February 26, 2013

Pengetahuan + Kemahiran

Ni khusus bagi sesiapa yang belum ada planing apa-apa walaupun dah ambik Diploma.

What??! Seriously yang uolls belum ada planning apa-apa? Whoa~ bahaya ni.. Ni kira tahap kritikal dah ok. But, meskipun ni dah tahap kritikal, lets think about it back for a while. Rasanya fasal apa laa korang belum ada planning apa-apa? Emm, mungkin ada yang masa Diploma buat sambil lewa, ataupun selalu ponteng class, ataupun, uolls memang takda minat pun nak belajar, tapi telah dipaksa oleh pihak-pihak tertentu?? (Budaya terpaksa ni masih wujud lagi agaknya..)

Buang fikiran uolls tu ke tenggara Malaysia or wherever laa yang akan buat uolls lupa sama sekali pasal benda tu. Ini cuma motivasi untuk menenangkan fikiran, sebab kalau aku cakap suruh kosongkan fikiran, tak mungkin uolls boleh buat kan. So, bila dah buang fikiran negatif tu jauh-jauh, cuba fikir balik laa, tujuan uolls belajar. For what actually? Adakah untuk berbangga..

"Hey, orang-orang kampung! Aku dah ada Diploma weyh!!"

Atau, adakah untuk saja-saja...

"Aku senanye tak nak belajar dah, ni pun terpaksa..."

ATAUpun... untuk buang boring sebab takda benda nak buat kat rumah? Hey, uolls.. 18K, 24K, atau 60K (macam dah jenis emas je aku tengok..) yang uolls pinjam kat PTPTN tu, bukan wang kebajikan yang leh dapat free tahu. Memang laa tak semua kan pinjam PTPTN, tapi, meskipun tu duit parents uolls, kalau tak kerja/ tanpa usaha, takkan dapat punya ok.. Ada pulak duit tu datang sendiri depan uolls, takda kan? So, think wisely about that...

Tapi, overall... Kadang-kadang bukan salah uolls jugak kan, mungkin ada yang kurang informasi masa lepas ambil SPM dulu (lebih kurang macam aku kot..) ataupun, result SPM yang uolls dapat tak cukup syarat untuk sambung study. Rileks, bukan semua budak IPTA/IPTS/Overseas akan success tahu. Tu jugak bukan cuma bergantung pada nasib, kalau semua tu bergantung pada nasib, buat apa aku nak dok belajar jauh-jauh kan.. Mungkin kalau duduk kat rumah je pun leh dapat keja yang mantap. Itu kalau uolls anggap hidup ni cuma bergantung pada nasib.

Jangan sedih laa bila dapat result yang tak berapa nak ok lepas Diploma, Sijil ke apa, mungkin uolls tak sepatutnya berada dalam bidang tu, banyak lagi bidang lain yang uolls boleh ceburi. Baru-baru ni aku attend satu event, Skilltech Institute convocation kat Kompleks JKKN Sabah. 


Institusi ni tak laa se-femes institusi swasta yang lain, tapi potensi institusi ni mungkin setanding dengan institusi lain sekiranya mendapat dana dan sokongan dari generasi muda (haha.. dah macam pensyarah ea iolls..). Yang aku dapat tahu, institusi ni tawarkan kursus perladangan, akuakultur, homestay, dan ada beberapa lagi kursus yang lain. Mesti ada yang fikir, kerja-kerja macam ni, low-standard kan? Uolls jangan silap, negara kita ni bergantung pada sektor pertanian dan perladangan untuk bekalan makanan tahu. (Gelak bangga sikit...:D) Jadi, lulusan dari institusi ni, bukan je dapat pengetahuan dalam bidang-bidang yang ditawarkan, but dorang jugak ada kemahiran dan mana tahu, ada antara dorang ni yang mampu memajukan tanah sendiri untuk menjana pendapatan sendiri dengan membuat ladang ataupun apa-apa jenis pertanian. 

So, bagaimana pulak dengan student dari institusi lain? Contohnya Business Management, atau dari Fakulti Seni dari mana-mana institusi. Perlukah uolls cuma bergantung untuk kerja makan gaji? Tak semestinya okay, biar dari mana-mana bidang pun, kalau uolls ada keyakinan, usaha sendiri jugak mampu membawa hasil yang lumayan. Kalau uolls gagal dalam bidang yang uolls ambil, apa kata gunakan separuh dari pengetahuan dalam bidang tu untuk digabungkan dengan kemahiran lain?

Contoh paling senang, yang ambil Business. If uolls tak succeed sangat dengan kursus yang uolls ambil, apa kata, cuba belajar apa-apa kemahiran, tak kira laa, membuat kraftangan, menjahit, ataupun katering dsb. Bila dua-dua kemahiran ni mixed, bukankah akan membawa hasil, yang untung uolls jugak kan.

So, sampai sini je laa untuk topik ni, rasanya dah panjang sangat, aku sendiri nak baca pun mengantuk, jadi, selamat berusaha... :)

♥kieyuka-hanie♥

No comments:

Post a Comment

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.