June 13, 2014

[Product Review] Cathy Doll - Mahad Camu Gluta Set

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hi, product review kali ni nak share pasal Cathy Doll produk yang semakin menjadi trend budak2 teenagers, bukan macam iolls sebab iolls dah masuk adults. Tapi, disebabkan produk Cathy Doll ni comel sangat, meskipun aku dah belek2 IG pastu kononnya tak nak buka mana2 IGshop yang jual produk, gatal jugak mata tu bila nampak something like icon yang comel2 for IGshop Cathy Doll. 

Memandangkan aku jenis mudah jemu dengan satu produk, maka jangan heran laa bila produk yang diguna selalu bertukar ganti. Bulan ni pakai produk ni, pastu tengok2 hujung bulan dah tukar produk lain. See, the A-Factor is what? Attraction & Ads. 

Minggu lepas order set Cathy Doll Mahad Camu Gluta from Karmart Shop by Kak Aemy. Kak Aemy punya service ni best, ya, mostly kita akan cakap best service tu bila ianya cepat laa kan. And I got free gift too.


Facial wash Set Mahad Camu Gluta ni memang best nak guna sebab guna sikit je, dia punya foam dah banyak. Harum pulak tu macam honeydew. Guna lepas bangun pagi tu memang rasa fresh sangat. Dah semalaman tido dengan overnight cream kan, memang arr rasa fresh, macam nak basuh berulang kali pulak dah.

Yang kecik molek tu pulak Day & Night Cream. Yang tu tak laa banyak sangat pun. Size dalam 5g je kot, kena laa jimat nak pakai. Tu pun kalau nak sampai untuk beberapa hari laa. Aku pakai tak sampai sebulan pun. 2/3 minggu je kot. Habis dah. Pencuci muka tu je yang masih banyak lagi.


And yang ni pulak free gift yang akak tu packing sekali dengan set tadi. Comel kan? Dulu ada gak order Cathy Doll, dapat lip tint lebih kurang macam ni, tapi Obuse Lip Tint. Rasa tak best nak guna, bagi kat adik sebab bila letak kat bibir rasa macam ubat demam lak. So, I don't use it, without wasting, pass it to others yang nak pakai. But yang this one memang attractive sangat. Kaler pun cantik (Kod 4) tak terang dan tak pudar sangat, so like 80% liked and I loved it too.

 ♥kieyuka-hanie♥

2 comments:

  1. wah akak tak tau pon ada blogger sudi mention kedai akak... maceeeh!!!

    ReplyDelete