December 21, 2013

ProEight Offshore Engineering Training Week & Glamorous Night (Part I)

Assalammualaikum...


Sekarang ni dah masuk musim tengkujuh. Dalam berita kat TV pun banyak citer pasal negeri2 yang terjejas akibat banjir. Kesian kawan2 yang ada di sana. Ada jugak beberapa agensi kerajaan dan swasta dah buat kutipan derma dan kerja amal untuk bantu dorang. Harap berjalan dengan lancar.

Dua mingg lepas, memang busy. Kadang2 aku terlupa yang aku ada blog yang perlu diupdate, sebab apa, kalau tak update, takde laa Nuffnang nak bagi CPUV lagi. Kalau dia tak bagi, takde laa side income biarpun sikit. Lalalalala. Aku tulis blog partime je, so memang tak heran laa kalau blog aku jarang diupdate. Kadang aku ada tulis post, tapi tak siap, simpan dalam draft, pastu malas nak sambung cerita. Pasal tu laa jadi tepu post tu dalam draft. Finally, delete.

Last week, aku baru balik training selama seminggu dengan kawan satu ofis aku kat HQ company tempat aku keja located at Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Arrived on Monday, training the whole week (working days only), company annual dinner on Saturday night, dan merayap untuk merasa christmas season on Saturday morning until evening at Pavilion, ronda2 di Jalan TAR, dan balik ke Labuan on Sunday. Padat jadualnya. Benda yang best bila nak pegi training ialah benda free. Tiket flight free, hotel free, makan free, transport free, yang tak free bila nak memborong barang2 nak bawak balik je. Tu je laa yang tak free. Dah tak perlu nak arrange apa2. Semua kena tanggung selama ko dalam tempoh berkursus.



Together we fly with AirAsia.. Queen Park Rangers take places.

Dari Labuan kena ambik masa 2 jam lebih, macam biasa laa kan. Tu belum ke Korea lagi. Sampai je, Abg Lan, senior dalam company dah kena ambik kat airport. Bahagianya rasa. Tak yah laa nak bersesak naik bas. First day, sampai2 je memang direct to HQ laa. Check-in hotel belakang punya citer. Janji dah booked laa. 


Our hotel was located next to Ampang Point. Dari sini leh nampak KLCC, kalau lapar aku boleh laa merayap gi Ampang Point cari makanan. Hahaha. Sebaris dengan hotel pun ada kedai makan gak. Tak laa susah bab nak cari makanan. Yang penting rajin mau jalan

 
Bila dah sampai hotel...

Nanti aku nak golek2 atas ni jadi sushi... 



Kat bawah hotel ni ada Sport Kopitiam. Yang menariknya tu, semua design dalam tu banner kelab2 bola sepak yang famous. Ada macam2 laa. Ramai gak orang pegi tempat ni kalau sebelah malam, siang macam kurang orang sikit laa. Aku tertarik dengan banner 'Mixer Galore' kat luar cafe ni. Tapi aku tak sempat pun nak pegi try apa rasa mixer galore tu. Hmmm.


Ambik gambar dengan bahagianya, lepas ni 
boleh dah berbungkus macam Sushi atas katil.. Ohoho..


Next day and the next2 day until Friday, sambung kelas. Dah macam kat kolej aku rasa. Siap pakai beg galas, buku nota dan pen sebijik. Dengar orang bercakap. Take note and simpan dalam kepala. Semua benda sama, yang beza cuma situasi kan? Field visit ke kilang. Seriously, aku belum pernah masuk any manufacturing area pun sebelum ni sampai laa aku keja dalam bidang offshore ni. Kilang kat Batu Caves. Pegi melawat, nampak laa cara dorang buat mechanical seal tu dari design sampai laa ke produk siap tu canne. Teringat pula tv show 'How They Do It' tu. Hahahaha.

(Part II)

♥kieyuka-hanie♥

2 comments: