June 20, 2015

Ramadhan, puasa ibadah, bukan makan je :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Macam kejap je, tengok2 kita dah sampai ke bulan yang memang dinanti2, bulan yang  penuh barakah, bulan Ramadhan. Puasa dah habis ganti lom? Kalau belum habis ganti, jangan lupa bayar fidyah laa ea. Pasni, kalau dah habis puasa, ada hari tak puasa je, nak terus ganti laa. Nanti kalau dah nak dekat puasa baru nak ganti, takut terlupa pulak.

Ramadhan ni memang macam2 dugaan. Kalau kat Sabah sekarang, dengan dugaan gempa bumi, banjir lumpur, dan bekalan air bersih yang kurang. Harap2 dorang boleh terus jalani ibadah puasa dengan sempurna bagi masyarakat di Ranau dan sekitarnya yang beragama Islam.

Puasa ni jugak laa dugaan nafsu makan tu membuak2, ye tak? Ada yang bagi alasan kononnye dah puasa seharian. Ni puasa nak ibadah ke, puasa nak makan? Betulkan niat balik. Hmm, ni dah masuk tahun kedua aku puasa kat tempat orang, dah kira tahun ke5 jugak tak puasa dengan family since study. Orang lain balik umah, ambik cuti (kawan-kawan keja aku laa), awal puasa dengan family. Aku, makan dengan member umah je laa jawabnya. Bukan tak nak balik, tapi tiket mahal lagi. Walaupun aku masih bujang, tiket atas seratus tu pun dah kira mahal tau bagi aku, sebab nak tak nak, budget tiket je mesti dah RM400.

Bila puasa je kan, mesti ingat masa puasa time kecik2 dulu. Dugaan tu banyak giler. Dugaan paling besar bila tengok mak masak hidangan berbuka kat dapur, bubur ubi, bubur kacang, air batu campur, vanila cocktail, kuih2, mee goreng, aduh! Dah besar sikit ni, dah kurang laa. Dah tau fikir, puasa nak ibadah, bukan nak makan je. Kalau dulu, lepas sahur, tido. Sekarang, lepas sahur kadang dah bersiap gi keja. Survivor, yeah.

Awal puasa tu, mamy call. Macam biasa laa, nak bagi ucapan "Selamat Berpuasa". Tiap tahun mamy camtu, dady pulak, hobi dia time puasa2 ni, post gambar makanan kat group whatsapp family. Aku kat sini, teguk air liur je laa. Kalau dulu, bila parents bangunkan nak makan sahur, depan makanan, tengah nak makan tu pun aku boleh tido, pastu sambil tunggu imsak, bawak air satu botol letak tepi katil. Nampak sangat mindset kononnye kalau minum air masak banyak2 sebelum imsak, nanti boleh tahan puasa sampai ke petang. Padahal, lepas subuh sampai 5 kali nak ke toilet.

Kalau dulu puasa, balik sekolah je tido. Mindset nak bangun bila nak dekat2 azan maghrib. Mak selalu marah sebab tak boleh jugak nak jadikan puasa sebagai alasan tido. Sebab bila banyak sangat tido, kang balik sekolah, keja sekolah tak buat, nanti lepas buka puasa dah nak gi solat tarawih kat masjid, balik dekat kul 10 kang tido lagi. Dah naik menengah tu, dah reti sikit laa manfaatkan masa, apa lagi dah keja ni.

Time puasa ni jugak laa kita kena uji bab makanan kan? Nak buka puasa je, mesti nak gi bazaar. Dah tu sampai bazaar, macam semua jenis kuih nak dibeli. Pastu bila dah berbuka nanti, kadang ada yang tak habis makan, pastu buang. Sayangnyaaa. Yes, dulu aku macam tu, pastu ada sorang kawan tegur, "Aku rasa syaitan dibelenggu time puasa nih..." Sentap gak ayat, dia bukan nak cakap aku laa, tapi tegur perangai. Membazir kan amalan syaitan. Kadang2 rasa lebih baik beli bahan, masak sendiri. So, mana makanan yang rasa2 tak reti nak buat tu, baru laa beli. Emm, tapi Google jugak ada kongsi resepi. Cuba je laa.

Semoga Ramadhan kali ni, kita kearah yang lebih baik. Maklum laa, tambah lagi sekarang dah ada GST bagai. Kalau dulu, pisang goreng boleh dapat 10 biji, RM1, sekarang RM1 3 biji. Apakah? Kena laa belajar berjimat. Apalagi yang bujang2 tengah kumpul duit nak kawin tu. Masa bulan ni laa kita nak didik diri untuk lebih berjimat, lebih menjaga solat, lebih menjaga pandangan, percakapan, pergaulan, kalau yang suka bercakap sambil bertepuk tampar dengan lelaki tu, ehem! Ingat, korang tu puasa.


Salam Ramadhan Al-Mubarak 

 ♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment