July 12, 2013

Mobile Blogger

Ok, senanya aku memang tak suka nak update blog guna mobile blogger. Sebab apa, susah nak adjust, lambat nak upload gambar, and there's no other function except create and view post. Its called 'sengal tahu'. Tapi, buat masa ni takda pilihan lain selain ni je laa. Lagipun aku sebok dengan final project, kalau guna laptop confirm 2/3 jam nak tulis satu entry. Mana lagi nak tengok Youtube, browsing cari wallpaper bagai.

Minggu lepas aku habiskan masa kat kolej, buat keja. Kena jugak laa aku gerak ke kolej. Sebab kalau kat rumah nampak bantal dan katil, mesti terasa nak golek2 atas katil. Dah tu mula laa mata tu gatal nak tido. Kena-kena lagi masa puasa ni. Hfhfhfhf... <--- Ni bahasa hape entah. Macam org gelak pun bukan kan..

Haa~ ni laa yang tak sioknya mobile blogger ni. Tengok. Part ni kiranya nak letak photo, tengok dari mana nak ambil gambar.. Kena jugak keluar jap dari bahagian editing text. Ok, mungkin tak pro lagi kot aku guna benda ni.. Cehh.. Takpa laa. Aku upload sekeping je laa nanti. (Eh,dah jadi dua keping..) Hari ni dah masuk puasa ke-4  kan? Selamat berpuasa korang... Jangan banyak membazir tahu masa puasa. Jangan cakap tak tahu laa kenapa sebab tu nafsu sendiri ok. Baiklah.. Iolls pun dah belajar nak berjimat tahu.



**Setelah hampir dua minggu baru aku perasan yang entry ni tak habis ceta lagi. Disebabkan tak ada closing. Bila dah buka balik baru perasan. Sory laa cerita gantung... 

♥kieyuka-hanie

No comments:

Post a Comment