August 6, 2013

Semangat nak Raya...

5 hari sebelum Raya aku dah standby beli tiket feri. Kononnya, tak nak beli tiket last minute, takut nanti takda kosong pulak. Dah tu, keesokan harinya, awal pagi lagi dah gerak dari hostel sebab tiket feri aku jam 8 pagi. Perjalanan dari hostel ke Jesselton Town pula ambil masa 30 minit. Kalau jalan jammed giler, sejam setengah pun boleh sampai jugak.

So, aku dah arrange masa perjalanan tu supaya tak jadi kelam kabut. Yelaa, kita memang dah plan awal, tapi bila guna public transport ni, macam2 boleh berlaku kan. Lebih2 lagi kena singgah2 ambik penumpang. Tu yang aku gerak awal sangat tu, jam 6 pagi dah gerak dari rumah a.k.a hostel. 

Sampai je, tu pun lagi 10 minit nak boarding. Tengok, aku dah cakap kan, walaupun dah arrange masa baik2, ada keadaan yang tak terduga boleh melambatkan lagi masa tu. Kalau ikutkan hati, aku nak jalan kaki je dari terminal bas ke terminal feri, tapi disebabkan berpuasa dan aku tak nak low energy awal2 pagi, ditambah pulak berpeluh, kang orang fikir aku jogging pagi2 ni, siap pakai sweater dengan seluar jeans bagai.

Jesselton Point, Kota Kinabalu yang juga menempatkan bot-bot kecil untuk ke pulau lain selain Pulau Labuan, iaitu Pulau Gaya, Pulau Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan beberapa pulau lain.


Dalam perjalanan balik tu pula, ni aku maksudkan tengah laut sepanjang perjalanan aku, bermula dari pertengahan jalan sampai laa ke Labuan, aku tertarik dengan deretan awan ni yang berada dalam satu garisan lurus dan nampak seperti ada sebuah perarakan jugak. Dan dalam fikiran aku masa tu, terkena lagi bulan Ramadhan, ini salah satu keistimewaan dan keindahan yang jarang dapat aku nampak sendiri. Tak tahu pula laa orang lain. 

Nampak tak? Kalau tak nampak, sila sediakan kanta pembesar ok..

Deretan awan pelbagai bentuk ni berarak sepanjang perjalanan ke Labuan dan memang tak terasa bosan pun nak tengok sebab ada pelbagai bentuk. Dah otak masuk bidang seni macam aku ni, pelbagai watak aku interpret dari bentuk-bentuk awan tu. Agak2 aku boleh jumpa watak Nobita tak dalam kumpulan deretan awan tu?

Akhirnya sampai ke destinasi. Labuan ni cantik sebab ianya sebuah pelabuhan. Banyak kapal2 besar.

Tuh dia... Salah satu feri yang gerak dari Labuan dan itu bukan feri yang aku naik tadi. :)

Sampai je rumah, keja memang banyak yang kena buat, nak kemas ruang tamu, pasang langsir, buat kuih dan macam-macam lagi. Walhal, kebanyakannya beli 'kuih tunjuk' je pun. Tu pun, baru buat popiah kecik dah lenguh tangan dan badan dibuatnya. Sempat jugak aku tertido masa tengah gulung kuih tu. What the~ boleh pulak tido.

Tradisi yang satu ni pulak dah semakin pupus agaknya. Mungkin masih ada jugak, cuma di kampung yang buat, orang bandar dah jarang sekali nak buat benda ni. Tapi, bagi aku, benda ni dah jadi macam family tradition. Tiap kali menjelang Raya, mom aku akan ajak buat ketupat riben untuk dihias dalam rumah.



Aku jugak telah menggunakan khidmat adik2 pempuan aku untuk membuat kuih raya ni. Oleh sebab iolls kebanyakannya pempuan, maka jangan heran laa kalau aku panggil semua ke dapur.

Dan akhirnya, 3 jenis kuih ringkas ni pun siap. Walaupun tak banyak sangat, sekadar 5-6 balang kecil tu pun kira ok laa kan. 

Ni separuh dari hasilnya, nak gambar semua dah masuk balang lain dah..


Rasanya Raya tahun depan kena tambah kuantiti kot~ Kalau rajin, bertambah laa, kalau tak, tengoklah. Hee~ 

Salam Aidilfitri.. ^___^v <-- Senyum lebar sempena Raya yang meriah..

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.