March 27, 2013

[Product Review] Ginvera Nutri White

Assalammualaikum...

Memang tak dapat dinafikan, perempuan ni, rata-ratanya semua produk kat TV dia nak cuba kan. Nampak produk tu kononnye berkesan bila duta yang guna produk tu kulit putih melepak bak mat saleh. Gojess dengan kulit yang lembut dan gebu bak kulit bayi. Ko tak tau lagi dorang dah berhabis setting lampu studio, makeup, editing semua laa. Hahaha, kawan aku ambik bidang broadcasting, so tau laa serba sikit dorang buat iklan TV tu canne. Lagi satu, mostly duta yang dorang bagi pakai produk dorang tu memang laa dah cantik, dah memang gebu kulitnya. Kitorang ni? krik... krik... krik...

Tapi, itu bukan laa jadi penghalang korang nak cuba produk lain. Selagi tak bagi side effect dengan kulit, selagi kulit korang boleh menerima dengan baik, cuba je laa. Tapi ingat, jangan gunakan dua produk yang berbeza dalam satu masa. Gunakan asing2. Nanti tak pasal2 dapat masalah keradangan pada kulit pulak.


Tadaaa~ apa kata cuba produk-produk yang guna natural ingredients.. Contohnya.. Ginvera Nutri White Series.

source : Ginvera.com
Ginvera Hydrasoft Refining Toner & Marvel Gel
Yang ni pulak jumpa kat Guardian, tu pun tinggal 2 je lagi, nasib baik sempat grab one..

Seriously, memang susah nak cari one-set produk ne kat sini. Watson pun just jual toner and marvel gel. Erggh. Ini tidak adil!
Apa kebaikan produk ne?
  • Ginvera Hydrasoft Refining Toner - ni enriched with natural White Tea Extract, Licorice Extract, Vitamins C (tak payah nak suntik lagi laa..) dan Vitamin E. Toner ni jugak di'blend'kan dengan Biogel yang bantu peredaran darah dan oksigen (eh, ada jugak benda macam nih..) dan lagi satu, meng-hidrate-kan kulit uolls serta mengecilkan pori-pori (ada bunyi macam pari-pari jugak kan..)
  • Ginvera Marvel Gel - Marvel gel ni pulak diguna untuk mengelupaskan kulit-kulit mati. (Mati ke tidak, aku tak perasan pun..) Gel ni lembut je bila nak pakai, takda laa macam exfoliate gel yang penuh serbuk like pasir laa bagai kan. Gel ni uolls boleh jugak gunakan untuk tanggalkan mekap, sebagai ganti makeup remover laa kan.
  • Ginvera Hydrasoft Cleanser - dan yang ni pulak, kaya benor dia dengan ramuan Ginsengnya. Aloe Vera pun ada. Best choice laa bagi yang ada masalah kulit. Sebab, biasanya, pencuci muka yang ada banyak bahan kimia tu pun boleh bagi kulit uolls tambah meradang lagi tau.
Ada banyak lagi sebenarnya produk yang guna natural ingredients ni, yang penting kena rajin baca je laa ramuan kat belakang packaging tu. Yang terbaik untuk kulit sendiri jugak kan...:)

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment