January 16, 2013

Home-style pedicure & manicure..

Rasa lega bila tengok kuku-kuku kaki yang bersih dan kaki yang rasa lembut je nak pijak-pijak lantai ni. Berbaloi jugak usaha aku kan. Jangan nak kata aku ni dok sebok habiskan masa dalam salon ke apa k. Aku buat kat rumah je. Benda leh buat sendiri, buat sendiri laa kan.

Korang pernah buat pedicure & manicure sendiri tak? Eleh, mesti tak pernah kan. Nak jugak pergi salon. Standard laa kan. Takpe, nak pergi salon pun takpe. Eh, sapa nak salahkan? Tak salah laa. Ok, masa balik untuk bercuti hari tu, aku ada singgah jap kat kedai. Pastu nampak benda ni. Terfikir pulak nak beli, saja nak test buat pedicure-pedicure mende ni.

Siapa yang cakap benda ni berus tandas memang nak kena ea. 

credit to Google image

Pedicure & manicure ni sebenarnya penting jugak laa. Selain nak bagi kuku nampak segar dan berseri. Ini kan kira kebersihan jugak kan. Korang nak ke makan dengan jari-jari yang kotor? Mesti tak kan. Yang aku tau laa kan, biasanya benda-benda camni orang suka ambil remeh. Alaa~ malas laa nak jaga, kuku kaki tu bukan orang nak tengok pun. SILAP tu! Kebersihan diri ni bukan takat nak jaga muka lawa je tau, benda-benda remeh ni kena ambil tau jugak. Bukan laa aku cakap, tiap hari ko kena buat benda ni, once a week tu cukup laa. 

Ok, tadi aku cakap pasal pedicure & manicure kat rumah kan? Ni apa benda pulak sampai kait mengait jiran sebelah ni? Dah cakap pasal kebersihan diri laa bagai, walhal takda kena mengena pun dengan apa yang aku nak cakap kan? Biar laa, aku curah-curahkan ilmu sikit. :) Senang je nak buat benda ni kat rumah. 

Sila tengok ayat yang dihighlightkan ye..

Benda first yang korang kena ada tu, basin. Kalau tak faham, benda ni macam bekas untuk menakung air laa. Bukan bekas tempat korang simpan ikan ke apa benda ok, bukan jugak basin tempat bayi-bayi mandi tu. Basin ni yang tempat korang simpan kain baju yang tak bercuci tu. Pastu kena ada air panas. Untuk apa ni? Nak buat spa ke? Kejap lagi aku explain k. Pastu kena ada benda kat atas tadi, pedicure & manicure brush. Bukan berus tandas mahupun berus gigi adik korang. Dan yang last ni just untuk tambahan je. Kalau nak boleh tambah, kalau tak nak, lantak laa yea. Minyak zaitun/ baby oil, garam spa, dan lemon.


Steps By Steps :
Ok, step-step ni aku cuma tulis je, yang ada gambar mungkin aku ambik dari Google ke apa k, sebab apa? Sebab masa nak buat benda ni, takda terfikirnya nak snap-snap gambar bagai k. Yang pasti nak kuku nampak bersih camtu.

  1. Isi basin tadi dengan air panas, dan tambah air untuk jadikan air tu suam. *Bukan air panas menggelegak camtu ye. Kalau camtu, ko sendiri cari nahas namanya. Pastu tambah minyak zaitun, sedikit garam spa dan hirisan lemon dalam air tadi. Tu untuk tambahan je. Kalau takda minyak zaitun, baby oil pun boleh jugak. Ni untuk bagi kulit korang lebih halus laa.
  2. Lepas semua dah ready, rendam kaki selama 15-20 minit dalam basin tadi. Kalau boleh, guna laa dua bekas yang berasingan. Yang satu untuk kaki, dan yang satu lagi untuk tangan. 
  3. Lepas dah rendam tu, keluarkan kaki dari air tu pastu bersihkan cuticel kat kuku korang tu. Tau tak cuticel ni apa benda? Cuticel lapisan yang melindungi kuku kita, tapi kadang-kadang ianya akan nampak tak cantik jika tidak dijaga dan dirapikan.
  4. Dah bersihkan cuticel tu, boleh laa gosok tumit kaki korang dengan pumice stone. Benda ni boleh beli kat kedai-kedai kesihatan ke, mana-mana je. Macam yang aku tunjuk kat atas tadi tu, benda tu dah one set. Berus, pumice stone dengan smoother dia dah ada sekali. Boleh laa cari kat memana, Watson ke, Guardian or other skincare outlet.
  5. Then, rendam semula kaki dalam air biasa selama 5 minit camtu. Last sekali, keluarkan kaki & tangan dari air tu and lap guna tuala suam (yang dah direndam dengan air panas ataupun, senang-senang korang masukkan je dalam microwave jap..) Dah siap, boleh laa keringkan dengan tuala kering.
  6. Selesai dah semuanya kan. Ok, kalau ada yang nak tambah nail polish tu boleh jugak. Tak nak pun boleh. Bergantung pada cita rasa sendiri ok. 


Senang tak buat pedicure & manicure kat rumah ni? Senang sangat kan? Tak laa keluar bajet sangat pun. Maklum laa, as a student yang belum keja lagi, korang mesti tau nak berjimat jugak. Benda remeh camni, buat kat rumah pun boleh. Tapi kalau rasa malas, nak jugak ke salon kan. So, terpulang dari diri sendiri laa. Haa~ kan cantik nampak kukku yang dah bersih dan tak laa kusam sangat. Tak laa boring nak tengok kan. :)


♥kieyuka-hanie♥

1 comment:

  1. Thanks sis for sharing. Mohon share ya. Baru nak try buat.

    ReplyDelete

Hi, feel free to ask. No harsh words, please.