yg ada interview 21hb nnt, takpe. Blm cuba belum tahu. Dah pernah pegi ke sebelum ni? Klau pendapat saya, awak pegi je.Manatau kali ni rezeki awak kan... :)

    ReplyDelete
  67. salam.. thanks sbb info from ur blog sgt berguna.. sy pon dpt interview 20hb kt kedah.. 8 pg.. nervous!! dah la pakai spek.. tggi dh ok, cuma berat tu la.. heee.. sy rasa nk pakai bju formal dulu la..baju sukan letak dlm beg.. ok x?

    ReplyDelete
  68. Wasalam, goodluck ea Ema... :)
    Ok je pun kalau nak guna baju formal dulu.. Nnt dah sampai baru nak tukar pun ok je.. Wah, esok laa kan awak interview, sure! Mesti neves kan? Heheheh..

    ReplyDelete
  69. thanks dear!!muaahh.ema,sy pn sama awk.dekat kedah.esok.20/6/2013.huhu..takut jgk ni.first time.blog ni sgt berguna la=)

    ReplyDelete
  70. Thanks visit here ^__^v Goodluck semua... :D

    ReplyDelete
  71. salam..u oll's wat yg terbaik k..sy pernah dpt iv ni n then dukacita..tp alhamdulillah Allah nk bg yg lg baik utk hamba die n skrang ni sy bjaya dpat twaran Penolong Penguasa Imigresen..wish u luck..aminnn...

    ReplyDelete
  72. Nerkaitan resume n dokumen?jawatan ni utk spm level..kalo ade degree nk sertakn dlm resume n dokumen x.?

    ReplyDelete
  73. Dalam surat panggilan ada mention pasal benda ni, kalau ada Diploma, Ijazah/ Transkrip, boleh sertakan sekali.. :)

    ReplyDelete
  74. salam..awak ada pergi interview kan untuk sesi sekarang ini..apa yang diorang tnya? ^^ saya risau dengan current issues dan hal2 negara

    ReplyDelete
  75. kiranya memula kita kena pakai baju sukan ke baju formal??

    ReplyDelete
  76. Utk interview ni, entry ni jugak sy buat masa sy pegi interview last year, jd soalan tu je yg dia tanya, yg utk tahun ni belum pegi lagi.. 27hb...:) Bykkan tgk berita, banyak baca paper, sure boleh jawab.. Goodluck :)

    Reena: Tu, terpulang pd awak.. Kalau nak pakai baju formal dulu, boleh. Tapi standby bawa baju sukan. Kalau nak datang guna baju sukan, standby baju formal. Goodluck :)

    ReplyDelete
  77. kalau rabun warna? cmfirm kna reject ke?

    ReplyDelete
  78. Apyz: Mungkin kot.. Sebab biasanya yang tak lepas bhgian cek BMI, cek mata & tubuh badan sume ni memang sampai takat tu je laa.. Xkan dapat interview..

    ReplyDelete
  79. salam nk tnyee lagi laa..lau intebiu ni wajib tak pakai tdg?? sebb saye free hair

    ReplyDelete
  80. nk tnye ag cek fizikal ni sumee ade tak suruh belari 5 km dlm mase 5 minit tak???? ke mereka hanye cek fizikal ngn pancainedra jek?? : fara

    ReplyDelete
  81. tumpang tanya saya nadia...skrg nie saya dpt interview utk pembantu penguasa kastam...sblm saya comment saya nie saya baca semua komen yd ada kat atas..semua org ckp dlm kertas dorang htr untuk interview belakangnya mrk mention pasal ujian fizikal n pancaindera...tp dlm surat yg saya terima itu mrk x mention langsung..habis saya kena pki baju sukan ke ataupun formal je...lagi satu,saya nie org gemuk...mungkin x lepas syaratnya...habis skrg ni saya dpt ke tak...esok saya interview...mintak respons dgn segera ye..nak prepare..

    ReplyDelete
  82. saya baru lepas interview kastam tu, takda ujian fizikal...jangan risau, mmg takda ujian fizikal kalau kastam... goodluck :)

    ReplyDelete
  83. Fara: Tgk tmpt jugak, masa interview ni dorg buat ujian tu dalam bilik mesyuarat, so, takda laa saya kena suruh belari pulak, jalan biasa je dengan kawad sikit...

    Pasal pakai tudung, tu terpulang kat awak, banyak jugak yang saya nampak tak pakai tudung..:)

    ReplyDelete
  84. Nadia, boleh rujuk pasal interview kastam kat entry ni...
    http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2013/06/interview-kali-ke-2-dah.html

    ReplyDelete
  85. alaaa yekee...takot nti intebiu kene pakai tdg lakkk..aishhh..yg tak pakai tdg tu besenyee kene halau tak??

    ReplyDelete
  86. Takda pun kena halau... Rileks laa awak... :) Paling2 pun kena tanya soalan bonus je, kalau dalam IC bertudung apsal tak pakai tudung dtg interview, camtu je laa yg sy penah dgr.. Nak kata kena halau tu tak pernah pulak..

    ReplyDelete
  87. hi saya Niveetha..saya dah lepas interview kastam nie..dorang x cek physical attributes..so,usah risau ye kalo kastam...skrg saya share dgn korang apa yg dorang tanya masa interview...
    1)senaraikan 5 jenis cukai yang dpungut oleh kastam
    2)apakah tugas dan fungsi utama kastam
    3)siapakah menteri kewangan malaysia dan timbalannya
    4)kastam diraja malaysia bernaung dibawah kementerian mana??
    5)siapakah pengarah kastam draja malaysia???
    itu je soalan-soalan yg dorang tanya kat saya..tapi yang peliknya dorang x suruh aku ceritakan pasal background..masu je tanya nama pas tu direct tanya soalan..haha anyway gud luck 4 those who r guin 2 enter d interview..dun b panic n do ur best..dorang x strict masa aku pegi interview..dorang gelak je sampai habis interview..usah takut ye kawan-kawan...N i would lyke 2 thank Ney'zara Mazna who r helping d others 2 attend d interview..sebenarnya aku pun baca comment2 kat atas tu dan make myself 2 b prepared as well...thankz 4 other frenzz 2 who r giving so much of idea...luv u ol...

    ReplyDelete
  88. Hi Niveetha..
    Really appreciate it...
    Thanks for sharing more info here :)
    Hope u goodluck..
    Wahh~ mesti tak sabar tunggu result kan..29/7 ni..
    Berdebar2.. Heheh..
    Semoga berjaya juga untuk yg lain..
    Dan thanks for visiting my blog again :D

    ReplyDelete
  89. niveetha:-yup masih berdebar-debar...takut result keluar cam mane..ol d best 4 u 2...

    ReplyDelete
  90. result dah keluar. jadi calon simpanan. ada harapan nak dapat tak ?

    ReplyDelete
  91. Aten Natasha : Hahaha, sy pun dah dapat result, calon simpanan gak... Harap2 dapat laa kan...

    ReplyDelete
  92. nama sy nora...sy dh dpt keputusan utk jawatan pegawai imigresen...mcm mana kite boleh nk tau kite diterima sebagai calon tetap / simpanan? ade sesape yg dh berjaya dh dpt surat dr SPA?

    ReplyDelete
  93. Hi...:)
    Nora : SPA ada hantar emel kat inbox kalau awak dapat calon tetap/ simpanan.

    ReplyDelete
  94. ermm...ade dpt emel...tp kt cni die just state "berjaya temuduga. surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan arahan melapor diri oleh jabatan..." camtu je...nk tanye lg...ade sesape dh dpt surat dr SPA? slalu berapa lama ye surat nk sampai...(takut surat x sampai kt tangan...hihi)

    ReplyDelete
  95. same lah dapat tawaran jugak...xtau bile surat sampai..

    ReplyDelete
  96. Kalau camtu maknanya awak dah dapat laa tu. Tinggal tunggu surat untuk lapor diri je laa.. Wahh, bestnya, sy dapat calon simpanan je..

    ReplyDelete
  97. Alhamdulillah...sy da dpt surat tawaran SPA :) sape lg yg dah dpt surat tawaran?lapor diri tak twu lg psl surat jabatan belum sampai lg..

    ReplyDelete
  98. Sama la...sy pown...berdebar takot surat x smpai...alhmdulillah...rezeki bln ramadan...-nora-

    ReplyDelete
  99. cpatnya korang dapat surat.....sya tak dpt lg la

    ReplyDelete
  100. bila awak dapat surat???sy x dapat lg pun...risau pulaakk...

    ReplyDelete
  101. -ceritahidup-
    Awak dpt panggilan temuduga hari tu dari surat/ emel?

    -panahlangit-
    rilek2, mungkin lambat sikit kot~ :)

    ReplyDelete
  102. sape yg dah berjaya temuduga insyaAllah akn dapat surat..cepat atau lambat ckit je...

    ReplyDelete
  103. ney' zara...sy mcm nora gak dpt lalu email..tapi surat tawaran masih x sampai lg kt tgn...org kate...kne tgu lame kn dlm 3 minggu baru dapat..bkn ape..risau surat x pat kt tgn je..

    ReplyDelete
  104. eh...ade org sebut name sy...hehe...cerita hidup..InsyaALLAH...akan smpai la tu..=) lg 1...pasni sesape dh dpt panggilan utk lapor diri...sile update ye...tq to tuan punyer blog..Ney'zara Mazna sbb wat entry ni..harap awk pown akan dipanggil lapor diri...;)-nora-

    ReplyDelete
  105. sudah...hari jumaat lepas...

    ReplyDelete
  106. nora-awak dapat surat tawaran ka? @ surat lapor diri...

    ReplyDelete
  107. -nora-
    Harap camtu laa nora.. Amin~ Hehehe... Awak pula selamat berjaya dalam tugas nanti.. Peace ^_^v

    ReplyDelete
  108. panah langit - surat tawaran dr SPA je yg dh...suh
    wat medical checkup kn..arahan
    utk lapor diri x kunjung tibe
    lg...hehe...
    *sy ni tgh bekerja...notis plak 2 bulan..tu yg gelabah je..huhu...smlm dh selamat pown anta resign letter...;)-nora-

    ReplyDelete
  109. surat tawarn dah sampai..tp xleh nk stelkn sume minggu nie sbb sume cuti raya...kne tgu minggu depan..nk cari saksi kumpulan profesional kerja kerajaann...aduhh..

    ReplyDelete
  110. nora-sye tak dpt lgi apa2 srat pown...mngkin lpas raya agaknya sbab abg posmen dah cuti kowt kan...

    ReplyDelete
  111. panah langit-ye la...InsyaALLAH ade nnt...kite raye dulu...!!! hihi...pasni next year punyer raye...dh x ley pk sgt ler...;)
    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..V(>.<)V

    ReplyDelete
  112. betul 2...next year pnya raya tnggal pkr kerja..hahaha

    ReplyDelete
  113. ok..nora n sape2 yg da dapat surat lapor diri..jgn lupe update ye...hehe

    ReplyDelete
  114. saya pon dapat ..tapi tak tahu nak sambung degree or terus keje :/

    ReplyDelete
  115. Erm..tu la dilema nk keje or smbung...sbb sy dh pown ade degree..tp peluang keje degree dlm gomen sgt2 la tipis...org byk naik pangkat secara lantikan @ internal...sy x ckp kabel...rezeki masing2...so sy trime je jawatan SPM...InsyaALLAH ade rezeki...boleh apply utk naik pangkat..awk pown boleh smbung blaja...percaya pada rezeki...;-)-nora-

    ReplyDelete
  116. sye ada dpt info bln 10 ni bru kna panggil latihan dkt n.9

    ReplyDelete
  117. Mcm mane awak dpt info tu?..alhamdulillah la klo cmtu..sy risau jugak kalau kna byr balik company sbb resign awal...

    ReplyDelete
  118. sye kol ibu pejabat imigresen.....2 pon klw tak da perubahan la

    ReplyDelete
  119. owhhh..bulan 10 ye...tq ye pd update...if da dpt date yg betul sng nk prepare..hehe...

    ReplyDelete
  120. salam sy amri..sy pn da dpt surat dr spa..sape yg xdpt surt tu jgn riso sbb leh download dr laman web spa..medical checkup n akuan sumpah leh download kat lmn web spa..

    ReplyDelete
  121. ada calon sabah ka d sini?

    ReplyDelete
  122. Ada..sy calon sabah.

    ReplyDelete
  123. Tinggal kk.kamu?

    ReplyDelete
  124. tnggal d sipitang..... tpi kerja d labuan...

    ReplyDelete
  125. Wah jauh jugak.nnti if dpt surat lapor diri dah bgtau k..if ada we chat bole add sy RoseJD

    ReplyDelete
  126. lambat nye surat lapor diri nie...nk kne bg notis sebulan awal dgn majikan skrang...serba slaha rasa.

    ReplyDelete
  127. tu la..lambatnye...da r noticed 3 bln..

    ReplyDelete
  128. AMRI if 2 bulan baik bg notis sekarang...xpun call jabatan imigresen je kan tnye bile lapor diri..sng nak wt keputusan..

    ReplyDelete
  129. CERITAHIDUP...sy da anto resign letter awal2 da..so no problem..nt kursus kat PD kan?

    ReplyDelete
  130. Yang dah dapat surat lapor diri tu, Tahniah... :D
    -admin-

    ReplyDelete
  131. ada yg dpt srat lapor diri ka sda....?

    ReplyDelete
  132. da tpn imigresen...bln 10 lapor dri..tarikh xpasti lg..

    ReplyDelete
  133. sume dpt panggilan bln 10 ke?...ke secara berperingkat?..sesape dh dpt surat tlg update ye..aritu susah ati tggu surat SPA...kali ni susah ati lg tggu surat lapor diri...harap dipermudahkanlah....amin...

    ReplyDelete
  134. surat setuju terima korang dah print ka...?

    ReplyDelete
  135. Salam.. mmg confirm panggilan bln 10 ye? Stil tertanye2 smpai skng.. aduhai...

    ReplyDelete
  136. mmang bln 10...tpy tarikh 2 blum pasti lagi...

    ReplyDelete
  137. Owh.. thanks ^____^

    ReplyDelete
  138. yup bln 10..tp trkh tau lg..tpn imigresen die ckp suh wat prsdiaan awal je..kemungkinan besar after rya hji...

    ReplyDelete
  139. ok..tq yg bagi info..sesapa yg da dpat surat lapor diri..trus update ye..hehe..

    ReplyDelete
  140. hyep...sy zaty..sy pun dah terima surat pelantikan imigresen tu..but,surat lapor diri tak sampai lg..tentang surat setuju terima online tu,just terima n print jekan ?

    ReplyDelete
  141. yup..just print je 2 keping...srt lapor dri xsmpai g..

    ReplyDelete
  142. helo...sy Lili~ budak sabah area . mahu tanya ni..sekiranya mula-mula sy di kategori kan sbgai calon simpanan tapi yg datg surat tawaran pelantikan ? itu maksud dy sy ni bukan calon simpanan la kan?

    ReplyDelete
  143. hai lili...rasanye lau dah dpt surat twaran perlantikan tu dah sah la..bukan simpanan lagi..

    ReplyDelete
  144. lili ...cba cek dkt portal spa ada srat stuju terima kah...

    ReplyDelete
  145. kalau dkt SPA dy cakap tahniah anda sudah menerima surat tawaran..dot..dot..dot. maksud dy sy bkn simpanan lg laa kan?

    ReplyDelete
  146. lili : mungkinlah..sy rasa awk dah dpt surat pelantikan tu bukanlh calon simpanan lg..ehh,korang bila ye surat lapor diri tu nak sampai?memang lambat ye?

    ReplyDelete
  147. betul ka lapor diri imigresen bulan 10? sbab sda saya dengar
    ...anak buah cikgu saya ada dapat jga ketn pgwi imigresen kp17 ne...n dya da lapor diri 23 ogos tu lagi...saya takut pula...ne la mw make sure lw lapor diri ne bila...?

    ReplyDelete
  148. seyes ke???aduhaii..pelik je nie...23 ogos da lepas..yg call imigresen kate sume bulan 10..x pasti la...da anta notis berhenti kerja pulak...

    ReplyDelete
  149. yg lapor diri 23 ogos tu gred kp 27

    ReplyDelete
  150. ohh kp27 tu penguasa imigresen kan..mungkin betullah bulan 10 kemasukan utk kp17 sebab dorg dah call jabatan.. btw,spe2 yg dh dpat surat lapor dri update k..dah masuk buan 9 kan..
    medical checkup tu kena buat xtray tak ?

    ReplyDelete
  151. assalam..sy dpt gak panggilan ke ujian pemeriksaan fizikal untuk jwtn pegawai penguatkuasa n41..tp kat cni sy nyer BMI underweight..plus rabun jauh...mcm ner yer...

    ReplyDelete
  152. miss zaty : yaa kena buat X-ray tuu,
    cerita hidup : tuu laa lama betul mau dtg surat lapor diri badan sy da membulat da duk kt ruma jaa pas berhenti keja. hahaha

    ReplyDelete
  153. MBTA MIRI: U apply for Penguatkuasa N41 ya?
    Bila temuduga tu, kena try tambahkan berat badan laa ye.. Yg underweight memang kena reject laa. Penguatkuasa memang strict.. Byk yg berpendapat camtu..:)

    ReplyDelete
  154. lili..haha..xpebulat kan je...nti kursus teruk lah...sume da anta notis resign ke??

    ReplyDelete
  155. yupe, sy apply untuk penguatkuasa N41..ujian fizikal 10 sept ni..berat maintain n x pernah naik2 walaupun makan byk mane pun..:)..2 yg pblm plus sy mmg rabun jauh..

    ReplyDelete
  156. tarikh ujian 10 sept next week..nak tambah berat tu payah kit sbb asal nmakan jer, berat xprnh naik2..maintain jer..:)

    ReplyDelete
  157. MBTAMIRI: I think you need to work hard for this, sebab semua tu kena ambil kira. :)

    ceritahidup: Maaf ya, need to disable comment before.. Dah ok sekarang :)

    ReplyDelete
  158. owh yg 23ogos tu yg kp27 rupanya...lega dengar...srat lapor diri pun blum dpt2 lagi.

    ReplyDelete
  159. ouhh mmg ada x-ray lah so kena pergi hospital laa..i guess medical checkup tanpa x-ray bolehla buat di klinik kesihatan je..lambat betul surat lapor diri nak sampai ye.hari2 tunggu abg posmen hehe

    ReplyDelete
  160. da berenti keje pn...nk rehat2 lu/...

    ReplyDelete
  161. nanti kursus secara beperingkat tak? atau sekaligus?

    ReplyDelete
  162. time kasih pada Ney'zara Mazna membenarkn kami2 sume berhimpun kat sini..tq tuan blog..heheheee...

    ReplyDelete
  163. yaa laa tenkiuuu tuan blog~ hehehe

    ReplyDelete
  164. klw buat medical check up tu...lama ka result dya baru kluar...???

    ReplyDelete
  165. Dgr kawan yg penah g...bergantung pd hspital...klo ramai org buat medical checkup...lama la keputusannye..ade tu smpai seminggu dua bru dpt result

    ReplyDelete
  166. Tahniah semua. Selamat menjadi warga IMIGRESEN MALAYSIA.:)

    ReplyDelete
  167. lahh lama ke..ingat mcm medical chekup biasa tu..

    ReplyDelete
  168. Sy pn dpt ujian fizikal utk pg.penguatkuasa n41 19.09 ni.. tp utk JPJ/KPDNKK.. xtaw nk study mcm ane utk temuduga nnt..

    ReplyDelete
  169. Salam, saya nxt week pigi ujian pegawai penguakuasa N41,. Sama dgn Mbta Miri tu,.Kalau tinggi mmg da lepas, BMI pun mcm ok julat 19, berat kdg2 45/46.., kena mkn lebih sikit ...

    ReplyDelete
  170. Hi

    Kalau BMI je lebih 26 macam mana terus kena reject ker?

    ReplyDelete
  171. hi dear~ i nk tanya pasal ujian fizikal tu. kalau lutut xrapat adakah akan failed?? bukan sbb patah or accident, tp mmg sejak azali camtu hehe isau la plak nak attend exam fizikal pancaindera n fitness 17 sept ni. pliz advise me

    ReplyDelete
  172. saya pun dapat peg imigresen. tp surat lapor diri dr imigresen belum terima lagi. call imigresen ckp surat lapor diri akan dihantar awal bulan 9,.. lapor diri bulan 10. We chat iD : AyyuAG

    ReplyDelete
  173. awal bulan 9 yer..ermm,tunggu2 surat..dah buat medical checkup n akuan sumpah ??
    wechat id : I_AmZaty

    ReplyDelete
  174. tgk update kat laman web imigresen je..die ada wat pengumuman dlm laman web tu nt...

    ReplyDelete
  175. Salam semua,
    Hi korang yang dapat interview/ discussing about temuduga penguatkuasa, can u please leave any comment and respons here..

    http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2013/08/sharing-is-caring-pembantu-penguatkuasa.html

    Maaf ye, sebab bingung nak tengok komen dah mixed up dengan bahagian imigresen ni. Ini untuk kemudahan other visitor jugak laa untuk dapat baca kan...:)

    Thanks you guys :)

    ReplyDelete
  176. Ok, untuk yg soal pasal lutut tu, x pasti pulak canne dorg pilih. Tapi yang pasti kalau ada probelm kat lutut sebab accident ke, ada problem sikit laa.. But its bergantung to budi bicara orang yang memeriksa tu... Good luck..:)

    BMI pulak mesti ikut yang diminta laa. Lebih or kurang BMI, biasanya x lepas..

    For Ibu Tiha, BMI ok je tu :) kena maintain laa k...:) Pas2 19 its ok laa, kalau boleh lebih sikit pun ok.. Makan banyak2 sikit but berhemat.. Hehehe,

    Yang dapat interview for penguatkuasa JPJ/KPDNKK, cuba cek kat portal rasmi spa, under Semakan Jadual Temu Duga yang cek guna no IC tu..

    Thanks to u all yang dah singgah blog ni, harap bermanfaat kongsi2 pendapat kat sini kan..
    Good luck kepada semua yang akan pergi interview..
    And tahniah kepada semua yang berjaya interview tu.. :)

    ReplyDelete
  177. tiada lg org yg dh dpt surat lapor diri...?? =(

    ReplyDelete
  178. xdapat lagi....lambat lagi kot.=((

    ReplyDelete
  179. salam , tumpang tanya :)
    medical checkup tu mmg kena buat siap2 ek ? bukan buat kat sana la ek ?

    ReplyDelete
  180. Haah kne buat siap2..kne wt kt sne ke?xtau pn..

    ReplyDelete
  181. Haah kne buat siap2..kne wt kt sne ke?xtau pn..

    ReplyDelete
  182. byknya kekeliruan...sesiapa ada info terkini...tlg la share....
    mood: susah ati..surat x sampai2 lg...

    ReplyDelete
  183. hehehe.. owh makaseh. :) . hmm lgpun lega dgr pasal bulan 10 ni. saya pun duk tunggu surat lapor diri, igtkan saya sorang jer lagi yang tak bule.

    ReplyDelete
  184. X bule ape.?..konfirm ke pas raya haji ni...tgk pengumuman kt web imigresen x ada juga..

    ReplyDelete
  185. raya haji 15/10. pengumuman agak2 bila dia buat. sekarang mungkin masih awal lg untuk pengumuman. mungkin. hmm

    ReplyDelete
  186. lame lagi la agak nye..ntah2 awal bulan 10 baru dapat surat kot..huhu....

    ReplyDelete
  187. Risaulaa xdpt surat lapor diri lg.. hari2 tggu pakcik posmen dtg umah.. kalo ade pape info jgn lupe gtau ye kawan2.. ^__^

    Sy zulaika dr melake..

    ReplyDelete
  188. Lmbtnye bln 10 perut da mkin membulat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, do skipping tiap pagi & petang to reduce :)

      Delete
  189. Oo ramai lagi senasib dgn saya,masih x dapat surat untuk lapor diri.insha Allah,dapat surat tu nanti.

    ReplyDelete
  190. mcm2 karenah pula org hospital ni...siap bising takot kite x boleh amik keputusan sbb kna posting jauh2 lg...training pown blom lg...ntah apa2 ntah

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.