December 11, 2016

Stepped into married life.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti yang dirancang, dan Allah perkenankan. Hari ni, genap sebulan dah jadi bini orang. Ehh, takda kisah cintanya, takda tunangnya, tiba² dah kawin. Yupp, tahun ni busy dengan preparation semua. Dan bulan lepas jugak laa dah settle semuanya. Thanks to parents, siblings & relatives yang banyak membantu. Tapi kagum jugak dengan diri sendiri sebab mampu arrange some of the things dari pelamin, goodies, baju, mekap, kek kawin. Semua cari sendiri. Bab makan, dan lain² parents dan saudara yang uruskan. And semuanya berjalan lancar hari tu, except hujan di hujung majlis tu sampai tak dapat buat outdoor photoshoot tu di luar kemampuan laa.

Ada kawan yang hairan. Tiba² dapat kad jemputan. Hahahah. Dorang tanya banyak kali, betul ke aku yang nak kawin? Bila masa couple? Tunangnya bila?

Aku kenal husband aku pun, actually baru je tahun lepas. Kalau nak buka cerita macam mana leh kenal, panjang sangat. Dah, dipendekkan, after few months known each other, he managed to see my parents. Masa nak bawak jumpa family, masih was², fikir. Dia ni biar betul nak jumpa parents aku. Kenal baru 7 bulan kot. Dia taktau yang mak aku garang macam singa. Dady pula jelingan tajam. Bhahaha. He succeed. Macam blur aku. Macam, nothing happened. Parents macam bagi green light pula.

Lepas balik dari Sabah, he called me again and again. We met sometimes, and seriously, he proposed me. Aku ulang² fikir benda ni logik tak? Macam singkat sangat weyh. Tapi, rasa macam dah lama kenal. Cehhh. Tak tau laa. Ni yang orang panggil chemistry kot. Hahaha. Macam biasa laa, adat melayu kena ada bertunang bagai. Dalam agama, actually takda pun. So, on 17th March (this year), we got engaged. 

Orang cakap, time tunang ni laa dugaan macam². Yupp, ada jugak. Mitos², ada yang sampai putus tunang laa. Tak sehaluan laa. Macam². Nauzubillahminzalik. Tapi, so far, time tunang hari tu, gaduh biasa² je. But one things that I respect my husband, kalau ada salah faham ke, dia cari masa dan cepat² settle kan. Dia tak suka panjangkan. Yess. Maybe that kind of things, bring us this far. Nov 11, yang lepas. Dia datang ke rumah family aku sebagai husband dan ahli keluarga baru. Im feeling so blessed having you. Betul laa tu kot, A simple 'Hi' may lead to unexpected relationship. 

Dah kahwin ni pula laa kan, kita lebih nak kenal diri masing². Yang pempuannya, kalau dulu bujang tak rajin, basuh baju seminggu sekali. Bila kawin, dah boleh ubah dah. Yang lelakinya, kalau dulu baju main campak atas lantai pun, dah boleh ubah dah. Hahaha. Masa tu laa macam² perangai nak keluar. Masa tu baru ko tau, dia makan kat rumah macam mana, dia pemarah tak, rajin tak, selekeh tak. Don't give up. Something yang ko tak suka, mungkin slow² ko boleh ubah ikut cara ko. Tapi, pastikan, tolerate laa. Jangan sorang je yang kena ikut cakap. Hahahaha, boleh jadi gaduh tu. Kalau aku, benda yang aku perasan pasal aku, kalau husband aku just tanya simple question je. 'How was your day??' Biasanya lepas balik keja. Aku boleh explain cerita dari pagi sampai malam. Panjang giler. Memang aku banyak cakap ke canne. Aduhh. Pastu, biasanya takda end up. Mungkin pasal tu jugak kot bila tulis post, aku tak tau nak buat ending. Hmmm.

So, happy married life. Semoga lebih mengenali pasangan masing². -__- (ni ayat taktau nak buat penutup ni.. hmmm)
♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment