August 3, 2013

Final project, SUCCESS..!!

Dah lama tak update post. Seyes, rindu tahu! But, meskipun kebelakangan ni jarang update post, thanks to visitor yang masih setia melawat blog berhantu seketika nih. Well, tak jugak laa sampai camtu sangat kan.. Mungkin ada sikit. Sikit laa.. Aku tau, kalau aku update pun kekadang ada yang tak perasan ada new entry sebab top hit keyword to my blog is about interview. Ngee~

Final project aku dah tamat. Presentation pun dah lepas. So, ini bermakna, secara tak rasminya aku dah habis study as a Diploma student. Yang rasminya, kena tunggu convo dulu la ye! Hoho. But, I'm not as happy as I should be sebab kena pisah dengan kawan2 dah. Housemate, jugak coursemate. Sedih kan? Baik laa, ni bukan cerita sinetron nak layan feeling2.

3 weeks before, I was like an owl. Sebab apa, berjaga diwaktu malam, tido sekejap around 2/3 hours then berjaga balik. Except kalau aku dah ngantok sangat. Demi engkau wahai Final Project. Demi engkau. Touching tak? Baik laa, course aku ni tak laa mencabar sangat macam course engineering, doctor, scientist, about astronomy bla bla bla. But, ia jadi mencabar bila korang kena fikir design, dan cara nak marketkan benda tu based on design. Aku pula peminat benda-benda comel, so memang adventurous giler bila dapat topik sukan. Faham tak? Aku pun tak faham so, kita skip part ni ye. 

Intro aku pun dah panjang sangat. Tu tak sampai panjang giler lagi. Kang mengantok pulak korang nak baca. Intro pun dah mengarut semacam. Sabar, jangan laa marah. Kan saya yang menaip. Korang baca je kan. Part final project ni, kenapa excited sangat aku nak cerita? Haa~ sebab, aku excited sangat dengan title yang aku pilih. Its about skimboarding. Anda tahu pasal sukan ni? Based on uji kaji secara rawak aku, mostly, they talked about surfing, while I was talking about skimming. Dalam kepala aku memang dah fikir, budak ni pehal pulak masuk topik surfing. Korang pun keliru ke?

Bagi tidak membingungkan juga mencelarukan fikiran korang. Biar aku bagi penjelasan sikit. Skimboarding memang lebiih kurang macam surfing. Yang bezanya cuma gaya permainan. Kalau skimming, (i meant skimboarding) bermula dari tepi pantai, maknanya cuma memerlukan ombak sederhana. Surfing pula memerlukan ombak yang besar. Ni mesti korang biasa nampak kat tv. Jangan libatkan skateboard pulak ye. Nama memang sama, tapi bukan dia. Kalau tu memang langsung takda kena mengena. 

Bermula dengan ni... Yang ni ambik masa kat studio grafik. Meja memang dah semak giler, sampai aku sendiri pun sakit kepala nak tengok banyak benda.

Sketching yang dah nak hampir siap...

Kertas projek...

And the best part is...
Setting display booth..






Maka dengan berakhirnya final project ini, bebas laa aku time raya ni.. Seronok kan.. Beraya tanpa memikirkan kerja lagi. Raya tak lama lagi kan? Apa persiapan korang? Tak sabar rasanya nak raya. Kehangatan pagi raya makin terasa. Wee~ Ok, tu je laa untuk kali ni ye.. 

Thanks for visiting ^_^v

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment