February 3, 2016

2.4km again after 2 years..!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalammualaikum.
Dengan penoh rasa kemalasan, akhirnya aku bukak jugak blog balik. Maaf laa bagi yang menanya pasal ujian fizikal tu. Yang komen dalam blog ni memang aku tak terbaca, tapi yang direct message pegi inbox FB aku ada balas jugak kan. Sebab blog pun kurang aktif kebelakangan ni. Memang dah tak aktif since kerja. Jom kita berhuhuhuhuhu~

Bukan nak cakap 2 tahun sebenarnya. Nak tulis setahun sebenarnya tak buat 2.4km running ni. Dan baru baru ni pulak SPA dah panggil lagi untuk buat Ujian Fizikal & Kecergasan untuk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 dan aku macam nak pegi, tak nak pegi. Nak pegi, yalaa sebab jawatan pun under Diploma. So, aku fikir, kalau tak pegi sayang. Diploma yang dah bayar yuran pengajian mahal-mahal tu nak buat apa kalau tak pakai kan. Even course takde kait mengait pun dengan jawatan yang dapat panggilan tu. PTPTN pulak nak bayar bhaiii. 

Kalau ikutkan mak aku pun tak bagi pegi sebab risau lagi posting tempat lain. Sekarang pun dah posting jauh. Tapi, at least sekarang dah biasa laa di tempat ni. Nanti tempat lain, nak lagi membiasakan diri pulak. Urus itu ini. Macam-macam.

Emel dari SPA dapat awal laa. 10 hari sebelum hari kejadian. Jadi maknanya aku ada 10 hari untuk bersenam, buat lari 2.4km dan sebagainya. Meskipun sure jak ujian lain leh lepas, tapi 2.4km ni laa yang paling aku risau. Sebabnya aku bukan pelari jarak jauh. Jauh sekali nak ikut Marathon ataupun Jogathon mahupun Larian Merentas Desa sekolah. Aktiviti aku dulu cuma jadi sukarelawan di checkpoint. 

10 days, and I end up, hanya buat skipping tengah2 malam sehari sebelum hari kejadian. Sedih tak? Niat nak jogging, ada je halangannya. Hujan laa, kerja laa. Adoii. Ko rasa laa kan, adakah berat badan akan mendadak turun selepas membuat 10 kali skipping di tengah2 malam tu? Aku risau BMI tak lepas sebenarnya. Dah laa setahun lebih, 2 kali je aku main badminton. Bersukan? Joging? Makan je laa aku. :)

Hari kejadiannya pulak. Lokasi tempat interview bertukar tempat. Bukan ikut dalam surat. Nasib baik laa aku duk di JB ni. So, tak laa susah2 nak waze bagai Kompleks KDN Setia Tropika tu. Yang datang hari tu, 20 orang. Semua pempuan. Dan yang aku peliknya, dalam surat aku laa kan, tulis interview ni untuk JPJ. Tapi yang handle temuduga orang2 KPDNKK. Aku pun bukan pelik sedikit, pelik banyak laa sebab memang aku expect untuk JPJ. The end, dorang explain laa yang jawatan ni kalau dapat pun mungkin akan masuk je mana2 jabatan yang perlukan pegawai N27. Oh, macam tu ye abang.

Alhamdulillah. Ujian lain semua lepas. Dan yang last tu, 2.4km. Memang aku tak boleh buat. Aku pun tak tau berapa masa yang aku amik. Aku rasa memang lebih dari 17 minit kot. Lagipun dorang cakap memang dorang cuma akan record je. Yang tentukan tu semua dari SPA. Kalau yang sebelum ni kan, hari ni ujian fizikal, hari ni jugak akan dapat result. Tapi yang kali ni tak. So maknanya bukan laa keesokan harinya aku interview. Kalau hari ni lulus fizikal esok interview, memang parak aku jadinya. Yalaa, aku baca pasal JPJ, takda baca pun pasal KPDNKK sebab tahun lepas aku dah baca. Huhuhu.


And I'm waiting for the physical test result. :)


♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.