January 20, 2017

Perempuan, PMDD, PMS & Dysmenorrhea, Lelaki Pun Perlu Tahu..!


sumber : Google

Perempuan, PMDD, PMS & Dysmenorrhea, Lelaki Pun Perlu Tahu! ♡Tak dinafikan. Aku bukan dalam bidang perubatan nak sembang pasal benda macam ni. Jauh dari bidang dik oii. Tapi, sebagai perempuan, yes, ada yang alami semua ni. Tak laa bermaksud, bila ko tak alami, that means ko tak normal. Tapi, mungkin ada segelintir dah ada alternatif mereka sendiri untuk atasi. Sebenarnya, dia nak datang ke tak, susah nak atasi pun. Kadang tak menantu.

Biasa laa tu bila gaduh je mesti orang laki tanya, 'Awak marah² ni dah kenapa? Period ke?'

Padahal, dia bukan tau pun, ko PMS ke, sakit sebab menstrual cramps ke, ko memang tak baik mood ke, ko kena marah dengan boss ke. Main hentam je asal ngam dengan situasi! Pasal tu, lelaki pun perlu tahu. So, lepas ni, kalau makwe naik angin, ahhh, boleh agak dah dia kenapa. Boleh laa listkan kebarangkalian dia marah tu kenapa. The last one maybe PMS! Aku tak pernah terfikir pun nak tulis topik ni. Entah kenapa haa tiba² terlintas pulak nak tulis.

PMDD, PMS & Dysmenorrhea Berbeza..
(Maaf kalau post ada salah silap, mohon betulkan..)
PMDD-Premenstrual Dysphoric Disorder ni berbeza sikit je dengan PMS-Premenstual Syndrome. Tapi yang sama, kita akan alaminya sebelum tempoh haid. Biasanya seminggu ataupun 2-3 hari sebelum datang haid.

  • Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD) dikaitkan dengan perubahan emosi. Kadang ianya perubahan emosi yang drastik. Perubahan mood yang kadang boleh menjejaskan prestasi kerja, jugak hubungan. Haa~ jangan main² dengan pempuan yang tengah PMDD ni. Seriously, boleh dikatakan masa tu emosi dia bercampur baur. Senang citer laa kan, tak stabil. Rasa tertekan, sedih, dan panas baran.


  • Premenstrual Syndrome pula ialah perubahan emosi dan fizikal. Emosi tu, biasa laa. Macam PMDD jugak. Tapi, lebih kepada fizikal. Yang paling ketara, muncul laa jerawat² manja kat muka tu, payudara rasa tegang, rasa sengal otot, rasa letih, dan sakit kepala/ pening, Simptom dah lebih kurang sama, cuma PMDD lebih kepada emosi.

Yang lagi satu..

  • Dysmenorrhea (Menstrual Cramp/ Period Pain). Yang lelaki jangan silap. Mentrual Cramp tu bukan bermakna PMS memanjang k. Menstrual Cramp ni biasanya masa hari pertama datang haid. Haa~ yang sakit tu, menstrual cramp, sebab akan rasa sakit kat bahagian bawah abdomen tu, rasa kejang memanjang. Atau lebih sinonim, orang pempuan sebut senggugut/period pain. Benda alah ni laa. Menstrual cramps ni, kadang ada yang tak rasa. Tapi, mostly ada. Cuma beza dia sangat sakit atau sakit biasa². Kalau dia punya sakit sangat tu kan, hmmm aku pun sampai tak tau nak describe macam mana.


*Banyaknya masalah pempuan yang nak kena faham kan? 😆 Ingat pasal perasaan je kena faham...*

Rawatan Sendiri Di Rumah

Cik Abang, yang dah ada isteri tu. Dah confirm korang akan turut terlibat dalam masalah ni setiap bulan. So, preparekan diri dengan cara rawatan di rumah, supaya korang pun tak tertekan, bertambah tertekan dengan moody pempuan yang tak menentu time tu. Mungkin korang boleh cuba cara ni. Kalau nak bawa pegi klinik, kurang² pun doktor bagi prescription ubat, kalau tak paracetamol, dia akan bagi ponstan. Tapi, ramai yang tak prefer makan ponstan ni termasuk aku. Sebab dia banyak side effect. So, better rawatan semulajadi.


Letak botol berisi air panas, beralaskan tuala.
  • Ni, kaedah yang paling senang dan cepat melegakan. Isi satu botol air saiz sederhana dengan air panas, alaskan dengan tuala dan tuamkan atas perut. Lepas tu, TIDUR! 😆 Of, course laa kena tidur sebab, kalau ko bangun kan, ko lebih terfikir² pasal sakit yang lambat nak hilang. Tapi bila ko tidur dengan tenang, ko takkan terfikir dah pasal sakit tu. Dah bangun nanti, dah kurang rasa sakit
Minum teh panas tanpa gula
  • Yang ni, optional. Nak letak gula ke tak nak, depends. Tapi aku prefer yang takde gula sebab ni teh untuk legakan sikit perut. Bukan untuk bersantai² masa teatime.
Letakkan bantal di belakang lutut
  • Yang ni, husband aku punya kaedah. Aku pun tak tau dari mana dia pegi belajar/ baca, tapi kaedah ni (tinggikan aras kaki dari aras badan) juga membantu. Walaupun rasa tak selesa kan, sebab takut bocor laa. Sebab biasanya kalau dah sakit perut tu, rasa nak bergulung je badan macam udang kena goreng.
Makan bubur
  • Macam orang sakit gigi pula kan. Tapi, yang satu ni pun melegakan jugak. Sebab kalau dysmenorrhea ni dah datang, rasanya ko nak mengunyah pun malas.😆 Kalau makan bubur kan, dia kan tak macam nasi. Boleh je hirup kalau buat bubur air tu.
Letak minyak panas
  • Ni pula kaedah mak aku. Biasa laa kan orang-orang tua ni. Bila sakit perut mesti pesan soh letak minyak panas. Kalau letak minyak panas ni, aku suka guna minyak bayi. Tau tak yang minyak cap limau tu. Minyak Yu Yee. Haaa~ aku suka bau minyak tu sebab wangi. Dari kecik mak aku pakaikan minyak tu, sampai laa ke adik² aku. Sampai dah besar ni aku masih beli dan simpan minyak tu sebab wangi.

Ok, dah settle. Selebihnya yang korang baca kat FB, Insta dan lain² tu, macam layan bagi coklat ke time period, haa tu tambahan laa. Sebab biasanya pempuan punya nafsu makan datang seminggu sebelum. So, boleh bagi time tu kalau nak bagi. Nak bagi penuhkan peti ais kat rumah pun tak pe. Bhahahahaha~

No comments:

Post a Comment