October 22, 2016

Interview SPA Perubatan ke? Goodluck semuanya!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam, haii. Jarang2 dah nak update blog. Since lappy buat perangai, asal overheating dia akan off sendiri, hakak pun jadi malas nak update. 😂😂 Sebab kadang2 hakak dah panjang2 tulis post, tetiba shutdown. Ahhh, x sukeee. Maaf laa bagi yang bertanya soalan tu, hakak tak sempat nak jawab. Nak jawab pun dah terlambat, ye dak? 

Goodluck bagi yang pegi interview macam2 tu. Especially to my sister jugak. Semoga lulus dan terpilih. Even dia sekarang belajar dalam bidang yang sangattt jaoh, dan interview untuk bidang yang sangatt jaoh jugak, (macam aku laa) harapnya terus berjaya gak. Taknak cakap laa kan bidang apa. Tapi bidang tu memang aku minat giler2 dulu. Nak sambung swasta mahal, tunggu IPTA tak dapat pulak. Memang bukan rezeki aku kot. Hurmmm.

Baru2 ni ada interview Latihan Separa Perubatan kan? Sekarang dah buat exam online kan? Masa zaman hakak dulu, jawab manual dik 😂 pastu takde soalan berkaitan sains ke, anatomi ke. Tapi yang latest, ada dengar jugak laa. Dah ada soalan berkaitan sains dan anatomi, pengetahuan am, biologi. So, memang dah advance laa sekarang. Ok laa tu, sekurang2nya calon yang dorang nak amik ni, serba sedikit ada pengetahuan sains. Tak laa terpinga-pinga dalam kelas.

Ada yang bertanya, apa tips? Aduhh dik, hakak bukan kerja perubatan boleh bagi tips. Hakak share pengalaman interview je. Dan for sure, method interview masa hakak dulu dan zaman sekarang mesti laa dah berbeza. Tak sama. Contoh paling ketara, pasal exam online tu laa. Masa hakak dulu, semua jawab on paper. Kalau nak mintak tips panas, fresh dari ladang, bukan hakak laa orangnya. Tapi kalau just nak share pengalaman boleh. Kalau nak mudah kan, kawan-kawan laa sikit dengan orang yang keja bahagian tu. Jadi senang laa nak tanya tugas dorang. Sebab mostly yang hakak dengar, dorang akan tanya pasal skop tugas. Haaa, salin, ni hotspot ni. Bhahahah. At least tau laa kan apa skop tugas yang korang nak apply tu. Senang nak jawab nanti. 

Hakak ada masalah nak buat penutup cerita sebenarnya. So, tu je laa. Kbaii. Assalammualaikum and good luck yang dah pegi interview..


 ♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment