September 10, 2012

Temuduga SPA8 :: Pegawai Bomba KB17

Assalammualaikum...

Hai pembaca blog sekalian...

Siapa2 yang ada pengalaman interview ke, ujian fizikal ke, Dan apa2 laa interview under SPA8 tu, jom laa share. Aku nak exchange experience gak. Bukan laa tujuan nak menunjuk, kalau interview berlambak, satu pun x sangkut, buat malu gak kan. Tak laa salah pun nak share pengalaman, at least berguna gak bagi orang lain macam aku, meskipun kadang2 ko rasa macam sembang sendiri. Macam aku rasa jugak laa, masa nak gi interview, terkial2 nak search pasal tu, pasal ni kat Google, Mozilla dan sebagainya. Nak cari pengalaman yang orang lain share pun susah. Kalau kita share sikit, at least dapat bantu orang lain jugak kan. Ada bakat penceramah tak? Bhahahah...

By random, only 10% of Malaysian guna media blog sebagai tempat untuk berkongsi cerita. Mostly lebih guna medium lain macam Facebook yang boleh post instant story and only can be seen by friends. Tapi jarang laa nak citer panjang pasal interview.

Okay, nak dimulakan cerita, baru2 ni aku attend satu interview kat Labuan. Masa ni aku tengah study kat Kota Kinabalu. So, nak tak nak, aku kena ambil cuti laa sebab nak attend interview. Disebabkan aku minat kot nak keja dalam jabatan yang aku nak interview ni, ataupun disebabkan aku memang minat nak masuk keja dalam unit beruniform. So, settle cuti, aku pun arrange masa nak balik ke Labuan sebab pusat temuduga ku pilih kat Labuan. So, boleh dapat cuti. Hehehe.

Ni laa jabatan yang aku nak pegi interview tu. Rasa macam mencabar jugak sebab ada ujian fizikal dulu.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia


Di sini laa tempat aku jalani ujian fizikal.
Balai Bomba & Penyelamat Kg.Jawa, W.P Labuan

Balai ni located betul2 kat pusat bandar Labuan, bersebelahan dengan Mahkamah Labuan. Tak susah laa nak cari sebab tempat sendiri kan. Memang area aku selalu lalu pun kalau nak balik rumah.

Sebenarnya, aku tak ready pun nak attend interview ni. Yelaa, tau pun last minute, tak silap ada beberapa hari lagi nak interview. Memang takde buat fitness sangat. Aku just pegi jogging, buat push-up kat umah. Tu je laa. Lain memang takde. Memang ada kelam-kabut sikit laa buat persiapan. Aku buat nota pun sikit je sebab interview bomba pun kena lepas ujian fizikal dulu baru dapat interview lisan.

::Hari Interview::
Masa hari interview tu, aku ada terlewat sikit. Sepatutnya kena sampai 15-30 minit awal dari masa interview. Tapi aku, 8.05 pagi aku sampai. Tu pun sebab jalan ada jammed sikit. Nasib baik pegawai yang ada masa hari ujian fizikal tu ok. Orang tempat sendiri kan. Kalau tak ok, fuhh, memang awal lagi aku kena bom. Sampai je kat balai, pegawai tu terus suruh pegi ke padang kawad. Masa tu mak aku siap temankan lagi. Terharu gak. Mak nak tengok anak dia buat ujian fizikal. Mak tunggu kat cafe masa tu, tengah sembang dengan pegawai bomba kat situ.

Masa tu ada ramai gak laa calon. Ada laa dalam 70+ orang calon yang hadir. Dalam list ramai gak, ada dalam seratus lebih kot. Aku toleh sebelah kiri, aikk? Pempuan 9 orang je? Biar betul.. 

::Masa Interview::
Memulakan mukadimahnya, kami diberi taklimat lebih kurang 15 minit, lepas tu sesi ujian fizikal yang pertama pun bermula. Ujian fizikal ni, kalau tak lepas satu tahap, terus boleh balik je laa. Mungkin dorang nak cari yang betul2 berkualiti kot. Tapi pegawai lelaki tu cakap, alaaa.. kalau pempuan, takde buat ape pun. Dah dapat nanti, sama gak keja dalam ofis. Apapun, semoga berjaya. Wahh.

Ujian 1 : Pemeriksaan BMI
Adik2 tau tak nak cek BMI canne? Kalau tak tahu pun,senang je. Guna je BMI calculator yang ada kat Google. Sekarang ni memang dah senang sangat. Apa2 je, tanya Mr.Google. Pasni leh laa cek sama ada kita ni obesity, overweight, normal atau underweight. Ni ada formula table laa nak kira BMI.


**Ne pun dapat dari Google...^__^**

Stage ni aku lepas gak laa. Nasib baik laa. Tapi berat dulu 55kg, sekarang dah bertambah sekilo. Huuuu.
Sia-sia je aku joging semalam. Hahaha. Masa tahap ni, memang strict sikit kot, sebab ramai yang tak lepas. Ada yang overweight laa, underweight pun tak boleh gak.

Ujian 2 : Visual Acquity
Siapa pernah cek mata? Selalunya pemeriksaan mata ni masa kat sekolah, ataupun masa medical checkup, biase memang kena cek pun. Kalau aku sendiri pun akan sedikit confused antara huruf 'F' tahap ke-5. Nampak macam 'R' pun ada gak. Tapi, kepas gak laa. Aku tak tau laa sama ada board tu always board yang sama ke tak. Masa turn aku tu, pegawai tu siap suruh gi tengok dulu dekat2. Aku pun hafal laa huruf mane yang akan buat aku selalu confused tu. 


Yang ni aku jumpa some visual acquity board variation kat Google..


Ujian 3 : Pemeriksaan Tubuh Badan
Ujian yang ni pula, calon lelaki dan perempuan akan diasingkan. Kalau calon pempuan, pegawai pempuan laa yang cek. Kalau lelaki, pegawai lelaki laa yang cek. Ujian ni untuk pemeriksaan menyeluruh laa fizikal. Time ni laa dia tanya kita pernah buat operation ke tak. Yelaa, dah nama pun nak masuk Jabatan Bomba kan. Dah laa keja bomba ni adventurous sikit. Lasak jugak laa. Nak menyelamat orang. Kena laa selalu fit dan takde masalah fizikal.

Ujian 4 : Berkawad
Dulu masa sekolah, aku duk unit beruniform Kadet Polis. Cita-cita nak jadi polis, tapi bila waktu aktiviti kokurikulum di sekolah tiap hari Rabu, kadang rasa jeles jugak tengok Kadet Bomba, sebab aku rasa baju operasi dorang yang celoreng tu cantik dan nampak gah camtu. Tiap minggu ada aktiviti kawad. Yang latih tiap minggu pun biasanya polis betul ataupun cikgu kawad. So, takde masalah laa bab berkawad ni.

Kawad biasanya nak tengok lutut berlaga ke tak, tangan bengkok ke tak. Yelaa, nak seragam, semua mesti nampak perfect laa sikit. Memang laa tak semua orang perfect kan. Tapi bab kawad, yes. Bila semua nampak seragam, kawad tu jadi cantik laa nanti.


Ujian Kecergasan
Lepas je semua ujian tadi. Mana yang lulus kena sign satu akujanji sebelum nak jalankan ujian kecergasan. Saksi tu antara2 kawan korang time interview tu je laa. Masa stage ni, tak silap aku ada tinggal 6 orang calon je. 3 lelaki dan 3 pempuan. Punye laa~ dalam berpuluh orang pagi tadi, tinggal 6 orang je. Aku memang dah nervous sikit bila nampak besi angkat berat tu. Tak tau laa aku boleh angkat ke tak nanti.

Rupanya, aku tak tau pulak sebelum nak gi ujian kecergasan ni, boleh je datang ke balai buat exercise sikit. Alaa~ Aku dapat tau pun lepas pegawai tu gtau. Dah 3 hari lebih awal dorang prepare benda untuk ujian kecergaasan ni. Sorang calon pun tak datang gi pra-test. Hmm, kalau aku tau, daripada aku gi joging buang lemak, baik aku gi balai je buat pra-test. Tapi aku rasa tengok balai jugak kot. Ada yang mungkin buat, ada yang tak kot.

Ujian ni ada 4 stage:
  1. Memanjat tali.
  2. Memanjat tangga penyelamat
  3. Mengangkat dan menjulang tangga (90 darjah)
  4. Angkat berat
Dan aku failed kat angkat berat. Kesian. Padahal kat umah aku siap training angkat adik2 aku siap baling atas katil lagi. Merajinkan diri jalan kaki temankan mak ke kedai seberang taman perumahan semata2 nak tolong angkat beg plastik yang berisi beras & gula. Bhahaha. Macam tu pun kira training ea? Takpe laa, dah last stage takde rezeki meskipun aku ulang sampai 3 kali angkat, nak tahan 5 saat tu aku x boleh nak buat. *nangis* :( Tak dapat laa aku nak jadi bomba. Kesian. Hahaha.

**Look at the abang-abang Bomba Yang tengah adjust-adjust benda tu...**

Yang tu calon lelaki. Calon lelaki confirm laa semua lepas. Fitness dorang lebih kot. Aku tolong mak angkat beras je. Haha

Yang lepas ujian ni semua, tinggal tunggu panggilan interview laa. Lepas je interview dah boleh gi kursus dah 6 bulan. Yang aku dapat cari, Akademi Bomba ni ada kat Terengganu, dan satu lagi kat Sabah kalau tak silap. Yang kat Sabah tu berdepan dengan University Apartment 2 kat seberang jalan. Sebab masa study aku duk situ. Good luck yang dah lepas semua dan tengah training. You've done a great job! Sekian..

#credited to Google Image

♥kieyuka-hanie♥

36 comments:

  1. Maseh ye..byk info dpt dri blog neh..truskn usaha!

    ReplyDelete
  2. aku kena rejet psal gg brlubang..

    ReplyDelete
  3. Thanks yg datang melawat... :)
    Seriously gigi berlubang pun kena reject? Xtau pulak pasal ni.. Kenapa ea?

    ReplyDelete
  4. wah..thanks..saya xlma lg mk pg check physical..tq 4 the info...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak dengan info di beri..semoga kawan saya yang menghadiri temduga fizikal pgwai bomba kb17 pada 04/09/2013 berjaya jalani nya..Aminnm

    ReplyDelete
  7. -Apdicks-
    Welcome and semoga berjaya.. :D

    ReplyDelete
  8. Wuuuu.. Hope survive 04\09 t haha

    ReplyDelete
  9. aku ade ujian fizikal 28/8/13 ni.. adoiiii, seram gak la... aku x reti n x pnh panjat2 tali tuh... aku ade tgk gak cara2 panjat tali, tp x try lg... hurmmmm.... doakan aku smoga dpt tau... ni lah cita2 aku n satu2nye keje aku nk wat... aku x minat kje2 ofis ni sbb aku cepat bosan n ngntuk bila kne aircon.. hehe! hmmm, yg bab2 panjat tali tuh, ade masa gak ke? ke janji smpai atas je...

    ReplyDelete
  10. ni nak taw..pnjat tali tu..mcm ne..yg tu plg mrisaukn..klau da gber lg bgus..a.s.a.p..

    ReplyDelete
  11. klau underweight akan diterima x ??

    ReplyDelete
  12. panjat2 tali and angkat berat tu aq xda brapa risau.. cuma yg aq risau sgt tu.. sal nak angkat tangga/tegakkan tangga 90 darjah tu... so nak tanya la kat pnulis Ney'zara... tem nak tegakkan tangga tu, kita sorang ja ka yg pegang tangga tu n tegakkannya...or ada pgwai bomba yg bantu pegang...?

    arap ney'zara dapat share info.... TQ

    ReplyDelete
  13. Salam semua..
    Maaf lambat sikit nak reply..
    Ok,yang panjat tali tu ada skill tahu.. Hehehe, time sy pegi ujian haritu ada pegawai yang bagi tips sikit.. Xda limit masa, janji sampai kat atas.

    Putra Akymz:
    Dorg tgk BMI.. Berat & tinggi kena balance..

    Fred:
    Hi,fred..
    Maaf laa baru reply k..
    Sorang2 ja angkat tangga tu kena tegakkan. Pegawai tu tolong jaga ja kalau rasa2 tak leh angkat dah, dorang bantu turunkan semula. Takut ada terhempap ke camtu... :) Anyway, goodluck laa korang k!

    ReplyDelete
  14. owhhh... cm tu.... risau jga klo xda lepas nak tegakkan tangga tu.... better aq g balai bomba Lintas KK ne, mau minta training cm mna nak tegakkan tangga tu...hehehehe.... by the way thanks for ur info.... u tinggal kat UCA erkk.... background pic cm kat uca je....

    ReplyDelete
  15. Fred: Haha, yes before this laa, abis study da.. Anyway.. Goodluck :D

    ReplyDelete
  16. owhhh i see...... k thanks :D

    ReplyDelete
  17. time nk pegi balai bomba tu nk kne pkai ape ekk?? t-shirt or formal??

    ReplyDelete
  18. Btl ka gıgı berlubang pun kena buang?

    ReplyDelete
  19. Azrul: Ujian fizikal, so pakai pakaian sukan :) Sory, pasal gigi berlubang tu saya kurang pasti..

    ReplyDelete
  20. nak tnya psl tmuduga pla...d adakan pd hri yg sama ke cmana???n tntng resume ringkas tu,,hnya masukkan eleman yg d minta tau lkut format sbnar????lau ikut format tntu pnjng tu??!

    ReplyDelete
  21. John: Biasanya kalau yang ada ujian fizikal macam ni, the next day baru kena interview dan hanya yang lulus semua ujian akan ditemuduga.

    ReplyDelete
  22. Resume ringkas tu, cuma masukkan maklumat yang diminta. At least, the best resume, ringkas dan padat. Juga mudah difahami & teratur.

    ReplyDelete
  23. BMI ku 25.something...dua hari lagi sebelum ujian ni...harap-harap dpt turun sekilogram...

    ReplyDelete
  24. Just go jogging Ivan, maybe it can help u.. :)

    ReplyDelete
  25. Time yg cek badan tuh kene bogel.. malu gila time tuh.. semua beratur bogel je..

    ReplyDelete
  26. As salam. Nak tanya bole. Korg isi spa cne ? Tak reti sangat nak isi. Ada tips2 tak ?

    ReplyDelete
  27. Waalaikumsalam...
    Isi spa mcm biase je, xde tips pun..
    Just buka portal spa8 tu je..

    ReplyDelete
  28. Mazna aq dpt ne ntrview penguasa bomba kb29

    ReplyDelete
  29. salam... tumpang tnye.. klu BMI lebih ckit, terus kene rejek ke? sbb sy tnye kwn sy yg bomba tu, dia ckp klu prempuan BMI lebih ckit dia x kisah sbb diaorg kekurangan staf prempuan.. mase Mazna buat ujian fizikal tu, ade x perempuan yg kne rejek sbb BMI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang kena reject BMI..
      Kena reject pasal rabun, fizikal x lepas...

      Delete
  30. Harini hari yg paling sedihhh. Interview sebagai jawatan poenolong penguasa bomba xlepas sebab BMI lebih 0.6 je kotttt. Pegawai tuh kata berat kena turunkn lg skit je. Just nk tanye je tau x pengambilan jawatan sebagai bomba xkesah lah pangkat ape pon berapa tahun sekali?

    ReplyDelete
  31. Sory nak tanya lh kat admin...baru2 ni tgl9 Jun 2015..sya ada pada interview pegawai bomba kb17..malang,rezeki x bpihak kpd saya...baru lepas taklimat...pastu tu check Bmi...xlepas...yg amat mgecewakn sya...first tsingkir lagu tu...sini sy nak tanya admin..interview yg sterusny..outomatik kena panggil ya????nk ready awal g ni....maklumlah first Time kena interview spa8;-)

    ReplyDelete
  32. Kalau nama ada tersenarai lagi tu ada laa tu kena panggil, sebab kalau satu jawatan ni kadang kita kena panggil sampai 2-3 kali pun ada..

    ReplyDelete