January 5, 2017

Selamat Tahun Baru 2017..!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat Tahun Baru 2017..!!❚ Kelas betul laa, dah seminggu tahun baru, aku baru nak cakap. 😂Asal tahun baru je kan, mesti orang ada azam baru laa, hajat baru laa. Dan aku, malas laa nak azam baru ni, sebab azam aku tahun lepas pun tak tunai lagi. Macam biasa laa kan, bila awal tahun je, semangat tu berkobar2 dengan pendirian (kengkonon) baru laa dalam diri. Walhal, masih di takuk yang lama lagi. Aihh, bila ko dah matured, dah boleh fikir tak semestinya tahun baru, kena renew everything like car insurance 😂. Carry forward je azam yang tak tercapai lagi.

Insya Allah, kalau diizinkan, tahun ni aku rasa nak travel somewhere. Yang dekat2 je laa kot. Ouhh, jauh sekali Europe. Dengan gaji fixed + kos sara hidup yang kian bertambah-tambah ni, tak mampu. Bhahahah. Dalam Asia boleh laa.

Setakat hari ni, gatal betul tangan aku nak pi search pasal travel package. Padahal dalam Malaysia ni pun tak habis round lagi. Rasanya aku nak travel dalam Malaysia dulu kot. Ada tempat yang aku dah pernah pegi. Tapi, tu laa. Masa pegi tu, under event ataupun urusan kerja dulu. So,memang tak sempat laa nak explore bagai. Apatah lagi nak jalan-jalan sendiri. Actually, banyak tempat kat Malaysia ni yang cantik-cantik. Janji ko rajin nak explore. Penat tu, biasa laa. Travel memang penat, tapi enjoy.

Tahun ni kita nak pi mana ea? Satu tempat dah done planningnya. Bulan Mac ni. Alaa, yang dekat-dekat je. Tak sabar nak tunggu bulan Mac, sebab I first time ni nak travel berdua dengan husband. Jyeahh!! Welcome the most wonderful 2017..!! ❤👌


No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.