September 11, 2012

Temuduga SPA8 :: Latihan Separa Perubatan - Jururawat Gred U29

Assalammualaikum.





Siapa ada dapat panggilan interview bahagian medical? Dapat tak? Mesti best kan kalau dapat. Interview ni aku dapat lepas dapat result SPM. Awal tahun 2010 camtu laa. Masa tu aku keja lagi. Aku, habis SPM je, awal tahun 2010 dah cari keja. Taknak mereput kat umah laa kononnye. Masa dapat memang excited giler. Yelah, masa kecik2 kalau tak silap aku ada jugak tersenarai cita-cita aku nak masuk keja bahagian medical ni. Tapi subjek yang aku amik masa dalam Form4 & 5 tak selari dengan bidang yang aku nak ceburi. Pelik kan. Form 5 dulu ku amik Sains Sukan. So, bidang yang berkaitan dengan medical masa tu, phisiotheraphy dan perubatan bahagian sukan je.


Tak silap aku, aku pegi masa tu dalam bulan April. Pengambilan untuk bulan Julai rasanya. Sebab result interview aku pun keluar dekat-dekat 3 bulan camtu laa. Pusat temuduga aku pulak di KK (Kota Kinabalu). Memang aku apply cuti awal laa dari boss. Pastu parents aku temankan untuk pegi interview tu. Ayah aku sanggup ambik cuti nak temankan anak dia ni. Tapi, walaupun result tak dapat. Aku tak rasa sayang pun terbazir masa pegi. Sebab orang cakap pun rezeki masing2 kan. Kalau ada rezeki, sekali pegi pun tak dapat. Kalau tak dapat, takde rezeki laa namanya.

Masa aku pegi interview ni. Aku dapat untuk dua jawatan serentak. Satu Latihan Jururawat Gred U29 dan Jurupulih Anggota Gred U29. Tapi lepas ujian sahsiah diri, time interview tu dorang akan bagi kita pilihan nak masuk perjawatan mana kalau terpilih? Sebab dia interview akan fokus kepada perjawatan yang dia pilih tu. Memandangkan ayah aku memang nak sangat aku jadi nurse kalau dapat bidang medical, aku pun pilih laa latihan jururawat tu. Tu kalau dapat, kalau tak dapat, redha je laa.


Nurses...

Physiotherapist..

::Hari Temuduga::
Ini ialah temuduga aku yang pertama under SuruhanJaya Perkhidmatan Awam. Yang previous post, pasal Ujian Fizikal & Kecergasan bomba, aku dah lupa itu interview yang ke berapa. Memandangkan ini adalah hari pertama dan kali pertama aku pegi interview untuk kerja government, memang aku nervous jugak laa. Gilaa tak nervous, macam orang nak nikah pun ada jugak. Biasa, orang first time memang macam tu laa tu. 

Aku interview kat Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah. Orang Sabah panggil, "mini-PutraJaya" atau JPN. Mungkin Jabatan Pendaftaran Negara yang dahulunya terletak di Wisma Dang Bandang telah berpindah urusan pentadbiran dan perkhidmatannya di sini. Maka tak heran laa kenapa nama JPN lebih femes berbanding dengan jabatan lain yang ada di sini.


Google Image

Bagi temuduga Separa Perubatan ni, better sediakan pencilcase atau sekurang-kurangnya, bawak laa sebatang pensil 2B dan pemadam sebab sebelum nak ke panel temuduga, kita akan menduduki satu Peperiksaan Khas iaitu Ujian Sahsiah Diri & Minat. Lepas exam ni, baru laa tunggu giliran kat waiting hall nak ke bilik panel temuduga.

Biasanya, penemuduga ada dua orang. Sorang dari SuruhanJaya Perkhidmatan Awam dan sorang lagi dari kementerian/ jabatan. Cara aku, just tiru dan cuba praktikkan je cara orang lain yang sebelum aku masuk nak masuk ke bilik panel penemuduga. Masa nak tiru, senang laa. Tapi masa kat dalam tu aku tak tau laa. Aku dah laa tak tau apa-apa pun pasal bahagian medical ni sangat. Yang aku tau hanya laa basic science & sport science yang aku ambik masa Form 5 dulu.

#Tips...#
  • Sebelum masuk, ketuk pintu dulu. Beri salam. (Assalammualaikum/ Salam Sejahtera)
  • Berdiri beberapa langkah jarak dari meja panel penemuduga.
  • Beri dokumen anda apabila diminta oleh panel penemuduga.
  • Pastikan dokumen disusun dengan kemas mengikut susunan yang disarankan oleh SPA. Better guna clear folder. Senang nak kemas sijil-sijil.
  • Jangan duduk selagi belum diarahkan. Berdiri di sebelah kerusi yang disediakan.
  • Bagi calon perempuan, handbag jangan diletakkan di bawah kerusi/ di sisi kerusi. Sebaiknya diletakkan di atas meja yang disediakan.
  • Hormat panel temuduga anda.
  • Jangan lupa silent kan segala macam bunyi, alarm phone dan sebagainya.
  • Jawab setiap persoalan yang ditanya dengan jelas, moderate voice dan sebaiknya tepat. Kalau tak tau, cakap je tak tau. Jangan menipu.
  • Jangan nak menunjuk pandai depan panel meskipun dulu kita best student.
  • Elakkan menyilang kaki semasa duduk. Duduk tegak dan yang penting selesa.

#Antara Soalan Yang Disoal Oleh Panel..#
Panel 1:

  • Please introduce yourself.
  • Sekarang ni masih belajar atau sedang bekerja?
  • Kerja di mana dan sebagai apa?
  • Dah berapa lama kerja?
  • Pernah dapat tawaran masuk mana-mana IPTA/IPTS tak?
  • Kenapa tak pegi sambung belajar je?
Panel 2:
  • Apakah tugas2 seorang jururawat?
  • Antara dua perjawatan ni, mana awak nak pilih dan sebab apa?
  • Boleh terangkan kepada saya apa itu Perancangan Keluarga?
  • Jika ada satu pasangan yang sudah berkahwin, tapi belum bersedia untuk menimang cahayamata, ada tak kaedah lain untuk mencegah kehamilan?
  • Kerja sektor kerajaan ni baiasnya kena posting jauh2, takde masalah ke dengan itu?

Ok, tamat laa sampai sini. Ini sahaja laa yang sempat kita kongsikan. Insya Allah lepas ni akan ada lagi perkongsian di masa hadapan.

♥kieyuka-hanie♥

13 comments:

  1. Boleh tanya ke kak?? Kakak berjaya ke dalam temuduga ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. :( tak dik, kalau berjaya, dah lama update pasal kerjaya ni pulak :)
      Dapat interview ke dik?

      Delete
    2. akak,kiranya akak mintak ni untuk kerja la kann..bukan utk future study ?

      Delete
    3. oh tak, senanya camni dik, kalau adik lepas interview ni & lulus, kena sambung study laa 3 tahun before working with KKM.. So, ni kira dua2 laa, future study & kerja..

      Delete
  2. Salam.... sy pn salah sorang nak g tmuduga spara prubatan blan dpan yg ke5 sblum ni sy da dpat 10 surat tawaran tmuduga dr spa8 pelbagai jawtan da mcm2 soalan yg d tnya da mcm2 jga dugaan sy tmpuhi sy mcm da x de smangat pla nak g interview lpas ni mgecewakan bla dpt result x brjaya sdangkn sy da usaha sungguh utk brjaya tmuduga tu... aduhaiii agaknya blum smpai rezeki kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh, ye ke? Sama laa ni, dah banyak pegi interview under spa8 ni, tapi tak sangkut gak. Tapi nasib baik laa yang sebelum ni dapat gak, tapi calon simpanan laa.. Rasa macam giveup kan nak pegi.. Tapi takpa, rezeki tu ada, cuma belum sampai lagi.. Kalau bukan kat sini, mungkin tempat lain :)

      Delete
  3. Kira ok lg dpt calon smpanan yg sy ni sblum mlangkah kluar dr tmuduga tu da drang bgtau klau x dpt kali ni cba lg lain kali.. rsa mmg da nak give up yalah kta da brusaha sbaik mgkin da mcm2 cara kta buat spaya nak score jwtan tu ttp x dpat jga sy da g tmuduga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm, tu laa kan. Mungkin kena improve lagi laa cara nak berhadapan dengan interviewer tu.. Wish u luck for this..:)

      Delete
  4. nervous gak r nak kena g interview hujung bulan ni...harap2 dapat keputusan yang mengembirakan...n mmg btl2 minat dalam hal berkaitan hosp ni...

    ReplyDelete
  5. Assalam..macam mana Kita nak tahu results IV Tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh semak link pautan ke Portal Rasmi SPA8i. SPA8 juga akan maklumkan keputusan melalui emel.:)

      Delete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.