May 20, 2014

Skincare After Training :)

Assalammualaikum...♥

Ok, hari ni hari rajin aku, dan hari malas kawan aku, sebab hari ni hari cuti dan dari bangun awal pagi tadi sampai laa ke tengah hari, keja aku ialah membersihkan rumah, dari bilik aku, ke seluruh ruang dalam rumah, tak termasuk bilik kawan2 serumah k, yang tu self service. 

Bila hari rajin datang, macam rajin sangat laa jugak aku nak update something dalam blog ni. Gambar tak penting, yang penting, bermanfaat okay bagi korang2 yang bari balik dari latihan induksi dan muke dah jadi macam tempe hangus, kuih hangus, baulu hangus, dan sebagainya. Macam2 istilah aku dengar masa kat akademi dulu bila muka dah gelap semacam. Tapi yang pastinya, sume pempuan yang ada dalam latihan tu bertekad nak cepat je habiskan latihan, lepas tu akan pampering herself dengan beauty routine laa kononnya ye!

Tapi aku pelik pulak dengan beberapa kawan aku tu, ada yang sunburn tu, tak laa teruk sangat. Dah tu ada pulak yang masih putih melepak sehinggalah ke hari tamat latihan. Eish, brand apa yang power sangat dia pakai hah? Sedangkan yang guna sunblock SPF 150++ pun masih boleh sunburn lagi, dia rilek je. Kalau aku tak yah cakap laa. Kalau mak aku nampak pun, tak kenal anak dia kot.. Dulu datang cerah2 je kulit, keja dok dalam ofis laa dulu kononnya. Dah lepas 2 bulan, aku pun rasa malas je nak lalu cermin2 besar kat shopping mall. Rasa macam, kenapa laa dorang suke sangat letak cermin besar gedabak macam ni kat shopping mall. Dah tu bila kulit dah ok pulak, memang tercari2 laa cermin besar tu.. Saje, nak banding kulit dengan orang sebelah. Bhahahaha.

Yeahh.. Dah tamat latihan kan, leh arr nak facial2 pulak lepas ni... ^_^

Ok, motif aku kali ni nak citer lepas kena sunburn punya kisah. Kulit manusia ni ada banyak jenis, ada yang normal, oily, dry. sensitive, acne-prone and combination skin. So, cara penjagaan pun berbeza laa. Things make difference, but here, skin make difference. :) Sunburn ni pun ada stage 1-3, stage 1 tu memang yang biasa2 lagi arr, tapi bila dah sampai stage ke-3 tu, kekadang ada yang sampai perlu medical treatment. Tapi, rasanya setakat dua bulan tu, sunburn aku tahap biasa je kot. Takde pun rasa muka pedih2 ke, rasanya taksunburn laa, tapi dull skin tu tetap ada, jerawat dan muka berminyak tu tak yah cakap laa. Confirm ada.

Lepas je tamat latihan, esoknya dah checkout dari akademi, malam tu jugak aku serbu Watson, Guardian dan farmasi2 yang ada. Kebetulan pulak ayah aku dari Labuan datang melawat. Memang besar arr mata dia tengok aku pegi beli apa. Tapi ayah aku sporting apa, dia siap temankan lagi nak gi cari benda2 nih. Love her daughter laa katakan. :)

First thing yang harus ada tu, Aloe Vera Gel. Benda penting ni. Bagi aku laa.

Yang ni dari Bloop. Boleh order online je kat HiShop.

Aloe Vera Gel ni memang elok sangat kalau dapat sunburn sebab dia macam sejuk2 je kalau letak kat kulit camtu, Pastu aloe vera ni boleh kurangkan kemerahan pada kulit yang kena sunburn tu. Boleh letak kat tempat yang melecur jugak tau, so, sila prepare satu dalam skincare set dan satu lagi kat dapur. Lepas ni, kalau melecur kat tangan ke masa nak masak, tak yah ahh letak dalam air sejuk lagi.


Yang penting, mask. Mask mana2 pun boleh je, yang ni dari Sophie Monk, boleh dapat kat Watson. Hmmph! Camera Face laa sangat, drama sungguh dorang ni. 


Memandangkan bila muka sunburn tak leh arr nak sapu krim, guna Mist Toner ni je lepas basuh muka, pastu biarkan je kering. Kalau muka tu jenis yang cepat kering, memang sesuai laa nak guna, wangi pulak tu. Ihiks. Ok, test brand Malaysia pulak, from SimplySiti.


Bila keluar rumah, harus laa BB Cream yang ada SPF, kononnya laa tak nak gelap lagi. Guna yang biasa je dulu, bajet tak nak over budget laa dulu kononnya.. Baru keja kan..  :)

Dark circles bawah mata sebab tak cukup tido pulak tonyoh je guna benda ni bila nak keluar rumah. Nampak sangat fake-nya. Hfhfhfhfh

Bila dah kurang sunburn tu, boleh arr guna krim lagi kan. Tapi banyak sangat laa skincare sekarang, sampai susah nak pilih. Paling penting, kalau dah sensitive skin, jangan nak gatai pulak nak cuba benda itu ini k, guna je produk yang untuk sensitive skin. Boleh je jenguk2 kat HiShop. Dorang ada macam2 produk, but kalau nak cuba, kena sediakan bajet lebih sikit laa dulu ye.

*Mood kerja dah bermula* :D

Thanks for visiting... ^_^v

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.