June 11, 2013

Special entry...

Ada yang bertanya pasal border Malaysia dengan negara2 sempadannya, especially yang nak pegi interview Imigresen dengan Kastam dalam bulan ni so rasanya kena buat special entry kot kali ni. Memang susah jugak nak cari nama sempadan-sempadan ni kalau sekadar nak taip2 then search sebab rasanya tak banyak orang yang citer pasal border ni. Yelaa, agaknnya benda remeh sangat kan. Remeh ke?

Pasal negara kita bersempadan dengan negara apa memang general question rasanya. Majoriti semua leh jawab. Walaupun tergagap-gagap lagi nak mengingat. Malaysia bersempadan dengan 5 buah negara dan terbahagi kepada sempadan darat dan laut iaitu Filipina, Indonesia, Brunei, Singapura & Thailand.

Dah general question senang nak jawab, canne pulak dengan nama-nama sempadan tu? Fening iolls cari2 tahu. Ada jugak laa jumpa kat blog2 traveller, dan other websites. Thanks uolls yang ada berkongsi pasal benda ni. Info yang iolls dapat ni tak seberapa laa kot, mungkin ada kekurangan lagi :) 



  • Malaysia & Filipina bersempadan melalui sempadan perairan Sabah-Selatan Filipina dan jalan yang menghubungkan kedua buah negara ini hanyalah melalui jalan air & udara.
  • Malaysia & Indonesia bersempadan darat iaitu melalui Sabah dan Sarawak. Pegalungan ialah sempadan diantara Sabah-Indonesia juga merupakan sempadan Imigresen bagi negara Malaysia-Indonesia. Sarawak-Indonesia juga dihubungkan melalui sempadan darat antara dua negara iaitu Tebedu (Sarawak)-Entikong (Indonesia).  Juga terdapat beberapa bahagian yang menempatkan pos-pos Imigresen seperti Kampung Stass (Bau, dalam Bahagian Kuching), Kerangas Gayau (Lachau dalam Bahagian Sri Aman) dan Long Banga (di Ulu Baram dalam Bahagian Miri)Sarawak semestinya mempunyai banyak pos Imigresen selain yang aku mention tadi sebab negeri ini bersempadan sepenuhnya (bahagian selatan) dengan Indonesia. Dari peta juga kita boleh nampak kan. Ye tak?
  • Malaysia & Brunei juga bersempadan darat melalui Sabah & Sarawak juga boleh berhubung melalui jalan air & udara dengan Wilayah Persekutuan Labuan. Malaysia juga bersempadan perairan Malaysia-Sumatera Indonesia melalui Selat Melaka. Untuk ke Sarawak je dari Sabah (jalan darat melalui Brunei) ada 5 pos Imigresen juga merupakan sempadan antara Sabah-Brunei-Sarawak. Dari Sabah, pos pertama ialah:


  1. Pos Kawalan Imigresen Sindumin, Sabah - Pos Kawalan Imigresen Merapok (Lawas) Sarawak. 
  2. Pos Kawalan Imigresen Mengkalap (Lawas) - Pos Kawalan Imigresen Labu (Temburong), Brunei
  3. Pos Kawalan Imigresen Puni (Temburong) Brunei - Pos Kawalan Imigresen Pandaruan (Limbang), Sarawak
  4. Pos Kawalan Imigresen Tedungan (Limbang), Sarawak - Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Brunei
  5. Dan yang terakhir sekali, Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh (Kuala Belait), Brunei - Pos Kawalan Sungai Tujoh (Miri), Sarawak.

  • Malaysia & Singapura pula bersempadan perairan dengan negeri Johor. Boleh dihubungkan melalui jalan air, darat & udara. Laluan masuk/ sempadan antara dua negara ini ialah di Tambak Johor & Gelang Patah.
  • Malaysia & Thailand. Thailand pula mempunyai sempadan dengan Malaysia melalui empat buah negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Perak & Kelantan.

  1. Perlis : Wang Kelian, Perlis - Wang Prachan, Thailand
  2. Kedah : Bukit Kayu Hitam
  3. Perak : Pengkalan Hulu (Betong)
  4. Kelantan : Rantau Panjang (Golok)

So, korang dah tahu pasal sempadan Malaysia ni kan? Senang tak? Atau confused? Kalau confused boleh laa baca balik2 ea. ^__^

Thanks for visit...:)

♥kieyuka-hanie♥

11 comments:

  1. okayy, pening la jugak. tapi, as malaysian should know bende2 macam ni rasanya. proud to be malaysian . hehehe :p

    ReplyDelete
  2. Yes, mesti Cek Nad, mesti tahu.. :)

    ReplyDelete
  3. thanks ya... very helpful <3

    ReplyDelete
  4. Heу there, You've done a gгeаt jоb.
    I wіll certainly digg it anԁ personally rеcommеnd to
    mу friends. Ι am confident thеy
    will be benefіtеd fгom this site.

    Feel free to ѵisit my рage ... meteo france frejus 83

    ReplyDelete
  5. hai zara,nk tnya ya?sy ada interview pgwaai imgresen 20 hb neh,sy ad dgr kwn2 ckp kalau pihak interviewer tahu yg calon dah ad diploma,diorg akn reject terus ke?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lily jack, kena reject atau tak itu belakang kira, just buat sehabis baik time interview mudah-mudahan dimurahkan rezeki. Setahu saya pihak SPA sendiri telah menetapkan jwatn SPM boleh dipohon oleh lulusan diploma dan ijazah. Bagi saya mereka tetap akan pertimbangkan walaupun tau kmu m'punyai lulusan yang lebih tinggi. Good luck!

      Delete
  6. sgt membantu blog awak ni.sy inteview kp17 esok.wish me luck k oulsss.tq si manis Ney'zara Mazna

    ReplyDelete
  7. esok ade tmuduga utk penolong penguasa kastam gred w17..mmg berdebar giler kot..btw thanks 4 sharing..

    ReplyDelete
  8. Entri sangat membantu. Terima kasih, kawan! :)

    ReplyDelete
  9. Tq dear...sangat membantu.,,,wish me luck untuk interview penolong penguasa imigresen 25hb 11 nanti :)

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.