July 30, 2015

SPA8 :: Ujian Online Pereka Gred B17

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Meskipun aku ada rasa sikit tak puas hati, yelaa kan lepas graduate dulu, kemain lama aku tunggu nak dapat duk exam untuk pereka ni. Dah keja pulak baru dapat. At least aku amik jugak laa exam online ni sebab nak tau jugak amik exam online kat SPA8 online ni canne. Ada baiknya jugak dorang buat exam online ni. Sebabnya, macam aku laa. Nak amik exam ni aku baru balik dari keja syif malam. Balik umah kul 7 pagi. Sempat lagi laa aku nak mandi, buat kopi secawan, duk depan laptop, tunggu sesi peperiksaan start! Sempat lagi aku set alarm 9.45am. Kul 8.30am tu tido dulu jap. 

Aku belum pernah lagi amik exam online ni, first time, so tak tau laa jawatan apa lagi ada exam online camni kan. Link untuk ke window exam dorang akan email lebih awal. Ada link dengan password sekali laa. Pastu dorang ada bagi jugak cara-cara nak jawab exam online tu. Boleh jugak tengok dari Youtube.


Kata laluan untuk login dorang ada providekan dalam emel yang dihantar.


Exam ni 30 minit je pun. Bila login first time tengok macam exam nak jawab ujian komputer JPJ dulu. Seriously, exam kali ni takdak baca buku langsung. Tak tau nak baca apa, tapi, memandangkan exam online, mana2 jawapan yang aku sangkut tu, sempat jugak laa pegi Google. Haha. Dah setahun tinggalkan segala slide, buku, drawing, software dan macam2 tu, keja pulak bidang yang tersangat jaoh dari kursus time study dulu, memang kelaut laa bila menjawab.

Exam is done, and aku tak expect apa2 pun pasal result nanti sebab takdak baca buku, haaa~ :)


 ♥kieyuka-hanie♥


No comments:

Post a Comment