February 16, 2017

Percutian Bajet Ke Pulau Tioman (2 Hari 1 Malam) - PART 2


Percutian Bajet Ke Pulau Tioman (2 Hari 1 Malam) - PART 2 Mana cukup bila pergi pulau, tapi tak pergi selam tengok laut. Walaupun pergi sana cuma dua hari je, sempat jugak aku snorkeling. Seriously, aku tak tahu berenang. Tapi, snorkeling kan pakai life jacket, apa ade hal. Berlagak~

Nak pergi snorkeling ni tak ada termasuk pun dalam pakej penginapan kami. Biasanya, pakej penginapan yang sediakan aktiviti snorkeling, mesti laa harganya bukan RM160 je. 

Kalau ambik pakej penginapan sekali dengan half day/ one day snorkeling biasanya harga dalam RM300 ke atas. Itu pun, kadang² ada yang sediakan pakej snorkeling tanpa alatan. So, maknanya alatan korang kena sewa sendiri. 
  • Sewa set snorkeling = RM10 /pax /day
  • Sewa life jacket =RM10 /pax /day
  • Caj Taman Laut =RM5 (dewasa)
DAY 2
08.00am - Seawal 8 pagi, kami dah siap sedia untuk snorkeling. Brader yang adjustkan aktiviti snorkeling tu janji start bertolak jam 8 pagi sampai jam 12 tengahari. Dia akan bawa ke tiga tempat yang biasanya pelawat pergi. Tak sabar weyh nak main kejar² dengan ikan. Tengok² nanti ikan yang kejar aku sebab bukannya reti berenang pun.

08.15am - Perjalanan ke tempat pertama dengan bot, dalam 15 minit je. Lalu satu resot ni, nampak cantik giler nampak dari laut. Berjaya Tioman Resort. Ohya, sehari sebelum ke Tioman, aku sempat lagi pergi cari action camera yang boleh bawak untuk ambil gambar dalam air. Nanti aku buat review pasal action camera tu pula. Bukan GoPro. Tak lepas lagi weyh nak tapau satu GoPro.


Dan member tempat kerja pelik. Bila balik dari bercuti tu, dah on duty balik. Siap tanya. "Kata ke pulau, tak sunburn pun..??" Pasal tu laa sehari sebelum bertolak, aku sempat pergi cari sunblock kat Watson. Nak cari sunblock pula, aku suggest pakai Banana Boat Sunscreen Lotion, sebab lotion ni water & sweat resistant. Senang nak apply, macam krim muka tapi muka tak jadi kelabu bila guna. Tak macam sunscreen lain.


08.30am - Tempat pertama guide lepaskan kitorang kat pulau kecil ni. Kat sini, korang boleh tengok ikan yang berwarna-warni. Brader tu siap nasihatkan cuma snorkeling area yang dia tunjukkan je. Dia tak suruh pegi ke pulau kecil tu sebab batu kat sana tajam. Boleh luka kaki. Tapi, tempat dia memang cantik. Dia bagi masa sejam untuk satu tempat. Sejam tu pun penat k. 




09.30am - Tempat kedua ni, Taman Laut Tioman. Kat sini, cuma snorkeling area pantai je. Boleh tengok ikan² yang bergerak dalam satu kelompok. Ada yang siap bawa umpan roti untuk tarik perhatian ikan². Ikan kat sini pula jinak, boleh berenang sekali dengan dorang. Siap ada yang pegi tayang muka depan kamera time nak rakam video.






11.00am - Hentian terakhir ni pula, tak ada tempat berenang pun. Cuma jalan², ambil gambar sambil tengok private boat yang lawa². Rasa macam nak naik pula. Mewah je dalam bot tu. 





Lepas lawat tiga² tempat tu, kami balik ke chalet. Aku dan husband pula sambung mandi kat pantai depan chalet. Tengahari terik tu, berendam dalam air lagi. Tapi, masa tu air lau tak pasang lagi so, tak berapa nak seronok sangat laa sebab kaki sakit asyik terpijak terumbu karang. 

03.00pm - Baiklah, cuti dah habis. Masanya nak balik ke Mersing. Biarpun korang diberitahu feri akan tiba jam 4.30pm, seawal sejam dah kena standby tau. Macam kitorang, tengah order makanan, feri dah sampai. Kelam kabut berlari naik feri. Semalam akak yang uruskan penginapan tu dah inform, feri akan sampai 04.30pm, tapi kena standby awal. Kalau korang tertinggal feri hari tu, maknanya korang kena stay lagi satu malam laa. Sebab feri seterusnya, esok hari.


1 comment:

  1. Wauuu...ada msa n g sana laaa..nive blog..upp
    #Semut_Merah#

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.