March 15, 2013

Thinking BIG, BIG & BIG...

Assalammualaikum...

Meskipun pada hakikatnya aku ni jenis yang tak suka nak baca buku tebal-tebal, tapi kadang-kadang rasa macam nak sangat kumpul buku banyak-banyak. Kalau nak cakap novel, tanya laa aku, confirm aku tak tau. Bhahahaha.

Bukan laa aku malas nak membaca sebenarnya, but kekadang tengok jenis buku jugak. Kalau buku pasal self-motivation, emm tu mungkin aku baca kot, bergantung pada tajuk jugak laa. And dengan jasa baik Kerajaan Malaysia kita yang telah memberikan Baucer Buku 1 Malaysia kepada semua pelajar IPTA/IPTS, dapat laa dimanfaatkan untuk tambah ilmu korang kan! Ada setuju? Ke~~ korang habiskan untuk membeli segala gadget dan benda-benda yang kurang bermanfaat? Hehh~ mesti ada jugak kan? Well, terpulang kat individu laa jugak kan macam mana nak manfaatkan benda tu.

So, kalau aku pulak, baru petang tadi keluar jalan-jalan dengan course-mates. Tambahan, nak cari buku jugak laa. Jalan punya jalan, searching punya searching, aku pun terjumpa laa dengan buku ni. 

Think BIG, BIG & BIG!! You'll be great!

Baru nak baca ok. Macam best je kan. Yang ni edisi BM. Cari yang English takda pulak. BM pun BM laa... Janji leh baca...:) Salah satu topik yang aku tertarik, "Pulihkan Diri Kita Dari Penyakit Alasan". Haa~ kaww kaww tak topiknya. Memang ada dalam diri semua orang kan? Tak kira student, cikgu, pemerintah, rakyat, dan yang paling banyak alasan, budak-budak laa. I admitted it sebab aku masa kecik-kecik pun camtu.

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment