May 8, 2016

Alhamdullillah, abang kite dah kawin..!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Losing my passion in writing. Mungkin sebab banyak cuti dari update blog. Lebih kepada belek2 Instagram sambil gelak guling2 tengok video2 dari para Instagram user. Buka FB dan scrolling the news feed till the end, pastu keluar makan, makan dan makan. Mostly, makan. Hari ni, tajuk post dengan isi, hanya sedikit kena mengenanya.

Bulan lepas, eh tak. I means bulan Mac tu laa. Abang aku akhirnya dah jadi husband orang. Macam tak percaya je weyh abang aku dah kawin. Masa ikut dia pegi akad nikah kat rumah pengantin pempuan hari tu, hati terdetik, 'Eh, abang aku dah nak jadi husband orang laa...' <-- baca part ni bang, puitis tak ayat??
Memandangkan ini majlis kahwin yang pertama dalam family kecil aku, maafkan jika ada serba sedikit kekurangan. Yahh, maybe a bit improvement di majlis akan datang. Yahh, majlis akan datang. Kenapa bold? Sebab ada meaning tuuu :)


Penat jugak buat majlis kahwin ni kan. Alaa, biasa kan kalau kita pegi kerja kahwin di rumah orang pun, penat dia lain macam dari tuan rumah yang buat majlis. Emm, maklum laa, baru abang kite sorang yang kahwin. Mana ada pengalaman lagi~ Alhamdullillah, majlis berjalan lancar. Tak hujan, tak panas sangat. Jadi ok laa, senang orang2 nak buat keja masa tu. Ada rewang, dan paling best masa Malam Bergambus. Sebab masa ni, orang ramai sampai kol 3 pagi. Tapi, aku memang tak tunggu laa. Kol 12am aku dah curi2 masuk bilik pegi tido. 

Balik JB pulak, attend majlis kahwin kawan baik aku pula. Laki dia pun, member aku satu platun. So, rasa tak laa janggal sangat nak pegi. Kononnye, diusia2 macam ni, nak biasakan hadir majlis kahwin orang, nanti esok2 aku kawin, takde pulak orang datang. Hahah, itu ayat mamy. Deep. Sebab aku bukan jenis suka datang majlis kahwin. Aku, kalau nak datang pun kejap je sebab tak suka crowd.

Kena ambik gambar cepat2 sebab pengantin nak gi makan beradap...

April pulak, bulan yang sibuk sikit. Sebab banyak hal kena handle. Ada benda kena siapkan, dan ada benda kena arrange. Tapi, permulaan bulan May yang awesome...

Two movies in the row with awesome girlfriends..!



Singgah makan di Singgah Selalu. Orang sini panggil, Johor Bahru Old Trafford. Ada macam2 stall dalam area ni. Datang je duduk, 4-5 orang pelayan datang bagi menu dari setiap stall. Rasa macam nak order semua pun ada. JB Old Trafford ni hotspot area sebab letak betul2 tepi jalan, dan sebelah Gerbang Istana Bukit Serene. So, dari sini, sambil makan, jengah2 mahkota atas gerbang yang bersinar2 tu. Makanan pun affordable. Yang penting sedap dan memuaskan. Nanti yang datang jalan2 area JB, boleh laa try makan di sini. 

Its a wrap for these few months. Harap aku tidak malas menulis lagi :)

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment