June 1, 2014

Jom amalkan sunnah Nabi SAW dengan Fattabiouni...

Assalammualaikum...♥

Dalam waktu seharian korang laa kan, apa benda yang korang buat tu yang jadi rutin korang? Yelaa, contoh benda jadi rutin tu, benda yang korang akan selalu buat dan amalkan. Ada tak? Mesti korang tau jugak laa kan yang sebahagian besar dari rutin seharian kita tu, sebenarnya adalah amalan Rasullullah. Kan? Ada yang dah tahu & ada yang tak tahu. Macam dah laman ceramah agama lak kan? Xde laa, saja nak share bahan ilmu. Abang yang ajar aku masa praktikal dulu pesan, ilmu ni kita mesti kongsi. Tak leh tamak, dah tau jangan buat tak tau pulak. 

Actually, kalau sekarang ni kadang2 bahan2 bacaan ni kurang menjadi bahan yang diminati anak-anak muda kan? Apa lagi adik2 kita yang tak reti membaca lagi tu. Pasal tu laa peranan budak grafik, multimedia & creative media penting sangat masa kini. Dorang2 ni laa yang boleh hasilkan mesej ringkas, padat & penting dengan hanya menggunakan seni visual. Nampak tak? Kadang2, influence tu lebih tinggi kalau tengok benda visual berbanding bahan bacaan. Pasal tu laa benda yang ada iklan kat TV lebih dikenali ramai berbanding yang dalam majalah. Ye tak?

So, say thanks to Fattabiouni, sebuah projek yang bertujuan untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW di kalangan kita, yang mana sunnah Nabi SAW ni mudah dipandang ringan je. Ada jugak yang tak tau kan? Ada jugak yang buat, tapi tak tau itu ikut sunnah Nabi SAW atau tak.

"Emm, mak abah aku ajar dari kecik buat camni, tak tau pulak senanya ni sunnah Nabi SAW.." 


OK, balik citer tadi, nak share pasal laman youtube Fattabiouni (with Malay Subtitles by Fazakkir Media) ni yang memang buat korang tertarik nak tengok sampai habis. Cara dorang buat video ni pun memang menarik laa. Video ni kalau tak silap ada jugak disiarkan di TV Al-Hijrah. Cuma ada yang tak perasan pun kalau tak tengok TV kan.

Dari video2 yang dorang share ni, memang banyak laa rutin seharian kita yang kita buat, tapi tak tau itu sunnah Nabi SAW atau tak. Contoh macam adab nak tido. Mak ajar dari kecik baca doa & sapu habuk kat katil sebelum tido. Kita pun ikut je.. Tak tau apa tujuan disebaliknya. Ada pulak yang anak nak tido, dia bacakan buku citer dongeng. Fairytale laa. Dah terikut2 sangat citer dongeng, jangan heran laa kalau anak suka tanya benda pelik2, macam pelangi tu ada pari2 laa. Nampak sangat dongengnya. Sunnah Nabi SAW ni pulak, semuanya ada hikmahnya, contoh macam minum, makan, nak tido, masuk tandas, keluar rumah, pakai kasut, semuanya ada caranya & ada hikmahnya. Korang tengok sampai habis video2 dorang ni dan korang akan faham.

Antara sunnah-sunnah Rasullullah :
  • Mengibarkan cadar 3 kali dengan bacaan Bismillah sebelum tidur
  • Menggosok gigi & berwudhuk sebelum tidur
  • Membaca doa tidur, tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kanan
  • Minum & makan dengan tangan kanan
  • Meminum air dengan beberapa tegukan
  • Meminum air masak setelah meminum minuman yang mengandungi lemak (cth: susu)
  • Tidak meniup minuman/ sup yang masih panas dengan tujuan untuk menyejukkan
  • Memakai kasut & melangkah keluar dari rumah dengan kaki kanan
  • Melangkah masuk ke tandas dengan kaki kiri
Ada banyak lagi yang korang boleh tengok kat sini ataupun baca dari buku2 yang ada kat kedai buku mahupun blog orang kan. Salam mengamalkan & menghidupkan sunnah Rasullullah :)

Thanks for visiting.. ^_^v

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.