January 16, 2017

Bermadu..!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Bermadu..!!║Sejak belum kahwin lagi hari tu, husband dah siap² simpan madu untuk aku. Baik kan husband aku. Bukan satu, tapi dua! Hahaha. Dua² lebih manja dari aku pula tu. Hmmm, tak boleh jadi ni. Patut laa husband aku sayang dorang lebih!

Alaa, tapi kan. Meskipun husband aku sayang dorang lebih, dorang selalu jugak kena marah sebab selalu sepahkan rumah. I pulak jadi tukang kemas. Kfine.

Ni laa madu aku tu. Cik Belang & Cik TamTam. Comel ea? Maaf laa ye, comel tu korang boleh simpan untuk mintak makanan je.


Dua² ni kucing husband aku. Dia pelihara since kami belum kahwin hari tu. No wonder laa dia sayang lebih. -_- Dulu kan, masa baru nak pelihara dua ekor ni. Aku siap letak nama comel² gituu. Chiyo & Chihko Tapi, biasa laa kucing kampung ni, ko panggil nama Belang, Hitam, Kuning, Bulat, Bujur, Meon, Jemah takdak kena mengena dengan nama manusia pun dia toleh. Jadi, lekat je laa nama Belang & TamTam tu. Asalkan ada nama laa ye. Apa² je laa. Aku panggil Gemok pun dorang toleh.

Husband letak dua ekor madu aku ni kat balkoni dapur. Kadang je bagi dorang masuk dalam rumah. Tu pun lepas dah mandikan baru bagi masuk. Sebab dorang ni ada masalah keguguran rambut. Hahaha. Lagi pula, kalau dalam rumah, dorang ni buat macam-macam onar. Tak senang I nak duduk. Kalau dah duduk lama² kat balkoni pulak, haaa mula laa protes. Berak merata-rata. Dah siapkan pasir dalam bekas pun dia boleh tabur²kan keluar. Bila masuk dalam rumah, nanti reti pulak nak membuang elok² dalam bekass. Hmmm.



Macam² gaya weyh. Merajuk pun dah macam budak kecik. Fening hakak nak layan. Ni baru jaga kucing dua ekor, belum ada anak lagi. Hahaha. Ni jadi training kot, sebab aku ni kalau yang banyak ragam, kuat marah jugak. Jadi training nak kawal angin tak menentu aku laa ni. 👧😂

No comments:

Post a Comment