Assalammualaikum...
Beberapa minggu lepas kalau aku tak silap, malas nak cek balik date post, aku balik Labuan sebab ada interview. So, interview yang ni laa tu. Latihan Separa Perubatan (Diploma) bagi jawatan Pembantu Perubatan U29. Nama glamournya, M.A ataupun Medical Assistant. Dah ala-ala macam doktor pulak. But, dorang ni kalau nak pakai gelaran doktor tak boleh suka2 tau. Kena ada pengiktirafan gelaran tu baru boleh dipanggil doktor. So, M.A is M.A melainkan dia upgrade lagi. So, ni yang akak tu bagitau laa.
Sampai je rumah, lepas interview hari ni, aku terus je nak update citer kat blog. Kononnye tak nak laa nanti lupe apa benda nak citer tu. Sementara masih fresh, tak amnesia lagi ni, so kita nak update story baru ni.. Yeahh. Ada benda baru nak share..
Ok, pasal interview kali ni, aku rasa ada perubahan sikit dalam diri. Bukan nak kata yang aku datang interview tu dengan over self-confident, tapi aku rasa ada peningkatan sikit laa dari segi persediaan diri. Tips-tips yang aku dapat dari beberapa blog tu memang berguna jugak laa. Thanks kepada sesiapa yang sudi share pasal tips temuduga tu k, sebab aku memang tercari2 benda-benda macam ni bila nak pegi interview. Korang boleh laa try research. Ada yang ada share pasal interview dan tips. Senang sikit.
::Sebelum Hari Temuduga::
Dapat je emel dari SPA8 hari tu, aku terus je buat research macam2 pasal jawatan ni. Kira excited sangat nak pegi interview jawatan ni. Tu laa pasal. Sanggup beli internet RM5 sehari untuk cari semua pasal benda ni je. Meskipun aku bukan pelajar dalam bidang Sains Tulen masa dalam Tingkatan 5 dulu, tapi seriously, aku dah mula minat dengan bidang2 medical ni. Salah satu, sebab aku suka tengok hospital. Adik aku tak suka bau ubat2 kat hospital tu. Entah laa, tapi dia boleh minat pulak nak jadi doktor. Pelik.
Aku buat laa research pasal pengetahuan am dan sikit2 pasal jawatan ni. Aku cari pasal kementerian, pasal negara, pasal wabak terkini dan perkembangan bahagian medical ni laa. Lebih kurang, banyak yang pasal ni laa aku cari:
- Nama Menteri Kesihatan dan timbalannya (yang ni akan berubah tau, so kena cari yang latest)
- Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke berapa bagi tahun ini?
- Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini?
- Apa itu 1 Malaysia?
- Slogan 1 Malaysia sejak ia mula diperkenalkan?
- Nama Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Nama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah?
- Sebutkan kelima-lima RukuNegara
- Apa itu KPI? Key Performance Indicator
- Peranan SPA8?
- Maksud 'integriti'?
- Nama Perdana Menteri Malaysia yang terkini?
- Nama Yang DiPertuan Agong?
Yang selebihnya aku cari pasal jabatan dan jawatan yang kita nak attend interview..
- Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Objektif, Visi & Misi Kementerian Kesihatan Malaysia
- Tugas dan peranan Pembantu Pegawai Perubatan
- Tempat kerja Pembantu Pegawai Perubatan
- Beza Pembantu Pegawai Perubatan dan Pembantu Makmal Perubatan
- Kod Etika Pembantu Pegawai Perubatan
- Kerjaya Pembantu Pegawai Perubatan (yang ni ada eBook yang boleh download..)
- Wabak penyakit yang terkini
::Hari Temuduga::
Hari ni, aku pegi interview untuk jawatan Pembantu Perubatan U29. Yang aku rasa best ni, sebab kerja dia ni nampak macam doktor. Rasa macam best je nak rawat2 orang kan. Walhal tak tau pun keja dia canne. .
Guna benda ni kaler pink boleh tak?
Pembantu Perubatan kini dah tak guna baju putih, seluar hitam lagi tau. Dorang dah guna baju kaler hijau muda macam kat atas ni. Dah tukar uniform baru laa. Nampak redup je mata tengok kaler pastel macam ni. Hahaha.
Masa datang interview hari ni, ada beberapa orang je calon yang hadir. Aku rasa ni mungkin sebab dorang dah agih2 kan tarikh temuduga kot. Dorang tak bagi semua sekali. Masa aku datang, ada sorang calon lelaki ni, aku tanya dia datang untuk temuduga jawatan apa? Dia cakap Jururawat U29. Baru aku tau yang Latihan Jururawat pun dah open untuk calon lelaki ea?
Dah sampai tu, macam biasa laa, kena duduk peperiksaan khas. Ujian minat je pun. Tak laa susah mana pun soalan dia. Sebab semua yang berkaitan dengan diri dan minat kita. Masa datang interview tu, jangan laa sombong, kalau rasa2 orang sebelah tu leh ajak sembang, bawak laa dia sembang. Selain boleh kenal2, boleh jugak laa hilangkan rasa nervous tu sikit. Sebelum ni, bila nak masuk bilik temuduga je, aku rasa nervous. Kat luar tadi rasa tak nervous. But, Alhamdullillah. Kali ni aku tak rasa nervous dah. Aku dapat fokus sepenuhnya kat panel temuduga tu. Kalau dulu, pandangan aku kalau nak jawab soalan dorang biasanya lari ke dinding atau apa2 benda atas meja panel tu. One things, u need to focus on them.
Soalan dari panel temuduga..
- Perkenalkan diri anda
- Kenapa nak pilih jawatan ni?
- Apa warna baju Pembantu Perubatan yang terkini?
- Pembantu Perubatan ni selalu kena oncall. Sanggup tak datang kalau kena oncall?
- Kalau kena posting jauh2, sanggup tak?
Tu je laa yang dorang tanya. Senang je laa nak jawab sebab takda yang susah2 pun dia tanya. Now, tunggu result lagi dapat ke tak. Yang penting, nervous.. Lalalala....
♥kieyuka-hanie♥
eryn:
ReplyDeletewah ,, saya ade dpt interview isnin mgu dpn ny , macam tak confident lah nak g cuz tgok kerja dy uruskan bilik mayat 2 la .. mcm mne ek? akak tak rasa pape ke ?
Hee~ tak la semua pun uruskan bilik mayat.. Masa nak p memang rasa tak confident, tapi at last confident gak bila mula bertegur sapa dengan calon lain.. Anyway, goodluck.. Mudah2an dapat kan...:)
ReplyDelete9.5.2013 sy ada interview jwatn ni... nervess...!!
ReplyDeletenida, kita pun sama lah,, ada temuduga ni tak lama lagi.. 28/10 nantii. . awak dapat tak?
DeleteNida Zin : Goodluck anyways :D
ReplyDeleteSalam..sy pun baru lepas interview..alhamdulillah dpt
ReplyDeleteSalam..sy pun baru lepas interview..alhamdulillah dpt
ReplyDeleteSalam..sy pun baru lepas interview..alhamdulillah dpt
ReplyDeleteSalam..sy pun baru lepas interview..alhamdulillah dpt
ReplyDeleteSalaam.. Boleh share ape yg penemuduga soal?
Deletetahniah awak, yg dapat perubatan tu.. hmm, saya pulak xde rezeki kot dalam bidang ni...hehehe :)
ReplyDeletenida da dpt jwtn spa ni...blog awk jd tmpat rujukan ari 2.. tq ye.. :D
ReplyDeleteermm,, awak boleh tolong saya tak? saya nervous tak pernah pegi temuduga
Deletewelcome nida... :)
ReplyDeletecongrats dah dapat jawatan tu and belajar rajin2..:D
hadoi..xlma g p interview jwtn ni...huhu nervous jga tau...
ReplyDeleteGood luck, zentrix :)
ReplyDeleteboleh bgi contoh2 soalan exam bahagian a ka..?? bahagian sahsiah tu..?? sya ada temuduga bulan depan, harap sangat pertolongan kamu.. fb Hakim Abdullah, allmerc_kim93@yahoo.com
ReplyDeleterase semangat la plop nk g temuduge..hehe~
ReplyDeleteoh, got interview ye.. goodluck :D
DeleteHohoho esok saya ade temuduga kat melaka.....hehehehe....nie panggilan kali ke-3 dah....Ayoyoyoyo..
ReplyDeleteEh, hari ni aaa kan..?
DeleteWishs u luck Justeria Goofball.. :D
sye 31/10/13 ni..doakan sye...
ReplyDeleteSemoga selamat menjalani interview Faris :)
Deletesaya 28/10/2013.... nervous sangat
DeleteAwak tmuduga kat sabah ke? .sy pn dpt tmuduga tp .tk0t nyer nak p . .tp ,pa pn kna tabah kn dri je la. .hehe. Tq 4 information .wish me luck 24 #okt. .
ReplyDeleteGood luck, Sya Ruk ^_^v
DeleteAlhamdullillah......Blog ni bnyk membntu sy utk menjalani temuduga tu.....Harap2 dpat la......Aminn.....
ReplyDeleteWah, thanks Mohd Faizul..
DeleteWish u good luck :) Amin..
ok....syukran kak....
DeleteIsnin ni da kne interview..^_^
ReplyDeleteGoodluck... ^_^v
Deletegudluck k.. saya isnin 28/10/2013
Deletethanks atas info yg bermanfaat :) next week temuduga..wish me luck
ReplyDeleteGoodluck... ^_^v
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete30 /10 /2013 ni saya ad interview..blog ni amat membantu..doakan saya ye :)
ReplyDeleteaminn. . gudluck... saya pulak 28/10
DeleteGoodluck semua yang akan attend interview...:)
ReplyDeleteTo Amalina, rilek, tak yah nerves sgt k, buat rilek macam biasa but control your action & apa yang u nak cakap, insya allah pasti bjalan lancar..goodluck :D
selalu nye temuduga ini mengambil masa berapa lamak?? :)
ReplyDeleteemm, bergantung kpd penemuduga tu, klau dorg jenis yang banyak soal, lama laa.. tapi kalau jenis yang tak banyak bertanya, 15 minit je dah siap..
Deletehaha..bsok n sy nak p tmudga sda.. wish me luck ok?
ReplyDeleteesok nak ke sesi temu duga ni kt putrajaya..huuu.. nervous!
ReplyDeletepermudahkan la Ya Allah... :)
doakan saya k..?
kak,,,saye da interview 7 nov 2013 nnti..nervers pulak,,,pastu ada bg 5 choice..M.A,FARMASI,MAKMAL,NURSE & PERSEKITARAN..camne ni..
ReplyDeleteGoodluck dik, utk interview..
ReplyDeleteOh, apply utk 5 job laa ni?
Tak pe laa... Kalau dorang tanya mana satu jawatan yg adik betul2 nak, jawab je dengan rasional kenapa pilih jawatan tu.. lim5 tu mmg ok, cuma adik sendiri yg kena jawab dengan yakin kalau nak betul2 kerjaya tu.. :)
Wow, this paragraph is pleasant, my sister is analyzing these kinds of things, so I am going to inform her.
ReplyDeleteAlso visit my site; webpage ()
mcm mane kptsn interview??? dpt tak??? kalau dpt MA, sy ucapkn selamat dtg ke profesion kami... Penolong Pegawai Perubatan.....
ReplyDeletekak..saya baru jak terbaca blog nie..n rasa tertarik dgn jawatan m.a..sya dpt pggilan interview tggal 28 okt.. utk 6 jwatan.. nurse.. M.a .. persekitran ..farmasi..jurupupih anggota n last makmal perubatn.. nie intview kali ke 3 da.. n harap sgt dpt mnjdi ahli kluarga kkm.. ('',)
ReplyDeletedoakan kejayaan sy...temuduga MA 28.10.2014..semoga dipermudahkan..aminn..
ReplyDeleteGood luck Apis Altidore :)
DeleteBuat yang terbaik dan semoga lulus temuduga... Heheehehe :))
tq..byk info yg awak kgsikan..sgt2 bermakna buat sy..wlaupun ada info2 lama..tp masih still berguna bg sy..smoga awk berjaya dan terus berjaya..hehehe :))
DeleteHeheh.. Sama2 awk, info dah byk yang lama sebab dah sibuk keja.. :)
DeleteTapi, apa2 pun, semoga berjaya.. Dah interview kan? Mesti neves nak tunggu result kan.. Heheheh
Ada intrview pla Esok.... harap dapat la... tq share2 info....
ReplyDeleteGoodluck awak...
DeleteDah interview semalam kan?
Ape2 pun, get ready tunggu result..
Mudah2an berjaya.. :)
saya ada interview 3.11.2014. ada 4 choice. nurse, m.a, farmasi, juru x-ray. huhuhu...
ReplyDeleteHappy for you... :))
DeleteGoodluck btw... :D
alhamdulillah dah dapat separa perubatan di alor setar..:) sesiapa da mendaftar d sna pada 12hb nnt?
ReplyDeletepe beza U29 U32 U36 pe semua tu? mohon penjelasan.. tq :)
ReplyDeleteItu semua gred sbnrnya, mcm U29 tu gred diploma.. :)
DeleteM.a seremban... ��
ReplyDeleteM.A Seremban ke?
DeleteAdakah pembantu pegawai farmasi boleh jadi pegawai farmasi?
ReplyDeleteMohon pencerahan.
Nak tanya walaupun bukan dari kelas sains time sekolah menengah tapi sya kelas sastera boleh jugak ke minta..sbb sya berminat nak jadi pembantu..
ReplyDeletemohon pencerahan : adakah kriteria seperti saiz badan merokok ke tidak menjadi kriteria penting jika ingin lulus interview KKM... ermm... terima kasih
ReplyDeletehai kak . sy mau tnya .. interview ni dpt slepas test online ka atau camna ??
ReplyDeletedulu kami amik test paper dik, mgkn skrg lepas exam online laa tu.. :)
Deleteade interview 27.10.2015 for MA..doakan sy for the interview..thanks for the tips :)
ReplyDeletegoodluck nur iksya :))
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum,, saya interview 26/10/2015 isnin depan.. saya nervous sbb sya sapat 6 jawatan.. xtahu nak pilih yang mana jadi keutamaan.. :(
ReplyDeletesaya x banyak pengetahuan pasal isu semasa n tugasan jawatan2 semua.. :(
ReplyDeleteErk..bila pulak uniform MA jd warna ijau? Masih putih la
ReplyDeleteErk..bila pulak uniform MA jd warna ijau? Masih putih la
ReplyDeleteOhh ye ke, xtau pulak kan sbb penemuduga tu yg bgtau.
DeleteSaya adalah Wakil Jabatan (KKM) dalam panel temuduga sejak 7 tahun lalu. Saya akan biasa bertanya 'home work' yang akan memberi kelebihan dalam menentukan calon yang layak. Sekiranya seseorang itu minat untuk menjadi MA, pastikan calon itu meluangkan masa membuat lawatan ke hospital dan klinik kesihatan untuk melihat lebih dekat kerjaya MA tersebut. Bila ditanya kelak, calon akan menjawab dengan lancar dan yakin berdasarkan pengalaman 'home work' mereka.
ReplyDeletesalam kak, sy nk tanya pasal interview untuk juru xray yg akan sy hadapi nanti. apakah persediaan yg harus sy lakukan ?
ReplyDeletesalam kak, sy nk tanya pasal interview untuk juru xray yg akan sy hadapi nanti. apakah persediaan yg harus sy lakukan ?
ReplyDeletesalam. apa perbezaan antara ma dgn nurse ea???
ReplyDeleteJAWATAN KOSONG PARAMEDIK AMBULAN INSAF MALAYSIA DI KUALA LUMPUR. TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT SILA EMAILKAN RESUME ANDA TERUS KEPADA insaftechnicalrelief@gmail.com
ReplyDeleteJAWATAN KOSONG PARAMEDIK AMBULAN INSAF MALAYSIA DI KUALA LUMPUR. TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT SILA EMAILKAN RESUME ANDA TERUS KEPADA insaftechnicalrelief@gmail.com
ReplyDeleteAlhmdulillah dia tnya sy pasal diri sy je, sy pnjgkn intro je, lepastu dia mencelah, 7 minit da setel, alhmdulillah lulus
ReplyDelete