April 5, 2015

Bila dah dapat lesen P..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru je dalam bulan 3 awal tahun ni, aku dah habiskan lesen L aku. So, pendek kata, dah dapat lesen P laa. Wahh, masa dapat P, kemain dia punya excited, sampaikan rasa macam nak tiap hari memandu je kejanya. Baik aku jadi driver teksi, kan? Orang pertama aku inform lepas lulus JPJ, ayah aku. Sebab dia punya excited nak tengok aku habis P pun kemain lagi. Yelaa kan dady, nanti balik Labuan dah ada driver laa. Habis je sume kelas aku, aku dah excited ni nak bawak keta, sampaikan siap beli sticker P letak dalam handbag, kot2 kawan aku murah hati nak suruh aku drive ke. Hihihi.

Balik je Sabah hari tu, aku singgah KK dulu. Sampai je KKIA terus cari kiosk sewa kereta. Acah2 nak drive laa konon, dah ada P. So, aku pun sewa laa keta (secara haram sebab ayah xtau 😁) untuk 2 hari. Senang sikit nak jalan2. Hehehe. Sewa auto je, senang. Tak reti sangat nak bawak keta manual tu, kang naik bukit sikit mati, dah terkial-kial lagi. Silap2 reverse ke keta orang kat belakang.

Dapat je keta, terus gi amik adik aku kat UiTM, bawak round2 area KK. Nak tunjuk lesen laa konon, nyampah! Adik aku macam biasa laa, jadi secret keeper, kalau tak, aku biar dia jalan kaki kang balik gi hostel. Tapi, finally terbongkar jugak laa rahsia yang ta seberapa tu, tapi feeling lucky, big boss tak bising. So, esoknya, buat hal lagi pegi jalan jaoh2.

Balik Labuan, dady dah siap tunggu, siap beli stiker P lekat kat keta abang dengan keta dia. Haaa~ nak suruh aku drive laa tu. Manual, siap laa~~ Dady cakap, dia tak bagi aku bawak keta kat JB kalau tak pass ujian dengan dia. Ape kah?? Nasib baik aku pass jugak laa, meskipun mamy yang duk belakang pun kadang2 bising jugak, "jangan ko langgar belakang keta orang sudah!"

And, lepas balik JB, nak decide pulak nak amik keta apa. Aku prefer amik second, tapi big boss tak bagi. Tambahan pula banyak laa komen negatif dari abang2 senior kat tempat keja pasal keta second. Memang pun, dah nama pun second, memang condition pun second gak laa, dah tak bau2 kilang lagi.

Rasa macam nak amik Myvi kan?? Hmm, tapi Axia pun comel gak, jimat minyak katanya. Tapi Myvi gemok, macam Garfield, Axia pun lawa gak design bumper depan. Jap2, fikir2 dulu laa. Nak amik yang puas hati ni. Survey2 dulu. :)

 ♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment