March 16, 2013

Kita hidup dengan penyakit ALASAN...

Assalammualaikum...

Siapa yang tak pernah bagi alasan? Mesti semua orang pun pernah kan? Lepas bagi alasan tu korang rasa apa? Lega? Senang hati? Ataupun tak merasa apa-apa? Ni dah kronik ni. Better go to buat some examination untuk hati korang laa ye bagi yang tak merasa apa-apa? Wah wah.. Semenjak aku baca buku 'The Magic Of Thinking Big' tu, dah macam mencurah-curah idea aku nak post kat blog ni. So, jangan heran bila dalam masa seminggu ni aku asyik post pasal self-motivation je ea..

Pernah tak korang memberi pelbagai alasan? Kalau bab bagi alasan ni, memang dah puas aku dengar, dari laa zaman budak-budak, ke zaman persekolahan until now laa. Aku rasa laa kan, mesti cikgu-cikgu pun dah naik fed-up. Pasal apa, tiap tahun, bila masuk kelas, tanya 'dah siap homework tak?' Masing-masing dah siap hafal alasan dalam kepala kan? Hee~ so, tak heran laa mengapa kita hidup dengan penuh alasan, sebab dah memang kita membesar dengan 1001 alasan kan.

Alasan ni sebenarnya penyakit tau. Ni penyakit yang paling kronik sekali. Kalau tak dirawat, dia akan makan sel-sel ko dan ko masih terus hidup laa jugak. Tapi..... Hidup dengan alasan! Sanggup ke? Orang pun tak sanggup nak dengar alasan-alasan tu, bagaimana pulak ko boleh sanggup tinggal dengan alasan tu? 

Orang yang hidup dengan pelbagai alasan ni sebenarnya membosankan. Sebab apa, bila ditanya itu dan ini, dia akan berusaha dan terus berjuang untuk hidup dengan alasannya. Macam mana tu? Sanggup tak? Bagi bos-bos besar, sanggup tak ada pekerja yang banyak alasan? Bila ditanya kenapa kerja tak siap, dia boleh bagi alasan dari A sampai Z. Akhirnya, bos sendiri yang terpaksa angkat bendera putih daripada terus dengar alasan tu. 

Bagaimana pulak dengan anak yang mempunyai ibu bapa yang banyak alasan? Mesti bosan jugak kan. Mana tak bosan, asal kita cakap ni, mereka cakap tu. Berbeza pulak dengan ibu bapa, ada anak yang banyak sangat alasan. Ko nak ceramah motivasi kat dia sekalipun takda maknanya, melainkan nasihat dia dengan cara yang lebih drastik. Pendek kata, semua orang pun akan memberi alasan. Takdanya orang marketing yang takda alasan, doktor, saintis, angkasawan, tukang masak, penjual VCD haram pun ada alasan tersendiri tau! Yang berbeza hanya laa samada alasan itu negatif atau positif. Itu je. 

Kalau nak bagi alasan pada diri pun, cari laa alasan yang positif dan boleh membina diri. Bukannya alasan yang ko nak tinggal copy and paste je dari last-last year lagi. Contoh laa, kalau ko ni tak laa bijak sangat dalam akademik ke apa, mesti ada yang bagi alasan, mak ayah susah laa, takda masa nak study laa, takda otak macam Einstein laa dan sebagainya. Macam mana nak maju kalau ko sendiri yang nak jatuhkan diri ko. Dah tu, bila jatuh, salahkan orang lain. Come on friends, rezeki takkan datang bergolek. Pernah dengar tak ayat tu? Kalau sentiasa hidup dengan alasan mengapa kita gagal, sudah tentu kita takkan pernah nak merasa pun erti kejayaan kan? So, stop and stay away from this habits yang suka nak bagi alasan dan together-gether laa kita cuba untuk ubah diri ke arah yang lebih baik okai!. Salam sayang you all :)

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment