September 23, 2013

Hamster aku mati sebab serai..?

Salam semua ♥ 
(macam lagu Arron Aziz. Asal guna ayat ni, muzik dah terngiang2 kat telinga)

Entry kali ni kurang manfaatnya. Jika anda ingin tahu apa yang kurang manfaat tu, teruskan membaca. :D

Dah berapa lama blog ni belum di-up-to-date kan. Saja laa bagi spelling panjang sikit. Biar berpinar-pinar mata korang membaca. Padahal, aku baru update last week. Senanya, aku memang dah buat beberapa entry, tapi, bila story dah gantung disebabkan kekurangan idea dan bahan, aku save to draft. Bila dah save tu, aku punya laa malas nak sambung story tu balik. Malas giler. Semalas-malas hamster aku dulu, yang kerjanya cuma tido dan makan sepanjang hari, aku malas sikit laa dari dia, sebab dia malas banyak! Tapi, hamster yang pemalas tu dah mati disebabkan termakan serai. Pelik? Camni, camni, masa Form 3 dulu, aku ada pelihara sekor hamster ni. Tapi dia punya malas tu.. Sampai aku pun malas nak cerita. Aku bagi dia nama Hamtaro. Pengaruh kartun sangat ni... 

Hamtaro ni tamak giler. Dia punya tamak tu, mengalahkan orang kaya-kaya. Kalau masa aku bagi dia makan kuaci, dia suka sumbat banyak2 kuaci tu dalam mulut. Kalau segenggam kuaci tu, aku hulur sebijik2, dia rampas terus, oii, rakus sungguh engko ye! Pastu dia tak makan terus, dia sumbat banyak2 dalam mulut. Pastu buat muka dengan mata2 yang kuyu, nak mintak lagi laa tu. -_-" Besar jugak tangki binatang ni, badan dah laa kecik, keding. Tapi dia punya tamak tu. Ishh2.


Hamster aku dulu punya tamak macam ni laa. Tapi ni bukan hamster aku, ni hamster Google aku pinjam..

Ishh, kenapa laa haiwan ketot ni comel sangat. Macam nak buat topping cupcake je..
Ok, yang ni pun aku pinjam Google. Masa Form 3 dulu, aku belum pegang handphone lagi tahu. 
Untong arr budak2 sekarang, baru Taska/ Tadika dah pegang Tablet.. -_-

Orang yang jual hamster tu cakap, kalau nak mandikan, guna Bath Sand (khas untuk hamster). Tapi aku pulak hentam shampoo kucing aku. Kalau bukan shampoo kucing, shampoo mak aku. Haa~ dengan haruman Pantene lagi hamster aku. Mana ko nak cari hamster RM8 ringgit yang memakai shampoo harga RM16 ringgit? Bajet kaya laa kononnya hamster aku dulu. Pasal tu dia tamak.

Kisah kematian si Hamtaro tu agak sedih sikit. Aku klasifikasikan sebagai mati mengejut. Bukan kes pembunuhan bersiri. Pakcik aku dah gitau awal2, yang benda ni tak boleh makan makanan masin. So, maknanya makanan yang bergaram laa kan. Pasal tu kena bagi makan kuaci. Kalau sayur belum masak pun boleh kot. Dia tak memilih. Boleh survive ni dia kalau masuk tentera

Tapi asalkan jangan benda masin laa. Nama pun aku baru first time pelihara benda ni. Malam tu, mak aku masak kari ayam. Ada serai, ada kentang, sedap laa. Masa tu aku tengah makan, aku letak sangkar Hamtaro tu tak jauh sangat pun dari tempat aku makan. Masa tu dia tengah exercise. Semangat dia tu macam orang nak pegi gym. Bila malam, semangat sungguh dia exercise. Tapi kalau siang, pemalas giler. Tido je. Bila malam, berpeluh2 bersenam kat cycling box dia tu. 

Aku tengok dia semangat sangat tu, aku bagi laa daun serai yang kebetulan aku tercedok sekali masa nak ambik kuah tadi. Eh, dia makan pulak dengan rakusnya. Aku lupa pulak yang tu serai yang bergaram! Oh no. Dah aku lupa kan, dia pun semangat sungguh makan dan seperti biasa laa, adegan mata kuyunya akan kembali. Eh, malas betul aku nak tengok. Please laa jangan buat muka macam tu depan aku. So, aku pun bagi, bagi dan bagi je serai tu sikit2. Dah tu, dia bersenam balik laa lepas dah habis serai2 tu. 

Esok paginya, macam biasa laa, bangun tido je aku pegi tengok laa Hamtaro ni kat sangkar dia. Sarapan pagi laa ni tengok dia bersenam. Tapi, pagi tu aku tengok dia semacam je. Biasanya, kalau dia tak exercise, dia tido macam bola. Siap tergolek, bangun balik dan tetap tido dalam posisi yang sama walaupun tergolek ke belakang beberapa kali. Tapi pagi tu dia nampak macam layu je. Sakit perut kot sebab terlalu banyak makan serai semalam. Aku tak perasan lagi ni yang aku dah bagi dia makan serai kari ayam mak aku yang bergaram tu! 

Dah tengahari camtu, aku nampak dia terlentang atas cycling box dia. Aku try laa sentuh nak bagi gerak2 sikit. Keras dah badan dia, Dah mati laa! Haaaaa~ sedihnya aku time tu. Semalaman aku nangis sebab si ketot tu dah mati. Salah aku jugak laa, semangat sungguh nak bagi dia rasa serai tu. Siap hulur 2-3 helai lagi. Masa ni baru aku perasan pasal serai semalam tu, sebab aku siap investigate kan, apa benda last yang aku bagi kat dia semalam. Pengaruh CSI lagi. -_-"

Dari hari tu, aku belum pelihara hamster balik laa. First, sebab aku takut dia mati lagi. Second sebab hamster sekarang mahal, ada yang nak bagi free tak? Hahaha. Masuk tandas pun 30sen tahu! Nak free konon.
So memandangkan entry ni pasal hamster. Mula2 tadi belum ada tajuk lagi, so dah habis cerita baru aku bagi tajuk. And, tu laa tajuknya. Ini untuk mengelakkan aku lari topik lagi kalau buat tajuk awal2.

♥kieyuka-hanie♥

2 comments: