April 9, 2015

Si Gemuk Myvi atau Si Comel Axia?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dua-dua pun under brand Perodua. Yang best pasal kereta2 keluaran Perodua ni, keta dorang, kecik but not too smaller, its compact. Kalau Proton pulak, more tu kereta yang jenis2 Sedan macam tu. Aku bukan apa kalau nak guna kereta janis berbadan panjang ni, takut nak buat parking je tu. Kalau keta badan kecik ni senang laa nak menyelit sana sini.

Sebelum nak amik keta lagi, dah dari tahun lepas aku buat survey pasal keta. Mulanya buat survey pasal keta second-hand. Tapi macam sebelum ni laa, ayah tak bagi amik keta second-hand. So, aku pun survey laa. Nak tengok gak kot2 ada kereta keluaran terbaru. Btw, time aku survey2 online tu jugak, for the first time, Proton nak keluarkan kereta jenis compact. Its Iriz. Wahh2.

Well, not bad laa Iriz ni, tapi aku tengok design ada macam Mitsubishi pun ade, macam Picanto pun ade. 
Tak tau laa, mata aku je kot nampak camtu.

And about Perodua punya keluaran, memang dah lama aku survey gak. Dari sebelum nak buat lesen rasanya aku dah survey harga. Pastu survey review orang yang guna Myvi or Axia. Dari situ dapat tau banyak benda laaa. But, prefer pegi jumpe dealer terus laa, kan senang. Memang senang. Yang peningnya aku!


Myvi ni yang lawa bab nak modified laa. Badan dia gemok. Ada orang dah modified macam Passo. Cantik gak, tukar sportrim bagai. Giler jugak aku tengok Myvi. But laa research pasal special edition kaler pink ni. Tengok2, masa tahun 2014, Perodua dah nak keluarkan Myvi Icon, new generation. In the same time, Axia dah launched.

Dan aku tetiba berkenan. Agaknya macam mana feeling drive Axia ea..

Refer dengan blog2 orang lain, ramai yang bagi pendapat Myvi the best. Ada jugak yang cakap Axia best sebab penjimatan minyak yang maksimum. Pening gak nak pilih. Ramai orang pulak prefer Myvi laa, sebab macam aku cakap tadi, bila nak modified body dia, lawa kot. Entah laa ea, kita kena survey jugak kalau nak beli kereta ni. Tapi, bagi macam kita ni yang dala kategori sara hidup medium tu, better cari kereta yang boleh dipakai ke tempat keja, selesa dan yang paling penting jimat minyak. Ye laa, sekarang ni dah laa kejap2 minyak naik, kejap2 turun, kejap2 naik lagi, kang turun lagi. Kalau keta yang tak jimat minyak, memang rabak laa.

Survey dulu laa, mana yang berbaloi nak amik ni.. 
 ♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment