June 26, 2013

Cara nak pilih kasut yang sesuai...

Hi semua...
Mesti ramai yang sekarang datang singgah ke blog ni pasal nak tengok tips interview kan? Apa2 pun, goodluck sume. Semoga berjaya. Meskipun, sebenarnya apa yang aku share kat blog ni tak laa seberapa pun kan. Banyak lagi blogger2 lain yang share benda yang sama. Ok laa, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang2 baca, biar sampai habis.. Haaa~ saja nak psycho otak korang sikit dengan menggunakan peribahasa hangkang..

Ok laa, hari ni aku nak share pasal tips beli kasut. Terutamanya bagi kita si kaum pempuan. Cik abang sekalian, yang pegi keluar dengan awek korang, bila dia nak masuk kedai beli barang, tolong laa bersabar sebab orang pempuan sememangnya cerewet~ Hahah.. Tak terkecuali sesetengah kaum lelaki pun camni jugak. Biasanya canne kalau korang nak beli kasut? Tengok pattern? Tengok design? Colour? Ikut trend atau main hentam je? Kalau korang bagi sume jawapan macam yang aku soal. Korang memang trendy laa! Tabik~~ 

Trendy tu trendy jugak, tapi korang tau tak, pilih kasut yang salah boleh bawak masalah nanti? Tak caye? Nak caye ke tak, korang kena percaya jugak! Wah paksaan~ Aku pun kalau bab kasut memang cerewet sikit. Bila design tak cantik, orang seni laa katakan kaler tak cantik, macam2 laa. Yang buat lagi sakit hati, bila tengok dari display area nampak cantik, bila dah try, rasa pelik semacam. Korang pun tahu kan yang sekarang ni kasut pun dah ada macam2 design. Macam Lady Gaga pun ada jugak.

Tips Nak Pilih Kasut...
Nak beli kasut memang senang, tapi nak pilih yang sesuai tu memang susah. Kadang2 tak semua kedai akan display/ jual benda yang sama. So, pendek kata, ko kena round2 dulu. Kan banyak pilihan.. Ye tak?

1. Puaskan dulu mata memandang..
Bab ni, senang je.. Bila korang nak puaskan hati korang, kena puaskan mata dulu. Round2 sekitar mall dulu, bila dah jumpa yang memang dah berkenan baru beli. Kalau aku nak beli kasut, kalau boleh, satu mall tu aku nak round dulu. Bila rasa2 dah puas cari, baru aku balik ke kedai yang aku dah target kasut tu untuk beli. Kaedah ni hanya untuk mereka yang tahan nak berjalan..

2. Cari kasut yang sesuai..
Bagi aku, kasut yang sesuai ialah kasut yang tak sakitkan kaki aku, kalau dah sakit, canne aku nak jalan kan? Pastu, aku boleh pakai bila2 masa yang aku suka, tak yah terhad untuk satu occasion/ hanya untuk masa yang sesuai. Kasut kat mall semua memang nampak cantik dan bergaya, tapi apa guna bergaya kalau menyakitkan kaki sendiri kan?

3. Beli kasut ikut keadaan..
Yang ni pulak bukan berkaitan dengan keadaan cuaca ke hape k, yang ni maksudnya keadaan kaki korang. Ada tak yang alami masalah kaki berbau busuk? Haa~ ni bukan hanya terjadi pada kaum lelaki. Kaum pempuan jugak. Kalau tak nak kaki berbau, kena laa jaga kebersihan kaki. Kat rumah pun boleh buat macam iolls.. (Home Pedi&Manicure) 
Bagi korang yang ada problem ni, better jangan beli jenis kasut yang bertutup. Maksud aku yang macam sneakers, ballet plat, apa lagi boots! Hahah... Kalau nak beli, cari kasut yang boleh bagi pengudaraan yang baik untuk kaki korang k..

4. Jangan sempit/ longgar sangat..
Ada jugak ke yang nak beli kasut sempit? Ada! Ni yang rasa kasut tu cantik sangat, pastu dalam fikiran 'eleh, saiz aku 38, 37 je yang ada. Beli je, nanti pandai longgar sikit jugak' Beli laa kalau nak beli sangat. Bila kaki dah melecet, jangan komplen pulak, blame it to the shoes pulak..

5. Jalan2 sikit dalam kedai guna kasut tu..
Tauke yang sporting takkan marah selagi ko tak bawak lari kasut tu keluar. Tapi dia akan marah bila ko test2 kasut tapi tak nak beli. Haa~ ni yang masalah jugak kan bila masuk kedai. Takpe, rasanya tauke kedai tu takkan marah kot bila ko minta saiz yang sesuai, pastu try, jalan2 sikit dalam kedai tu, then beli jika berkenan. Alah, try je, bukan nak bawa lari pun kan. Test dulu dalam kedai, selesa nak pakai ke tak..

6. Pilih kaler yang sesuai..
Kalau nak pilih kasut, macam aku cakap kat atas tadi, aku suka beli kasut yang boleh dipakai untuk pelbagai occasion. Paling penting boleh matching mana2 kaler baju yang aku nak pakai. Before this aku lebih prefer kaler hitam, grey, putih & coklat. BUt for this year, dengan tak semena-mena, aku boleh fall in love dengan kaler nude pulak... Bahagian ni je laa yang aku letak gambar... 

The one from 8th Avenue

Ni antara kasut yang aku beli tahun ni.. Amacam kaler? Ok tak? Nude ni jadi faveret aku sebab dia boleh matching mana2 kaler. Lagipun nampak natural kan... Tapi bahagian kaler ni aku rasa terpulang kot nak pilih.. Tak yah laa ikut sangat idea nih! Bukan apa, yelaa~ sekarang kan K-Pop dah menguasai diri anak muda. Yang sekarang ni pakai seluar kuning menyala + baju biru tua + kasut pink = K-Pop dah ke? Dah, semua dah terang kan? Lepas ni boleh laa korang pilih kasut yang sesuai... Tak yah fening2 lagi... :D

Thanks for visit...

kieyuka-hanie

4 comments:

  1. Kalau aku berjalan-jalan shopping dgn isteri, aku tunggu luar kedai kasut je...haha..

    ReplyDelete
  2. mcm mne nak cari kasut yang sesuai utk lantai licin & berminyak

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.