October 9, 2013

What to do after SPM? Institusi awam/ SSTC?

Malas jugak rupanya aku ni! Salah satu, malas nak update blog. Memandangkan blog ni cuma 1/5 apasal percentagenya kecik sangat? daripada life aku, sebab tu masa untuknya jugak agak kurang. Eh, helo.. Blog aku bukan citer pasal artis ke, berita semasa ke yang kena selalu update, so don't call me a brain-dead writer. Kalau ada bahan nak kongsi, aku update jugak pun.

Ok, siapa yang baca ni tergolong dalam golongan graduan, tak kira laa k, SPM/ Diploma/ Degree yang masih tanam anggur? Agak2 dah boleh supply Ribena tak? Ni nak share pasal something that we called it SSTC. (bukan 'we', tapi 'they'. Membahaskan diri sebagai 'we', bajet jadi salah sorang dari dorang laa tu..) SSTC. Promote SSTC nampak~

"Apa benda laa SSTC ni? Masa ambik Diploma dulu, tak pernah dengar pun pasal SSTC nih. Tetiba pulak ada kawan yang dah habis study cerita pasal SSTC ni. Curiosity aku tu makin tinggi sebab nama dia dah semacam...."

So, SSTC ni macam satu institusi yang bagi kursus kemahiran asas kepada budak2 lepasan SPM/ Diploma. Dia ni macam ILP atau IKBN ke? I think maybe. So kenapa nama dia SSTC? SSTC ni, stands for Sabah Skill & Technology Centre. Kalau kat tempat lain aku kurang tahu pulak. Almaklum lah, nama jugak baru tahu! And yang aku tahu tu, yang ni di Sabah laa.

Aku mulanya tak percaya jugak pasal institusi ni. Sebab apa, institusi ni dah laa baru. Nama pun aku tak pernah dengar. Kalau nama U ke biasa jugak aku dengar, ataupun institusi lain such as IKBN, GIATMARA, ASCOT atau ILP. Tapi, bila ada sorang senior, kira senior laa sebab dia batch awal lagi dari aku. Dia ni budak Account. So, ambik Dip.Account laa. Lepas je konvo, dia masuk kat SSTC ni, aku pun dah macam bangang nak fikir, bila masa pulak ada SSTC ni? Its like what? Kolej? Universiti? So, rupanya SSTC ni institusi laa.

SSTC ni ada sediakan pelbagai jenis training samada fully sponsored/ bayar sendiri. Ada 5 jenis kursus yang merangkumi Kemahiran Teknikal, ICT, Pengurusan (bukan pengurusan badan), Pengilangan dan Safety & Health. I think, semuanya berkaitan dengan sektor swasta laa ni.

SSTC ni, lebih kurang macam institusi kemahiran awam lain jugak laa kan. Yang bezanya, kat SSTC ni, training lebih kepada pengurusan. Kalau ILP/ IKBN camtu, is more to kemahiran teknikal kan.

Ok, budak2 lepasan SPM last year? How was it? Yang tak dapat masuk mana2 tu, jangan risau. Boleh try survey2 dulu pasal ni, lepas tu baru decide nak sambung belajar kat mana. Tak gitu? Eh, budak SPM tahun ni dah dekat2 nak ambil SPM laa kan? Belajar baik2 ok, adik aku dah sampai jadi nerd baca buku. Heheh. Goodluck semua. ^_^

♥kieyuka-hanie♥

1 comment:

  1. 2020 Batch Here Because of this Blog I Wouldnt have known anything about SSTC.. thanks For the Blog

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.