February 12, 2017

Percutian Bajet Ke Pulau Tioman (2 Hari 1 Malam) - PART 1


Percutian Bajet Ke Pulau Tioman (2 Hari 1 Malam) - PART 1 Dah lama jugak laa memendam rasa nak sweet escape ke pulau². Dari zaman IPT lagi tapi, asyik tak jadi je. Dah tu, dapat pulak peluang nak ikut husband dan kawan² dia bercuti. Memang tak sabar laa nak buat sweet escape tu. Dah tepu asyik kerja je. Bila lagi nak rehatkan diri puas²??

Destinasi pilihan, Pulau Tioman. Mulanya macam dengar² dorang nak pergi Pulau Tinggi tapi, dah hari nak pi tu, dengar Pulau Tioman lak. Mana² laa ye asalkan bercuti. Nak mandi laut *walaupun tak reti berenang*. Pulau Tioman dah masuk kawasan perairan Pahang. So, no wonder laa pulau ni jauh sikit dari pulau² lain. 51km dari jeti Mersing. Tapi yang pasti, puas hati dapat duduk jauh jap dari bandar.


Pulau Tioman ni, antara pulau² yang terkenal di perairan Malaysia. Bukan sahaja pulaunya yang cantik, air laut, ikan, terumbu karang sini semuanya boleh buat korang tak nak balik buat seketika.

DAY 1
10.30am - Perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing mengambil masa selama 2 jam (driving). Sebab apa sampai Mersing? Haa~ sebabnya, nak pergi Tioman, kena naik feri dari jeti Mersing. Feri pulak akan bertolak jam 04.30pm (ikut laporan metereologi, sebab nak tunggu air pasang baru feri boleh bertolak dari jeti).

01.00pm - Dah sampai kat Mersing. So, kena tunggu feri pulak untuk ke pulau. Jangan risau kalau korang tak ada tempah mana² chalet lagi. Berhampiran jeti Mersing, ada tempat untuk membuat tempahan pakej/ penginapan. Ataupun, korang boleh je proceed terus ke pulau (kalau dah tahu) sebab korang boleh je sewa mana² chalet. Dinasihatkan agar tak bercuti ke sini masa public holiday/ cuti sekolah. Better pergi time hari biasa, sebab korang akan lebih berasa tenang dan tak sesak dengan pelawat yang terlalu ramai.

06.00pm - Lepas sejam setengah duduk dalam feri, kitorang pun sampai ke destinasi. Ohya, penginapan kami, di Idaman Beach Holiday Resort. Terletak kat Kampung Genting, hentian pertama bila sampai ke pulau. Feri kat sini, dia ada beberapa perhentian di setiap jeti kat pulau ni. Biasanya travel agent akan maklumkan korang kena turun kat hentian mana.


Sampai jeti je kan, rasa macam nak terjun terus bila nampak air laut. Jernih, bersih. Fuh tak sabarnya nak mandi laut. Ni kampung pertama kot kat pulau ni. Populasi pun macam tak ramai sebab Kampung Genting ni tak laa besar sangat. Letaknya pun kat hujung pulau. Bukit² dan hutan kat pulau ni pun cantik. Nampak tak terusik pun. Alangkah indahnya kalau cuti ni panjang dan aku boleh buat hiking sekali kat bukit² dalam pulau ni.



First impression aku bila sampai kat Kampung Genting ni, kejap. Eh, kenapa macam tak nampak sebuah kereta pun kat sini ea? Ya, memang tak ada kereta langsung. Kenderaan utama dorang kat sini, cuma motorsikal dan something like ATV. Tapi bukan ATV, aku tak tau nak panggil apa. Kalau pelawat yang datang dengan beg besar², dorang akan tolong hantarkan beg² tu ke chalet korang dengan menggunakan motorsikal, tapi yang ada box kat tepi macam motorsikal OKU tu.

Aku pun terfikir jugak laa macam mana dorang dapatkan bekalan petrol. Tapi yang tak ada kereta tu kat kampung ni je. Kampung lain dalam Pulau Tioman ni ada je kereta macam kat Kampung Tekak. Tu kiranya macam dorang punya pusat laa. Ada airport jugak tau. Airport kecik je. Tapi aku tak sempat laa pergi jelajah habis pulau ni.


Ni tempat kitorang menginap untuk satu malam. Depan chalet, pantai. Cantik giler. Chalet ni dalam kawasan Impiana Inn. Ada banyak lagi jenis chalet, tapi kitorang dapat yang ni. Masa ni cuma kitorang je yang menginap kat area chalet ni. Orang yang serve kami cakap, kalau bukan musim cuti sekolah, memang tak ramai. Rasa tenang laa. Tapi kalau dah musim cuti, chalet memang susah nak dapat kosong.





Pasal nak BBQ malam² jangan risau. Sebab dorang akan sediakan tempat nak membakar. Kena maklumkan awal² sebelum nak pergi tu. Tapi, arang, minyak, lauk² kena bawa sedia laa. Ada je kedai runcit, tapi tak laa semua benda ada kat kedai tu.

Semuanya memuaskan walaupun sederhana. Tapi yang tak memuaskan, DiGi tak ada line kat sini, beb. Nasib baik aku ada backup phone dengan line Celcom. Tapi, aku rasa ada baiknya jugak tak ada line. Kot² ada yang nak memencilkan diri buat seketika.

So, yang nak bercuti ala-ala backpackers tu, bajet bawah RM1000 (untuk 2 orang, boleh laa pegi dengan pasangan) aku suggest pilih tempat ni sebab memang best. Tenang, tak ada bunyi bising transport. Dengar bunyi angin, bunyi ombak je. Bangun pagi boleh pergi terjun terus dalam laut. Bukan tu ke yang orang nak cari bila cuti?? 😎


PERCUTIAN BAJET KE PULAU TIOMAN

Chalet : Idaman Beach Holiday (Kampung Genting)
RM160/malam 
queensize bed + aircond + shower with heater

Transport : Feri (Jeti Mersing ke Pulau Tioman 
RM70 pergi balik

Caj Parking (1 malam) : Jeti Mersing
RM15  (guna kupon)


Email : idaman_holiday@hotmail.com
Tel : 09-419 7048

1 comment:

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.