July 15, 2014

Beraya Di Negeri Orang..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mesti sekarang ramai yang dah sebok nak buat persiapan Raya kan. Alaa. Kalau bagi aku lama lagi tu nak Raya, tapi bila dah tinggal seminggu baru terfikir, eh, cepatnya masa berlalu. So, ramai yang dah buat tempahan baju, kuih Raya, jahit langsir semua ni kan? Kalau tak silap, sebelum nak masuk pertengahan Ramadhan lagi orang dah sebok beli itu, beli ini. Aku? Tak yah tanya sebab Raya tahun ni aku keja. So, takdanya aku usha2 baju raya ke hape. Lagipun ni first time aku beraya kat tempat orang, dan masa tu keja. :( Tak pe laa, keja pun amanah jugak.

Dady aku siap hantar mesej bagai. Bagi kata2 semangat laa kononnya untuk orang yang tak balik Raya dan terpaksa beraya kat tempat kerja. Abang aku pulak sebok hantar wassap lagu2 raya. Kalau yang lagu happening sikit takpe. Ni ko hantar 'Dendang Perantau' tu buat pe? Cari pasal ea? Kawan2 aku pun dah sebok tanya aku balik ke tak. Public pun asal datang kaunter aku mesti tanya, 'Dik, tahun ni tak balik raya ke?' Ohhh.. why laa korang ni.. Jangan laa tanya aku balik ke tak. Radio pulak dah start putar lagi raya. Kalau masa study dulu, memang hati dah berkobar2 nak balik Labuan. Sekarang ni? Nak berkobar hapenya.. Kalau Singapore tu Labuan, takpe gak. Malam raya tu jugak aku balik. Tapi, tu pun kalau laa.

Haa~ camni rasanya tak balik raya. Nampak orang lain hepi je beli macam2 barang. Order baju, beli barang rumah sume. Biasa dulu nampak kat TV, abang2 askar yang tak balik tu macam rilek je muke dorang. Pastu rasa macam takde sangat laa pun kalau tak balik raya. Tengok abang askar, abang polis tu, rilek je. Dah tu bila sendiri dah merasa, sedihnya.. Okay, tak yah nak sedih2, sebab boleh apply cuti lepas beberapa minggu raya ye dik. Yeahh! Aku hape lagi, dah sebok laa nak tengok tiket flight meskipun cuti aku tak apply lagi. Haa.. Nampak excitednya tu. Tapi biasanya sekarang tiket masih mahal lagi laa. Tapi, cuti aku kali ni mesti packed punye sebab macam2 aku dah plan. Nampak tak budak ni? Tak apply cuti lagi, excited kemain. 

Kazen aku pun nak buat wedding event time aku cuti tu, pastu aku nak gi jumpe dengan kawan2 kolej aku dulu, nak jalan2 dengan datin2 kat umah tu, nak jumpe kawan sekerja dulu. Wahh.. Cukup ke cuti aku ni. Macam dah bertahun tak balik laa pulak sampai macam tu sekali. Takpe laa kan.. Bukan selalu pun aku nak cuti. 

Tengok, AirAsia pun macam dah memanggil2 orang tuk balik umah. Hehe.. Kalau rajin buka website dorang ni, sempat arr nak dapat tiket murah. Ni yang sayang dengan AirAsia ni meskipun kena beli makanan sendiri. :)

Haa~ murah kan tiket nak fly back to Sabah. Eleh, bujang2 lagi ni boleh arr cakap murah lagi. Cube nanti kalau dah ada family. Mesti susah kan nak balik. Nasib baik aku bujang lagi. Hahah.

Okay, tak sabar nak cuti dengan planning2 aku. See you soon Mr.Blog. IMY.. :))

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment