January 24, 2017

Pasport Malaysia, Antara Pasport Top 5 Di Dunia - 2017


Pasport Malaysia, Antara Pasport Top 5 Di Dunia Haa~ percaya tak? Tengok macam nipis, macam biasa² je kan. Pasport Malaysia yang ko nampak biasa² ni dah tersenarai dalam keduduakn ke-5 'paling berpengaruh' dalam dunia tau..!
Yang kaki travel, mesti dah biasa pegang², belek² pasport Malaysia ni. Nampak macam biasa je, nipis. Tapi, macam mana boleh tersenarai dalam Top 5 'Powerful Pasport In World'? Sebelum tu, jom kita kenal dulu Pasport Malaysia ni. Bagi yang belum pernah apply pasport lagi laa.

Harga Pasport Malaysia yang terkini, RM200 bagi tempoh sah laku 5 tahun. Sekarang dah tak ada Pasport dengan tempoh sah 2 tahun macam dulu. Korang boleh buat permohonan Pasport di mana² cawangan pejabat Imigresen yang terdekat ataupun UTC. Permohonan Pasport Malaysia juga cuma mengambil masa sejam. Melainkan orang terlalu ramai pada masa sama ko nak buat permohonan Pasport tu.

JENIS² PASPORT MALAYSIA
  • Pasport Antarabangsa Malaysia (Regular International Pasport) - Ini ialah Pasport yang memang akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia yang telah membuat permohonan Pasport di Jabatan Imigresen terdekat untuk membuat perjalanan antarabangsa
  • Pasport Rasmi (Official Pasport) - Dikeluarkan khas kepada pegawai rasmi Kerajaan Malaysia yang membuat lawatan ke negara luar atas tujuan rasmi.
  • Pasport Diplomatik (Diplomatic Pasport) - Dikeluarkan untuk pegawai diplomat sahaja.
  • Pasport Terhad (Ke Brunei) - Dikeluarkan bagi kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah & W.P Labuan, untuk membuat perjalanan ke Brunei Darussalam.
So, dah kenal Pasport Malaysia, macam mana pula Pasport ni boleh tersenarai dalam ranking Top 5 tu? 

Kedudukan itu dinilai berdasarakan skor, berapa buah negara yang boleh dilawati oleh pemegang pasport sesebuah negara tanpa memerlukan Visa. Panjang sangat kalau nak cakap pasal Visa lagi, Nanti ada yang tak faham. So, dipendekkan, visa ni ialah satu tapisan keselamatan/ keizinan bagi seseorang pelawat/ pemegang pasport untuk melawati/ memasuki sesebuah negara (berdasarkan perjanjian dua hala negara tersebut)

Pasport Malaysia tersenarai dalam kedudukan lima teratas kerana, pemegang Pasport Malaysia boleh mengunjungi 153 buah negara (sebelum ni, 151 buah negara) tanpa memerlukan visa (visa-free) atau mereka boleh memohon Visa On Arrival. 

Senarai teratas pasport di dunia bagi tahun 2017 (berdasarkan score visa-free)

  1. (157) Germany
  2. (156) Singapore, Sweden
  3. (155) Denmark, Finland, France, Spain, Switzerland, Norway, UK, USA
  4. (154) Italy, Netherlands, Belgium, Austria, Luxembourg, Portugal, Japan
  5. (153) Malaysia, Ireland, Canada, New Zealand
  6. (152) Greece, South Korea, Australia
  7. (151) Czech Republic, Iceland
  8. (150) Hungary
  9. (149) Malta, Poland
  10. (148) Slovenia, Slovakia, Lithuania, Latvia


No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.