July 20, 2016

Bunga ♥

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bunga.

Peony Rose Lavender Bouquet Bride Bridal Flowers Pink Purple Pretty Floral Wonderland DIY Wedding http://www.victoriaphippsphotography.co.uk/:

Ada orang yang anggap, bunga ni something yang sangat remeh. Simply things. Yupp. Mudah, tapi bawa maksud yang berbeza bagi setiap orang. Ada yang suka, ada yang tak. Meskipun ada jugak orang pempuan yang tak suka bunga, I still think its too obvious. Sebab aku kalau dapat bunga ni, biarpun sekuntum, rasa macam mau snap gambar bunga tu dari semua sudut. Semua sudut beb, kalau dapat fresh flower pulak, rasa mau letak dala pasu berisi air biar dok lama, tak layu. Kau hade? Kecilkan mata dan jeling member. Senyum sedikit senget.

Ada jugak orang anggap ianya satu penghargaan khas untuk dirinya. Macam sweet ka pakai bunga2 nih? Ada macam eh, video yang mamat bagi surprise makwe dia tu? Korang laa yang cakap. Pehh, pakwe sweet, sampai gepren2 yang lain ni sebok tag pakwe masing2. Ada yang pakwe balas balik komen makwe, aduh. Pedih ayat. Nak gelak sambil guling-guling je baca komen korang.

Bunga dan appreciation. Kalau masa aku sekolah dulu, cikgu aku appreciate student dia, takdak laa bagi bunga2 nih. Student + bunga. Nak buat hape... Cikgu aku suka bagi hadiah. Contoh macam subjek Bahasa Malaysia, siapa dapat markah paling tinggi dalam kelas tu yang dapat hadiah. Jadi aku punya laa gigih study, baca buku. Balik rumah buat keja sekolah. Nak dapat hadiah tu sebenarnya. Ngehehe. Punya laa non-ambitious aku masa primary school dulu. Meskipun hadiah cikgu selalunya pencilbox dengan stationery. Bahagia giler beb. 

Parents punya appreciation pula lain. Eh, parents pun mana laa nak bagi bunga kat anak dia. Unless, ko graduate, time convo. Tu pun beli sebab hanya itu yang ada dijual time hari convocation. Sejambak bunga dengan teddy bear kecik tu kan? Haa~ masa tu je laa. Masa sekolah, mesti lain punyaa. Kalau tak dapat duit poket, dapat gadget. Masa aku dulu takdak lagi laa. 

Biasa nampak pakwe laa. Tu pun, cuba korang kira, bila last pakwe korang bagi bunga? Hahah, befday 2 tahun lepas ke? Tak pun masa anniversary korang. Tu baru cakap yang couple. Tak cakap pasal yang dah kawin lama. Tak dapat langsung. Sedih tak hidup, ada kadang bila jalan-jalan di Cameron Highland, beli bunga ros segar, hidu. 'Wanginyaa bau ros ni..' Sedih hidup akak tu, baru first time dia hidu bau ros segar agaknya.

Kalau aku pula, even dapat emoticon bunga kat whatsapp pun boleh buat aku bahagia. Eeee, hari2 dapat bunga. Bestnyaa. Memang, cuma gambar. Emoticon beberapa ketul kecik2 macam chipsmore. Tapi, mampu ubah mood yang suram tau. Ada pelangi2 terus hari aku. Pasal tu, tiap kali tunang aku nak wish goodnight, good morning, aku mintak ada bunga2. Meskipun kadang dia rasa malas nak cari gambar bunga. But, I know gigihnya dia nak cari. Sweet konon. Agituuu. ^_^

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment