August 9, 2016

Small things that matter.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bila sebut pasal, packing to somewhere benda paling rutin yang aku selalunya malas kemas ialah toiletries sebab selain toiletries, ko kena pack barang peribadi lain macam krim muka, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi and so on.. And these kind of things, biasanya ko selalu beli pek yang besar. Yang memang daily use laa. Sebab kan, ko malas nak beli banyak kali.

Biasanya jugak, kalau aku punya malas datang, aku bawak je laa pek2 besar tu balik. Maka aku berakhirnya dengan beg yang banyak meskipun balik cuma 2 minggu. Dari zaman IPT macam tu, dah tu, sampai rumah, merungut sorang2. Hmm.

So, untuk balik Sabah kali ni, aku rasa aku kena pack sikit2. Yahh, pack sikit2 sebab aku taknak bawa beg banyak2 lagi. Janji melayu. Bhahahahaaa. Jadi aku pun pegi laa Mr.Diy store ni dan cari pek2 toiletries tu kononnya untuk memudahkan aku pack barang laa kononnya. Padahal boleh je nak pakai yang ada di rumah tu.


Dan, jumpa jugak laa benda yang aku cari. Murah sikit laa dari kedai lain. Bawah RM10 je. Ada 2 botol spray mini dan 3 botol mini untuk krim. Also other things yang kecil aku beli, senang nak bawa dalam beg kecil like mini EDT Spray Enchanteur, mini Sephora Lip Balm dan mini Maybelline Compact Powder. Tak perlu lagi laa aku bawa pek yang besar2 tu sumbat dalam handbag.


Masa dalam kedai buku pulak, aku dalam dilema sama ada nak beli buku ni, atau buku Dr.AFL sebab dalam flight biasanya boring. Dan kalau nak main FB pun takdak gunanya sebab takdak line. Jadi 2 jam 30 minit tu biasanya tido je laa dalam flight. Dan masalah tido di seat dalam flight pula, leher aku sakit, jadi aku pun ambil majalah Air Asia tu dan belek beratus kali. Kali ni aku nak bawa buku pula. Buku Faiz Dickie ni mungkin boleh buat aku gelak sorang2. Orang sebelah tengok pelik,

'Eh ko pehal. Ko bukan kenal pun siapa Faiz Dickie sebab ko takde Instagram. Hohoho..'
#villagepeople

 ♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment