June 24, 2013

Jadi senior dah..

Dari sekolah rendah, sampai laa ke menengah, sampai laa ke IPT! Cita2 dalam sekolah, sume nak jadi senior. Kenapa hah? Kalau ko tanya aku, confirm2 aku jawab, jadi senior best, bila jumpa junior dorang respect sikit. Pastu bila dah senior, bermakna, tak lama lagi nak habis study dah laa. Kan kan kan? 

Eleh, memang benda ni pun yang ditunggu2 kan... Aku dah final year! Yeah.. Bukan sahaja final year, tapi sem ini jugak ialah final sem aku. Jadi, tu bermakna, sem depan aku dah tak payah nak pegi tunjuk muka depan Kaunter A&R kat kolej untuk register. Hahah. Cekak pinggang dan senyum bangga. Laa~ macam hebat sangat. Baru habis sem. Keja tak confirm lagi.

Selama jadi student ni for 2 years and a half ni, memang agak struggle. Tapi, kolej weolls tak laa buat struggle sangat. Selagi ko buat assignment dan hantar on time. Nothings matter laa. Lebih banyak masa ko akan jadi freetime. Ko nak lepak2 atas katil baca magazine, tengok kartun, baca novel atau kira bintang ke malam2, suka hati. Asalkan tugasan pun kena buat jugak laa. Senang tak jadi student?

Masa jadi student ni jugak laa banyak halangan, kekangan, masalah... Apa lagi yang aku boleh kaitakan disini? Hah! Dugaan tu yang penting sangat. Mana tak nya, dah laa masa nak pegi belajar sini dah ambik masa nak decide. Dapat interview itu ini pulak, bila dah sambung, dah setengah tahun study, dapat lagi. Nasib laa belum menyangkut lagi time tu.. Kalau tak, sayang iolls nak bayar PT tahu... Dah hujung2 nak abis study ni pulak.. Ada lagi.. Why laa korang tak tunggu sebulan dua lagi nak buat pengambilan... Bingung nak cakap canne. Kang cakap belum habis belajar, langsung tak kena ambik.. Takkan nak tipu... Dosa tahu.. Tapi orang cakap, tipu sunat takpa. Ni confused ni. Dari mana dorang dapat istilah 'tipu sunat' ni?

Ok laa.. Tak nak fikir panjang2 pasal benda tu, sebab tak sure lagi nak dapat kalau benda2 interview ni kan. So, we focus on our final project. Haa~ part final project ni aku rasa macam aku dalam U pulak. Haa~ yalaa kan, before this, kalau weolls buat kerja, tak yah buat research banyak2. Sebab weolls punya course buat design je pun. Tapi final ni pulak dah~~~ Bingung..
Nak buat proposal mende, nak buat tu, nak buat ni. Research banyak2. Sabar~ Hahah... Bab proposal ni laa yang buat fening sikit. Nak buat ayat tu, aduh.. Aku perlukan tempat yang tenang sikit please. Tapi bila dah tempat senyap, mata ni pulak gatal nak tido.. Tak boleh ke bagi aku support sikit wahai si mata? Aku rasa aku kena pergi waterfall kot. Ke, dekat2 sungai camtu... Haa~ baru feel2 fresh sikit nak buat ayat. Laa~ area sini mana ada waterfall! How about shower? Hahahah~ nak feeling waterfall laa sangat!

Btw, final projek ni aku nak buat pasal sukan luncur air. Ada sesiapa yang ada info tak? Boleh bagi info sikit? Malaysia tak femes lagi bab sukan ni... Ada sesetengah area je kot yang femes sukan ni. Eh, sukan ni ada masuk SUKMA tak? Wahhh~ dah mengarut apa benda ni kan? Iolls tak tahu ok.. Jadi, siapa ada info tu boleh laa share2 kan.. 

Thanks for visit :)

♥kieyuka-hanie♥

2 comments:

  1. Dah jadi senior dah! Tahniah! Tapi bab final project tu adalah amat menyeksakan masa zaman2 akak study dulu.. Masa tu lah kalau nak tengok pelbagai spesies jerawat kuar kat muka2 student.. Stress katanya.. Gugugu~~ Btw, gudluck on ur final project! Nak tolong bagi info pun tak tau.. Huhu.. Google jer.. Hehehehe..

    ReplyDelete
  2. Thanks akak...
    Wah, pelbagai jenis jerawat ye..
    Hahah... Skrg ni pun macam dah nak ada jerawat..
    Stress ooo~ :)

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.