August 12, 2013

[Product Review] Its Bioglo, not Gigolo..

Dah lama tak buat entry pasal skincare kan? Kenapa nama product skincare kali ni pelik semacam je kan. Ok, aku secara tak sengaja pun nampak ejaan produk ni macam G****o. Pelik jugak aku, apasal aneh sangat branding dorang ni kan. Tapi bila dah sampai depan rak, laa~ spelling tu Bioglo laa~ Bukan G****o. Jadi branding dorang ni tak salah laa, mata aku yang salah tengok. 

Setelah puas mencuba segala macam brand for body lotion, aku rasa macam kali ni aku falling in love dengan produk ni pulak. Walhal, brand lain tu, pakai baru sampai separuh dah membeli brand lain pulak. Yang ada tu terbiar camtu je, membazir betul aku ni. Tapi takpa, sekarang dah nak belajar kurangkan pembaziran laa. Tapi beli jugak benda ni akhirnya. -__-"

Ni laa dia Bioglo... Dengan harga <RM25, boleh didapati kat cawangan Cosway. Untuk info lebih banyak mengenai produk Cosway, boleh klik sini.

Apa yang best dengan Bioglo ni?
I admit that product ni kurang dikenali tapi I'm satisfied with it sebab harumnya yang sangat elegen dan lembut. Bioglo body lotion ni jugak rasa ringan je nak pakai, tak melekit dan ada SPF15 yang menjadi sun-protection bila korang berada di bawah matahari. Best tak?
  • sumber gambar dari Google

Ok, tu je untuk review skincare kali ni, selamat mencuba. ^__^v

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment