August 31, 2014

Keep Calm And Enjoy The Holiday [Part 1]

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Lama jugak ambik masa nak bukak laptop dan update blog yang dah berhabuk ni. Berhabuk sangat, sampaikan aku dah siap kemas sana sini. So, korang perasan tak blog ni lebih mesra alam sekarang? Mesra alam laa sangat sebab background aku dah tukar jadi corak plain sikit sebab interface sebelum ni, aku pun semak nak tengok. So, enjoy reading now onwards! 

Mood holiday aku dah pun bermula few days ago. Start dari 24hb lepas laa. Kira2, lagi tinggal 3 hari laa baki cuti aku. Aishh..! Pehal macam cepat sangat cuti 3 syif ni berlalu? Planning awal2 sebelum balik hari tu, aku nak bawak parents aku pegi Kundasang but dady aku refuse disebabkan dia ada hal sikit. So, plan cancelled. Takpe laa. Duk kat Labuan je laa ye.
2 jam dalam flight, ada jugak aku rasa nervous. Eh, why dah macam first time naik flight pulak? Takde laa. Beberapa hari sebelum aku balik kan baru je Istiadat Berkabung untuk jenazah penumpang MH17 yang terhempas kat sempadan Ukraine tu. Mana tak gentar cik adik oi! Kesian pula akak kat seat sebelah aku yang tengah morning sickness. Kesian pulak nampak pregnant woman travel. Husband dia tak ikut agaknya sebab dia berdua dengan anak pempuan dia je. Sempat gak aku bawak dia berbual jap sebab dia tak lalu nak makan katanya. Aku bawak sembang sikit, baru ada mood sikit dia nak makan. Tak banyak pun, sikit je laa.
Sampai je kat airport KK, dah sebok nak cari2 mumy aku. Almaklum laa. Dah half year si mummy tak jumpe dengan baby daughter dia ni. Ahaiii.. >_< Tengok dari jauh senyum2 dah si mummy. Sampai2 dah peluk2 macam rancangan Jejak Kasih. Aku kan tek pernah laa duk jauh lama tak balik. Paling2 pun masa study dulu, sebulan dua mesti ada muka aku tercegat depan pintu rumah. Laa ni, tiap setengah tahun baru nak balik. Biasa laa bila dah keja. Duit tambang nak earn sendiri. Tak leh laa nak mengharap parents dah.

Aku balik je kali ni memang dah nasib badan laa. Musim buah-buahan pulak dah. Perghh.. Berderet orang bukak gerai tepi jalan. Parents aku ajak singgah kat kampung dady aku jap sebab raya tahun ni dorang takde balik kampung. Jenguk jap laa kiranya. Hmm. Memang ranbang mata laa tengok kiri gerai buah2an. Tengok kanan gerai buah2an jugak. Sampaikan aku rasa baik aku tengok straight kedepan je.

Sampai Labuan je dah dekat kul 11 malam camtu. Nasib baik laa jugak aku ambik flight awal. Naik feri malam pulak tu. Memang best laa. Biasanya dulu kalau bukan hari perayaan, memang takde laa nak merasa naik feri malam. Kalau naik feri malam ni best tau sebab tak panas dan boleh duk kat luar hirup bayu laut. Ceh, Sabah Di Bawah Bayu laa katakan.

Menumbok, Sabah Ferry Terminal during night. 
Gambor tak cantik sebab dah touchup2 untuk upload kat Insta.

Sampai dekat2 dengan Labuan kalau waktu malam lagi best, sebab nampak banyak lampu2 dari kapal2 yang berlabuh kat perairan Labuan. Tapi malangnya sampai Labuan dah hujan.  Penat seh, sampai umah meskipun aku cuma jadi passanger kat seat belakang. -__-

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment