October 31, 2013

The Doctor's Show :: Natural remedy for glowing skin..

Hi,

The Doctors show memang the best! Pasal pe, eventhough dorang selalu discuss pasal something yang tersangat-sangat ordinary like daily life, tapi ada benda yang kita tak tahu jugak! Contoh pasal, cahaya buatan dari alat elektronik yang boleh menganggu penghasilan melatonin dalam badan, juga rawat sengatan obor2 guna shaving cream, ganti makanan harian kita dengan makanan yang lebih rendah kalori dan banyak lagi. Excited betul aku nak share benda yang aku nampak dari show tu. Hfhhfhfhfh.

Tapi kali ni, nak share pasal bahan semulajadi, kat dapur mak korang pun leh dapat benda-benda ni, yang penting kena rajin je. Ye laa, benda-benda natural remedy ni kan remeh. Dah laa kena buat sendiri, kena tumbuk bahan laa, adun bahan laa. Memang remeh sangat. Tapi benda remeh ni laa yang kurang bahan kimia tahu.

So, masalah remaja, yang aku pun memang frust dengan benda ni ialah bahagian hidung yang selalu berminyak. Yang minyak lebih ni dipanggil exceed oil from skin yang tak boleh digunakan untuk masak-memasak. Sebab, naturally, kulit kita memang dah berminyak. Tapi, minyak lebihan ni kadang2 memang sangat-sangat melecehkan. Dah tu takkan nak tampal kertas serap minyak Clean & Clear tu atas hidung all the time sambil jalan2 kan. Masa sekolah dulu banyak yang buat camni. Nampak laa ada hidung2 yang bertampal dengan kertas biru tu bila kelas lepas rehat.

::Baking Soda & Hazelnut Powder::

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRv-75sk5xDG1oOYoUTxQMc44Sr3G_temKTIYswI1xqNYvqPJ6l&t=1 
Hey, its baking soda! 
Credited: Google
Dan yang ni serbuk Hazelnut, aku bagi kredit kat Google jugak.
5 star! Sila gembira sikit, Google.

How to do...??

Mungkin, seminggu sekali dah cukup buat benda ni, campurkan 1/2 sudu baking soda baki mak korang buat pancake dengan serbuk kacang hazel, tuangkan sikit air dan adun. Dah tu sapu kat bahagian T-zone yang berminyak tu. Biarkan 15 minit, pastu cuci. p/s Baking soda will exfoliate your skin a bit, so do not use it directly if you have skin allergy.

Eh, selain tu baking soda ni boleh jugak guna sebagai scrub tahu, yang ni aku dah test tadi. Hihihi. Tak laa ambik baking soda ni bulat2 tonyoh kat muka, campurkan dengan pencuci muka korang. Senang2 buat macam yang aku buat tadi. Letak sikit pencuci muka kat tapak tangan, ambik secubit baking soda ni, uli2 kat tapak tangan bagi sebati jap, pastu guna laa kat muka macam biasa. Eh, rasa macam guna scrub Nano White semula la! Hahah.

Ok, nak jimat duit buat mask pulak tak? Ni pulak, sila pergi ke kebun buah atok dan ambil sebiji buah betik & mangga. Bila dah letak kat muka mesti atok tak perasan punya laa yang tu dari kebun dia. Mesti dia bangga dengan cucu dia sebab dah menggunakan hasil kebun dengan sebaiknya. Ohohoho. Ok, jom sambung baca canne nak buat homemade natural mask.

::Mangga, Betik, Yogurt & Madu::


Ada skill macam nak buat dessert tak? Tapi malangnya sebab buah2an ni takkan jadi dessert menyelerakan seperti yang dibayangkan. Wei, nak tonyoh kat muka ni, boleh laa sambil sapu kat muka, makan sikit!

How to do..??

So, ambik semua benda ni, masukkan dalam blender & kisar jangan sampai jadi air. Kang bukan jadi mask, tapi jadi smoothies. Blend kejap je. Dah tu, ambik bahan yang dah siap blend tu, sapu kat muka. Lepas tu boleh laa baring2 kat tepi kolam sambil menikmati jus oren selama 15 minit. Wahh, bestnya kalau ada weekend yang macam ni kan. Emm, oh lepas tu, boleh laa cuci muka korang dan rasanya memang fresh laa kan.

Kenapa guna yogurt ni? Ok, yogurt ni ada asid laktik yang memang baik untuk kulit laa. Selain tu kan, kalau korang, ok yang ni part perempuan sikit mengalami 'keputihan', minum yogurt ni bagus untuk kurangkan benda tu. Yang ni info yang aku dapat dari sorang member yang kebetulan belajar medical. Terima kasih laa sebab bagi info ni, boleh laa aku kongsi dengan reader blog aku.

Baik laa. Dapat apa dari post ni? Dapat tips kan? Lalalalala...

Thanks for visiting.. ^_^v

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.