June 10, 2015

Panggilan palsu dari scammer

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lately memang kita biasa dengar pasal panggilan palsu. Macam2 laa. Pasal rumah laa, ejen insurans laa, tapi yang femes, ejen insurans ni laa. Semua orang memang akan pernah kena. Sekarang pun dah canggih kan, dari nombor telefon je orang boleh cakap macam2 laa. 

Macam baru2 ni, aku ada dapat satu panggilan. Aku terima pun kat nombor yang memang aku guna dah lama laa, so ingatkan ofis ke yang call, kita kan banyak berurusan dengan telefon, so memang susah nak detect panggilan palsu ke tak selagi tak jawab panggilan tu. Ni yang susahnya. 

So, first thing kalau dapat panggilan dari mana2, jangan terus fikir tu memang no betul yang call kita. Was-was tu harus ada. Pastu, paling penting jangan dedahkan maklumat diri kalau dia nak mintak no kad pengenalan ke, nama penuh ke. Jangan bagi. Macam hari tu, aku dapat panggilan, kononnye dia ejen insurans. Pastu dia cakap blaa.. blaa.. blaa.. Takpe, aku bagi chance dia nak bercakap, so dia pun explain laa panjang lebar pasal insurans dia nak bagi ni. Ni kononnye program, bukan promotion. So what to do, korang ambik no dia ni, taip kat Google. Google ni dah boleh jadi macam Yellow Pages jugak kan. Taip je, pastu nanti akan ada laa keluar kalau ada orang update pasal nombor2 scammer ni. Thanks to them yang buat Facebook status update pasal benda ni.



Nasib baik laa Google ada membantu. So, lepas ni dapat no pelik je boleh terus Google je. Ni bukan untuk panggilan macam ni je tau, kalau korang nak cek no telefon yang ada kat iklan online pun boleh. Mana laa tau ada yang nak cari rumah ke, dapat pula iklan express, cek dulu, kadang ada gak yang boleh jumpe kat Google, terutamanya yang kononnye ejen laa. 

Scammer ni macam2. Tak pun, kalau jawab panggilan tu, kalau pasal insurans ke ape, ko pasang je lagu nasyid bagi dia dengar. Bagi dia insaf sikit nak tipu orang. Nak dapat duit, keja laa. Asyik nak nipu orang je kejanya. Lagipun, kalau bank2 tertentu, memang dorang akan send private message menyatakan bank mereka takda buat telemarketing calling. So, just ignore.


Thanks for reading this entry..💟

 ♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment