السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dari kecik lagi memang mamy dah ajar menabung. Sampai dia buatkan tabung dari bekas bedak. Itu rare. Kadang tin bekas kuih pun aku boleh jadikan tabung. Tin besar2 bapak tu, isi beberapa keping syiling je. Tak sampai RM10, aku dah korek balik. Dulu bila menabung, asyik2 kira duit tu. Mamy cakap, jangan selalu nak kira, nanti duit tu berkurang. Dia suka psycho supaya aku tak balik2 nak cari tabung dalam almari pastu kira duit.
Dulu kalau menabung, aku tak pernah pun nak gi simpan kat bank. Aku punya mindset masa kecik dulu, kononnye bank tu tak reti nak jaga duit orang, nanti hilang. Padahal berbanding aku simpan dalam tabung bawah katil yang ada risiko untuk hilang, baik simpan dalam bank. Buku bank aku yang pertama pun masa aku dah masuk Darjah Enam. Dady bawak gi buat buku bank supaya aku belajar menyimpan.
Dah besar2 ni pulak aku masih lagi beli tabung. Sebab dah terbawa2 dari masa kecik. Tapi dah besar2 ni, dah jarang laa nak menabung, korek balik. Sebab yang ditabung pun semuanya syiling. Malas nak simpan banyak2 dalam wallet. Berat. So, aku simpan dalam tabung. Senang. Dah agak2 penuh baru kira.
Kecik je tabung, nampaknya lepas ni kena beli tabung botol susu tu, besar sikit.
Selain tu, hobi lain, kumpul duit syiling asing. Duit kertas pun ada gak. Duk sini tak banyak sangat laa duit syiling asing yang aku dapat. Dulu masa keja kedai kesihatan kat airport, macam2 jenis duit syiling asing aku jumpa. Kalau tak silap, aku masih simpan lagi dalam tabung kat umah aku di Labuan. Tapi seyes, duit kertas memang tak boleh laa aku nak simpan. Asyik gatal je tangan ni nak gi tukar duit Malaysia. Dulu pernah laa ada sorang foreign dari UK, nak tukar 10 dollars. Aku dapat je 10 dollars tu, simpan baik2 dalam wallet. Konon tak nak tukar laa. Padahal kalau nak simpan matawang asing, boleh je beli kat money changer tu. And finally aku gi tukar jugak. Sobs.
Kat umah, aku ada lagi simpan wang kertas China yang lama. Tapi tulisan cina. So aku tak tau nak baca tahun bila. Boleh pulak abang aku cakap aku gi kutip duit cina yang dah mati. Agak2 laa nak psycho pun. Ishhh. Pastu, duit RM2 yang lama pun ada lagi dengan signature Gabenor Bank Negara yang lama, Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don & Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. Susah oh nak dapat, tu pun time2 pokai ada hati nak pakai. Bhahahaha.
Kat umah, aku ada lagi simpan wang kertas China yang lama. Tapi tulisan cina. So aku tak tau nak baca tahun bila. Boleh pulak abang aku cakap aku gi kutip duit cina yang dah mati. Agak2 laa nak psycho pun. Ishhh. Pastu, duit RM2 yang lama pun ada lagi dengan signature Gabenor Bank Negara yang lama, Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don & Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. Susah oh nak dapat, tu pun time2 pokai ada hati nak pakai. Bhahahaha.
Ada sorang member keja ni, dia suka jugak kumpul duit syiling asing. Mostly dia dapat dari his foreign friends. Bagus laa dia, ada ramai foreign friends, mesti dia dapat belajar macam2 bahasa jugak kan. Hmmm. Kalau aku, nak belajar, harap dari Google je laa. Except for English. Hope to be like him soon, so I can speak in many language even cuma say 'Hi'. Pun boleh laa.
♥kieyuka-hanie♥
No comments:
Post a Comment
Hi, feel free to ask. No harsh words, please.