July 5, 2016

Post Raya Sebelum Syawal.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

And hii, it has been a long day without any updates. So, how about this upcoming Raya?? Preparation? Baju raya? Kuih raya? Balik raya? And don't ask me about these sebab hakak tak balik raya tahun ni. :( Tahun ni masih beraya di sempadan lagi, dengan baju keja dan senyum kelat di pagi raya. Senyum kelat? Yeahh, kelat laa nengok ko balik raya, jumpa parents. -_-

Kalau tahun lepas, pagi raya kebetulan aku cuti. Tapi cuti pun takdak maknanya laa. Bukan aku dapat balik pun. Yang kampung dekat lain laa. Off duty je boleh pecut 120km/j balik rumah. Yang duduk jauh ni? Terpaksa laa balik rumah menghadap dinding, pasang lagu raya. Makan biskut raya sorang2. Sedih tak hidup? 

Bila member tanya..
"Uishh, ko tak balik raya ke? Boleh je kot ko balik first off ni, 
First day keja ko balik laa sini..."

Agaknya....

Dia fikir balik Sabah tu macam balik Penang beb. Ko tak dapat naik flight, tiket bas ada. Tak dapat naik bas, drive je balik.. -_- Belanja aku tiket pergi balik laa, boleh?

Raya tahun ni? Yahh, raya tahun ni pun kisahnya sama. Tengah membayangkan ni, masa takbir raya tu aku duduk dalam konter. How's that feeling. Pleaseee. Pihak siaraya, ko pasang laa lagu raya yang meriah sikit raya nanti. Jangan pasang lagu 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf'..

Dulu, tahun pertama. Perghh, jiwa kental beb. Pagi raya aku siap pi buat OT lagi dengan muka sinis. Masuk konter buat lek2 je. Orang tanya, muka banyak senyum je jawab tak balik. Tahun keduua, jiwa pun masih kentakl beb, siap call mamy tanya dah pi solat raya ke belum, siap gelak2 dengan member platun di malam raya. Bawak bekal siap dari rumah. Kuih raya. Pastu makan ramai2 dengan budak platun. Bahagia sekejap. Dan tahun ketiga ni.....

Dia rasa lain sikit beb. Tu laa, dulu senior nasihat, aku siap boleh gelak2 dalam konter. Tapi betul laa, bila dah lama ko jauh dari family. Dah bertahun tak balik raya, ko asyik tengok orang lain balik raya, masa tu baru ko rasa satu feeling lain. Tahun ni laa baru aku rasa feeling dia tu camna. Sebak semacam. Aku paling tak boleh nak dengar lagu yang aku sebut tadi. Dia punya aura lain macam. Rasa mau nangis. T^T

Tapi, berbangga laa yang keja time raya. Yalaa, orang sibuk raya, ko berkhidmat untuk masyarakat. Bukan orang gomen je. Yang swasta pun. Bukan yang keja disempadan je, yang di kaunter pun. Bukan yang rawat orang je, yang kerja di lautan pun. Kadang ada keja orang caci. Tapi, dia tak tau pun, ko dah bertahun tak raya dengan family. Kadang kena maki, tapi dia tak tahu pun, masa yang dia berkhidmat untuk korang, itu sebenarnya masa dia untuk family. Dorang tak faham. Let them be. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi semua yang bertugas musim raya nanti. Yang jauh dari keluarga. Semoga tahun depan ada kesempatan nak raya dengan keluarga korang. Ada lagi tersisa Ramadhan ni. Semoga amalan kita Ramadhan tahun ni diterima dan amalan meningkat. Aminn. :)


♥kieyuka-hanie♥

1 comment:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete